Saturday, January 1, 2011

Dah lame tak bace UJANG!!!!=D

Semalam,time orang lain sibuk2 dok sambut tahun baru,aku dan rakan-rakan eco-desa sibuk dok kutip kertas,botol dan aluminium di bilik pantri.Itu adalah salah satu kerja2 kelestarian yang kami jalankan.Maklum lah,trademark USM kan "Transformation Higher Education for Sustainable Tomorrow" atau 'MEMASTIKAN KELESTARIAN HARI ESOK'.
Kat bilik pantri tu penuh dengan kertas,botol dan barang2 lain(kasut,penyapu...).macam2 diorang buang.Sabor je lah.Bekas yang di sediakan untuk kitar semula pun sampai melimpah ruah.Dah tak tahu mana satu untuk kertas,aluminium dan botol.semua diorang pakai bedal letak jer.hehehe.Terpaksalah kami asingkan dulu barang2 tersebut.
Maklumlah,kalau dah macam2 diorang letak,maknanya macam2 lah kami jumpa time dok asingkan barang2 tu.Barang yang masih elok seperti kasut dan beg kami mencadangkan untuk memberikannya pada makcik2 cleaner atau pada sape2 yang nak. majalah yang still lagi elok dan boleh di baca,kami akan letakkan di bilik eco desa.Kalau nak buang semua tu memang la sayang.
Dalam banyak2 majalah yang aku jumpa,tibe2 aku terjumpa majalah ujang.Tahu x majalah tu????.Alah,majalah lawak antarabangsa nombor 1 tu.hehehe.ermmm,mesti korang pelik,ape plak kena mengena ngan majalah ujang ni.Ye lah,kalau korang nak tahu,aku dulu adalah peminat majalah ni.suke sangat bace majalah ujang ni coz lawak habis.Pastu time baca jadilah aku dok gelak sorang2 dalam bilik ala2......heheehe.
Tapi tu dulu.....sekarang bile dah di tarbiah,secara automatik aku tinggal semua benda2 tu.aku pun tak perasan.It occurs automatically.Bukan majalah ujang ni jer tapi banyak lagi benda2 lahgro lain.Bila pikir2 balik dulu aku suka buat ni,buat tu....(benda yang laghro la)..tapi sekarang aku dah tinggalkan ia sedikit demi sedikit tanpa aku sedari.Alhamdulillah.....
Ermmmm...xsalah pun nak baca majalah ujang tu,tapi tahulah adab dan batasnya.jangan golak kuat2 dan Jangan laghro.....kalau setakat nak hilangkan stress sekejap ok lah.hehe.Tapi aku sekarang busy sangat dah tak sempat nak baca sekejap pun.Banyak lagi kerja yang menanti.huhuhu~Utamakan apa yang utama





Sabda Rasulullah s.a.w:"Tigaperkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman:Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama,
menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali
...kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka." – Riwayat al-Bukhari..~


1 comment:

  1. salam ziara ain;)

    klu ain nak taw sy pn dlu suka gak bc buku ujang n seumpamanya...hehehhe..dapat pebgaruh dr adik beradik...tp skg sjk ditarbiah ni bla bc blk mjalah tu rs x best mcm dlu..

    ReplyDelete