Friday, December 18, 2009

JOM BERHIJRAH!

SALAM BULAN MUHARAM 1431 UNTUK SEMUA!MOGA DI TAHUN BARU KITA LEBIH BERJAYA DAN SETIAP YANG KITA LAKUKAN DIBERKATI ALLAH.....aminn...

Sunday, December 13, 2009

SAHABAT SEJATI....

hari ini terdetik pulak untuk aku berkongsi ceria tentang sahabat sejati.kalau macam aku ni,aku suka berkawan dengan ramai orang.yelah macam kata pepatah melayu"berkawan biar beribu,bercinta biar satu".kawan yang baik mampu menjadikan kita insan yang baik juga.kalau dah ada ramai kawan tu kita boleh la berkongsi banyak cerita sekaligus menambah ilmu pengetahuan yang ada.tetapi janganlah pula berkongsi cerita yang tak elok ye!.di sini aku mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada kawan2 baikku yang selalu ada denganku.TERIMA KASIH YE!=)


Dari jauh,seorang askar perang dunia pertama melihat teman karibnya terkena tembakan.dalam keadaan gawat begitu dengan peluru-peluru berterbangan di atas kepalanya,askar itu meminta kebenaran leftenannya untuk mendapatkan kawannya yang telah gugur di tengah-tengah lapangan sasar medan pertempuran dengan musuh.

“boleh tapi saya fikir ia tidak berbaloi.temanmu itu mungkin telah korban dank au hanya akan membahayakan nyawamu sahaja.’kata leftenan itu.tanpa menghiraukan nasihat bosnya ,askar itu memboloskan dirinya ditengah-tengah dentuman bom.ajaibnya ,askar terbabit berjaya sampai ketempat sahabat nya terdampar ,menggendongnya di atas bahu dan membawanya ke kubu mereka dengan selamat.

Seorang pegawai perubatan memeriksa luka sahabatnya yang serius.leftenan mereka kemudiannya memandang kearah askar tersebut “saya sudah katakana,ia tidak berbaloi.kawanmu telah mati dan akibatnya kamu mengalami kecederaan “

Sambil menahan kesakitan ,askar yang mempunyai sifat setiakawan yang tinggi itu menjawab :”berbaloi tuan”.apa maksud kamu berbaloi?sahabatmu telah mati”.”ya tuan ,tetapi ia sesuatu yang sangat berharga buat saya kerana ketika saya sampai kepadanya,dia masih hidup.saya begitu puas apabila mendengar dia berkata “jim….. saya tahu kamu kan datang”

(fikirkan sejenak kisah di atas)

Hampir kebanyakan masa dalam hidup kita,sama ada sesuatu itu berbaloi atau tidak untuk kita lakukan ,benar-benar bergantung kepada bagaimana cara anda melihatnya .himpunkan semua kekuatan dan semangat dan lakukan sesuatu yang hati anda katakan dan anda tidak akan menyesalinya seumur hidup anda .

Semoga setiap dari kita dianugerahi dengan seorang sahabat sejati.seorang sahabat sejati masih bersama-sama anda saat orang lain tiada. -PUTRI

Friday, December 11, 2009

KISAH INSPIRASI DARI JENDELA HOSPITAL....

Ada dua lelaki yang sakit dan berkongsi bilik hospital yang sama.A di benarkan duduk di atas katil nya selama sejam pada setiap petang bagi membolehkan pengaliran keluar cecair daripada paru-parunya.katilnya terletak di sebelah satu-satunya tingkap yang ada di dalam bilik itu.

Sementara itu,seorang lagi lelaki ,B,perlu menghabiskan masanya dengan berbaring sahaja di atas katilnya.kerja A dan B hanya bercakap ,bercakap dan bercakap sepanjang hari.bercerita tentang isteri dan keluarga,rumah,pekerjaan,pembabitan di dalam perkhidmatan tentera,percutian,kampung halaman dan sebagainya.

Setiap petang,A akan bangun dan menghabiskan masanya selama sejam dengan menggambarkan apa yang dilihatnya di luar jendela itu kepada B.kehidupan B selama sejam itu menjadi meriah dan luas tatkala dia mula membayangkan warna-warna kehidupan serta aktiviti di luar sana.

Tingkap itu betul-betul menghala ke sebuah taman yang turut serta di serikan dengan sebuah tasik yang indah.itik dan angsa bermain-main di gigi tasik manakala anak-anak riang menolak bot mainan masing-masing.turut kelihatan,pasangan kekasih yang berjalan sama sambil berpimpin tangan di tengah-tengah kuntuman bunga yang berserakan.paling menarik,adalah pemandangan latar langit Bandar raya yang terlihat dari kejauhan.

Dalam pada A menggambarkan kesemuanya dengan cara yang indah dan terperinci ,B pula memejamkan matanya rapat-rapat sambil membayangkan senario yang penuh indah permai itu.

Pada suatu petang yang redup,A menggambarkan ada perarakan kereta berhias sedang berlansung melalui hospital.sekalipun tidak dapat mendengar pasukan pancaragam bermain gendang,namun B tetap dapat melihatnya menerusi mata hatinya ,sebagaimana yang dipaparkan oleh A dengan kata-kata.

Pada suatu pagi,seorang jururawat yang biasa menyediakan air unuk mandian mereka mendapati A ,yang ditempatkan di sebelah tingkap ,sudah tidak bernyawa lagi.dia mati dengan aman di dalam tidurnya.jururawat tersebut merasa sungguh sedih lalu memanggil attendan hospital untuk menguruskan jenazahnya.

Beberapa hari kemudian,B bertanya kalau-kalau dia boleh berpindah ke katil lama A bersebalahan tingkap.jururawat tersebut dengan senang hati membuat pertukaran dan setelah memastikan B benar-benar selesa,dia keluar dari bilik itu.

Dengan perlahan-lahan dan mengalami sedikit kesukaran,B menopang menggunakan sebelah sikunya untuk melihat dengan mata kepalanya sendiri keindahan dunia luar.dengan bersusah payah,dia memusingkan badannya unuk melihat ke luar jendela.yang ada Cuma dinding berbatu bata yang kosong.

B memanggil jururawat tersebut dan bertanya ,apakah yang membuatkan A bercerita seolah-olah melihat semua pemandangan yang luar biasa indah di balik jendela itu.kata jururawat itu:”A buta.dia bahkan tidak mampu melihat tembok besar itu.barangkali,A ingin memberimu semangat untuk hidup .”

Sebagai renungannya,ada kebahagiaan yang memuncak apabila kita membuatkan orang lain merasa gembira di sebalik situasi kita sendiri yang mungkin tidak berapa baik ketika itu.pendek kata,rasa duka yang di kongsi bersama menjadikan kedukaan itu tinggal separuh tetapi sebaliknya,apabila kebahagiaan pula yang dikongsikan,ia menjadi berganda.

Jika anda mahu berasa kaya,mudah sahaja.hitungkanlah perkara-perkara baikyang anda pernah lakukan,yang tidak boleh di beli dengan wang ringgit.percayalah,ada hal-hal yang mempersonakan saat kita mampu memberikan kebahagiaan kepada orang lain. –PUTRI(MINGGUAN MALAYSIA)

SELINGKAR KASIH.....

dah lama aku tak menulis.hari ini aku nak berkongsi cerita dengan anda semua.hayatilah cerita ini semoga anda mendapat sesuatu(kebaikan) daripada cerita ini..........

Dia hampir sahaja tidak ternampak wanita tua yang tersadai di tepi jalan itu.namun sekalipun di dalam cahaya yang suram-suram itu,dia tahu wanita tua itu memerlukan pertolongan.lalu dia memberhentikan pontiacnya betul-betul di hadapan mercedes wanita itu.

sekalipun tersenyum namun jelas sekali ia di buat-buat.boleh difahami kenapa wanita itu tidak dapat lari daripada merasa bimbang.sejam lamanya dia menunggu namun tiada yang sudi berhenti untuk membantunya.adakah pemuda ini mahu merompaknya dan mencederakannya?Tambahan pula dia kelihatan agak kurang terurus dan seperti sudah banyak hari tidak makan.

Dia tahu wanita itu ketakutan."puan,saya cuma ingin membantu.di luar ini sejuk,apa kata puan tunggu di dalam kereta sahaja.oh ya,nama saya brian"

Rupa-rupanya,tayar keretanya pancit.bryan menyelinap ke bawah mercedes itu untuk mencari tempat bagi meletakkan jek.setelah berhempas pulas,bryan akhirnya berjaya menukar tayar berkenaan.badannya comot sekali manakala tangannya pula turut tercedera sedikit semasa mengetatkan nat.wanita itu mula menurunkan cermin kereta dan ingin berbual-bual dengan bryan.

wanita itu tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada bryan di atas pertolongannya itu.bryan hanya mampu tersenyum sambil menutup but kereta mercedes.wanita tua itu bertanya.berapakah upahnya."sebutkan saja jumlahnya saya mampu membayarnya.kalau anak muda tidak membantu,tidak tahu apakah yang akan terjadi kepada saya."kata wanita tua itu lagi.

bryan tidak pernah berfikir dua kali tentang apa-apa imbuhan.baginya,apa yang telah di lakukan bukanlah satu pekerjaan tetapi dia ikhlas membantu mereka yang memerlukan."tak mengapalah puan selama ini pun begitu banyak orang yang telah menghulurkan bantuan kepada saya dalam pelbagai cara"balas bryan dengan penuh rasa rendah diri.

sememangnya,begitulah cara hidup dan kepercayaan bryan selama dia di berikan kesempatan bernafas di bumi ini.memandangkan wanita itu beria-ia benar hendak memberinya wang.bryan berkata."beginilah puan,jika membalas kebaikan saya ini benar-benar boleh memuaskan hati puan,lain kali bila puan berjumpa dengan seseorang yang di dalam kesempitan.puan bantulah meringankan bebannya dan waktu itu puan ingatilah saya.
bryan menunggu sehingga wanita itu menghidupkan enjin kenderaan dan memandu pergi.sambil melambaikan tangannya bryan mengucapkan selamat berpisah:"hingga ketemu lagi"cuaca memang terasa hitam.walaupun hari itu dia menghadapi tekanan di tempat kerja ,namun entah kenapa bryan pulang dengan perasaan yang cukup tenang.

senyuman yang dilemparkan bibir mungil seseorang yang sarat mengandung sepertinya amatt menawan hati.apa yang membuatkan wanita tua itu lebih kagum adalah semangat serta sikap yang di tunjukkan oleh pelayan itu,nyata sekali keadaan dirinya itu tidak sedikitpun menghalangnya daripada memberikan layanan kelas pertama kepada para pelanggan dan orang asing seperti wanita tua itu.

Tiba-tiba,ingatan wanita tua itu melayang kepada bryan.selesai menjamu selera dia menyerahkan wang kertas seratus untuk menjelaskan bilnya.semasa pelayan tersebut menuju ke kaunter,wanita tua itu keluar senyap-senyap.sebaik sahaja pelayan itu kembali ke meja makan untuk menyerahkan baki,wanita itu sudah tiada di situ.dia ternampak tulisan pada kain pengesat tangan.di bawahnya terdapat empat keping wang kertas setiap satunya bernilai seratus.

Air wanita itu mula bergenang.tulis wanita tua itu.”anda tidak berhutang apa-apa saya pun pernah berada di situasi anda .seseorang pernah membantu saya sebagaimana saya membantu anda.jika anda mahu membayar saya semula,ini apa yang boelh anda lakukan.jangan biarkan lingkaran kasih ini berakhir disini”

Ada meja yang perlu di kemaskan,baling gula yang hendak diisi dan pelanggan yang ingin mengisi perut nmereka dan pelayan itu telah melakukannya dengan baik sepanjang hari itu.malam itu pelayan itu pulang kerumah dan duduk di atas katilnya sambil memikirkan duit serta coretan si wanita tua itu.bagaimana mungkin wanita tua itu tahu beapa dia dan suaminya begitu memerlukn wang tersebut dalam keadaan sekarang?

Sambil memegang dan merenung kandungannya yang di jangkakan lahir pada bulan hadapan,tentu sukar bagi mereka berdua.dia juga kasihan pada suaminya yang bimbang kerana tidak cukup wang buat persediaan menyambut zuriat sulung mereka.sambila melabuhkan badannyaberbaring disisi suaminya yang sedang nyenyak tidur ,si pelayan mencium lembut dahi suaminya yang tercinta sambil berbisik perlahan

“usah risau lagi,semuanya akan okey.sesungguhnya aku amat menyintaimu BRYAN”


Tuesday, November 17, 2009

KENAPA INI BOLEH BERLAKU.......

kecewa!hanya itu yang mampu aku luahkan ketika membaca artikel berkaitan pembunuhan MARWA SHERBINI DI GERMANY....sedihnya... umat islam di negara luar tak habis-habis ditindas,maruah mereka dicabar,selalu dihina dan diketawakan bangsa lain....tapi yang menyedihkan kematiannya sangat tragis....
Dr Marwa el-Sherbini. Si pembunuh manusia celaka bernama Alex W, penganggur dan penyokong parti pro Nazi German, dia yang berasal dari Russia sebelum itu didapati bersalah mengucapkan kata-kata kurang sopan serta maki hamun kepada Dr Marwa di khalayak ramai pada bulan November yang lalu.


http://www.zaharuddin.net/content/view/850/72/
ikuti LAH KISAHNYA........

Sunday, November 8, 2009

TERUSKAN MENDAKI............!!!!!



THE CLIMB........miley cyrus

I can almost see it
That dream I’m dreaming but
There’s a voice inside my head sayin,
You’ll never reach it,
Every step I’m taking,
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking but I
Got to keep trying
Got to keep my head held high

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes you going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb

The struggles I’m facing,
The chances I’m taking
Sometimes they knock me down but
No I’m not breaking
The pain I’m knowing
But these are the moments that
I’m going to remember most yeah
Just got to keep going
And I,
I got to be strong
Just keep pushing on,


There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes you going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes you going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb
Keep on moving
Keep climbing
Keep the faith baby
It’s all about
It’s all about
The climb
Keep the faith
Keep your faith

Saturday, November 7, 2009

lagu yang aku paling suke..........untuk kawan2.....hayatilah dan semoga kite boleh mendapat sesuatu......yang berharga....ape die???i dont know..try to discover it....ala2 discovery channel gitu...hihihi




KIAS CINTA-SUHAIMI


seandainya dunia tiada warna
tetap kan ku kagumi
indah maya alam ciptaanNya
kudratNya ku agungi

namun jalin warna zahirlah sang pelangi
menyisih mendung menambat seri
terbias semua cahaya
nyata ilham di alam mimpi
betapa ku syukuri nikmatNya
ku pasti

begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna

tika dalam gelita
atau sepi kembara
dihadirkan rasa cinta
sisih segala duka
anugerah dariNya

hanyalah cintaNya yang amat ku harapkan
tiada lain yang jadi rayuan
namun Dia Maha Mengerti
tak mampu insan bersendiri
menempuh dugaan yang menguji
naluri

begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna

tak akan ku persia
limpah rahmat yang Esa
bagaikan jalinan warna
yang menyulam cahaya
biasan kasihNya

moga tak diuji asyik cinta duniawi
mengharap teduh redha Ilahi
(AMINN....)
kerna segala kurnia
hadirnya hanyalah pinjaman
sungguh ku syukuri kesempatan
bahagia

Tuesday, November 3, 2009

Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujud ku....

sebuah cerita untuk dihayati....renung-renungkanlah........


SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"
Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.

Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.
Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan..."
Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.
Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.
Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.
Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"
Malaikat-malaikat itu menjawab:
"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."
Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"
Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"
Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.
Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"
Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:
"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"
Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah... engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."
Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."
Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.
Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama
lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.
Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.
Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.
Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.
Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...
Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.
Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.
Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"

Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...

***********
Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?

KESATLAH AIR MATAMU WAHAI WANITA.....



hari ni aku nak share sebuah cerita yang bagi aku cukup sedih dan cerita ni berjaya buat aku menangis.kalau korang nak tahu aku ni agak keras hati sikit...susah nak menangis tapi cerita ni berjaya buat aku nangis...huhuhu..(tahniah buat pengarang cerita ini ok..)

cerita ni panjang berjela-jela tapi aku tetap nak share ngan korang...coz nama watak dalam cerita ni sama ngan nama aku...hehehe...AIN...



Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia - si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami."

Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah.

Menjadi seorang isteri....kepada insan yang disayangi.....idaman setiap wanita. Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku.

Baru petang tadi, aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 6 bulan yang lalu. Suamiku, Muhammad Harris, alhamdulillah menepati ciri-ciri seorang muslim yang baik. Aku berazam untuk menjadi isteri yang sebaik mungkin kepadanya.

"Assalamualaikum," satu suara menyapa pendengaranku membuatkan aku gugup seketika.

"Waalaikumusalam," jawabku sepatah. Serentak dengan itu, ku lontarkan satu senyuman paling ikhlas dan paling manis untuk suamiku. Dengan perlahan dia melangkah menghampiriku.

"Ain buat apa dalam bilik ni ? Puas abang cari Ain dekat luar tadi. Rupanya kat sini buah hati abang ni bersembunyi. `'

Aku tersenyum mendengar bicaranya. Terasa panas pipiku ini. Inilah kali pertama aku mendengar ucapan `abang' dari bibirnya.

Dan itulah juga pertama kali dia membahasakan diriku ini sebagai `buah hati' nya. Aku sungguh senang mendengar ucapan itu. Perlahan-lahan ku dongakkan wajahku dan aku memberanikan diri menatap pandangan matanya.

Betapa murninya sinaran cinta yang terpancar dari matanya, betapa indahnya senyumannya, dan betapa bermaknanya renungannya itu. Aku tenggelam dalam renungannya, seolah-olah hanya kami berdua di dunia ini.

Seketika aku tersedar kembali ke alam nyata. "Ain baru je masuk. Nak mandi. Lagipun dah masuk Maghrib kan ? `' ujarku.

`' Ha'ah dah maghrib. Ain mandi dulu. Nanti abang mandi dan kita solat Maghrib sama-sama ye ? `'Dia tersenyum lagi. Senyum yang menggugah hati kewanitaanku. Alangkah beruntungnya aku memilikimu, suamiku.

Selesai solat Maghrib dan berdoa, dia berpusing mengadapku. Dengan penuh kasih, ku salami dan ku cium tangannya, lama.

Aku ingin dia tahu betapa dalam kasih ini hanya untuknya. Dan aku dapat merasai tangannya yang gagah itu mengusap kepalaku dengan lembut. Dengan perlahan aku menatap wajahnya.

"Abang....." aku terdiam seketika. Terasa segan menyebut kalimah itu di hadapannya. Tangan kami masih lagi saling berpautan. Seakan tidak mahu dilepaskan. Erat terasa genggamannya.

"Ya sayang..." Ahhh....bicaranya biarpun satu kalimah, amat menyentuh perasaanku.

"Abang... terima kasih atas kesudian abang memilih Ain sebagai isteri biarpun banyak kelemahan Ain. Ain insan yang lemah, masih perlu banyak tunjuk ajar dari abang. Ain harap abang sudi pandu Ain. Sama-sama kita melangkah hidup baru, menuju keredhaan Allah." Tutur bicaraku ku susun satu persatu.

"Ain, sepatutnya abang yang harus berterima kasih kerana Ain sudi terima abang dalam hidup Ain. Abang sayangkan Ain. Abang juga makhluk yang lemah, banyak kekurangan. Abang harap Ain boleh terima abang seadanya. Kita sama-sama lalui hidup baru demi redhaNya."

`'Insya Allah abang....Ain sayangkan abang. `'

`'Abang juga sayangkan Ain. Sayang sepenuh hati abang.''

Dengan telekung yang masih tersarung, aku tenggelam dalam pelukan suamiku.

Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh kesyukuran. Suamiku, ternyata seorang yang cukup penyayang dan penyabar. Sebagai wanita aku tidak dapat lari daripada rajuk dan tangis.

Setiap kali aku merajuk apabila dia pulang lewat, dia dengan penuh mesra memujukku, membelaiku. Membuatku rasa bersalah. Tak wajar ku sambut kepulangannya dengan wajah yang mencuka dan dengan tangisan.

Bukankah aku ingin menjadi perhiasan yang menyejukkan hati suami? Sedangkan Khadijah dulu juga selalu ditinggalkan Rasulullah untuk berkhalwat di Gua Hira'.

Lalu, ku cium tangannya, ku pohon ampun dan maaf. Ku hadiahkan senyuman untuknya. Katanya senyumku bila aku lepas menangis, cantik!

Ahhh....dia pandai mengambil hatiku. Aku semakin sayang padanya. Nampaknya hatiku masih belum sepenuhnya terikat dengan Allah. Lantaran itulah aku masih belum mampu menyerahkan seluruh kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami.

`' Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang, apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu .`'

Aku teringat akan potongan hadis itu. Aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yang menyenangkan buat suamiku. Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya dengan perkataanku. Ku hiaskan wajahku hanya untuk tatapannya semata-mata.

Makan minumnya ku jaga dengan sempurna. Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya. Pernah sekali, aku mengalirkan air mata lantaran aku terlalu penat menguruskan rumah tangga apabila kembali dari kerja. Segalanya perlu aku uruskan. Aku terasa seperti dia tidak memahami kepenatanku sedangkan kami sama-sama memerah keringat mencari rezeki.

Namun, aku teringat akan kisah Siti Fatimah, puteri Rasulullah yang menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga.

Aku teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluan suaminya. Hatiku menjadi sejuk sendiri.

Ya Allah, aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan, Ya Allah.

" Ain baik, cantik. Abang sayang Ain.`' Ungkapan itu tidak lekang dari bibirnya. Membuatkan aku terasa benar-benar dihargai. Tidak sia-sia pengorbananku selama ini. Betapa bahagianya menjadi isteri yang solehah.

Kehidupan yang ku lalui benar-benar bermakna, apatah lagi dengan kehadiran 2 orang putera dan seorang puteri. Kehadiran mereka melengkapkan kebahagiaanku.

Kami gembira dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Namun, pada suatu hari, aku telah dikejutkan dengan permintaannya yang tidak terduga.

"Ain.....abang ada sesuatu nak cakap dengan Ain."

"Apa dia abang?" tanyaku kembali. Aku menatap wajahnya dengan penuh kasih. `' Ain isteri yang baik. Abang cukup bahagia dengan Ain. Abang bertuah punya Ain sebagai isteri," bicaranya terhenti setakat itu. Aku tersenyum. Namun benakku dihinggap persoalan. Takkan hanya itu?

"Abang ada masalah ke?" Aku cuba meneka.

"Tidak Ain. Sebenarnya......," bicaranya terhenti lagi. Menambah kehairanan dan mencambahkan kerisauan di hatiku. Entah apa yang ingin diucapkannya.

"Ain......abang.....abang nak minta izin Ain......untuk berkahwin lagi," ujarnya perlahan namun sudah cukup untuk membuat aku tersentak. Seketika aku kehilangan kata.

"A.....Abang.....nak kahwin lagi?" aku seakan tidak percaya mendengar permintaannya itu. Ku sangka dia telah cukup bahagia dengannku. Aku sangka aku telah memberikan seluruh kegembiraan padanya. Aku sangka hatinya telah dipenuhi dengan limpahan kasih sayangku seorang.

Rupanya aku silap. Kasihku masih kurang. Hatinya masih punya ruang untuk insan selain aku.

Tanpa bicara, dia mengangguk. `' Dengan siapa abang ? `' Aku bertanya. Aku tidak tahu dari mana datang kekuatan untuk tidak mengalirkan air mata. Tapi....hatiku... hanya Allah yang tahu betapa azab dan pedih hati ini.

`' Faizah. Ain kenal dia, kan ? `'

Ya, aku kenal dengan insan yang bernama Faizah itu. Juniorku di universiti. Rakan satu jemaah. Suamiku aktif dalam jemaah dan aku tahu Faizah juga aktif berjemaah.

Orangnya aku kenali baik budi pekerti, sopan tingkah laku, indah tutur kata dan ayu paras rupa. Tidakku sangka, dalam diam suamiku menaruh hati pada Faizah.

" A....Abang......Apa salah Ain abang?" nada suaraku mula bergetar. Aku cuba menahan air mataku daripada gugur. Aku menatap wajah Abang Harris sedalam-dalamnya. Aku cuba mencari masih adakah cintanya untukku.

"Ain tak salah apa-apa sayang. Ain baik. Cukup baik. Abang sayang pada Ain."

"Tapi....Faizah. Abang juga sayang pada Faizah....bermakna.....sayang abang tidak sepenuh hati untuk Ain lagi."

"Ain.....sayang abang pada Ain tidak berubah. Ain cinta pertama abang. Abang rasa ini jalan terbaik. Tugasan dalam jemaah memerlukan abang banyak berurusan dengan Faizah....Abang tak mahu wujud fitnah antara kami.

Lagipun....abang lelaki Ain. Abang berhak untuk berkahwin lebih dari satu. `'

Bicara itu kurasakan amat tajam, mencalar hatiku. Merobek jiwa ragaku. Aku mengasihinya sepenuh hatiku. Ketaatanku padanya tidak pernah luntur. Kasih sayangku padanya tidak pernah pudar. Aku telah cuba memberikan layanan yang terbaik untuknya. Tapi inikah hadiahnya untukku?

Sesungguhnya aku tidak menolak hukum Tuhan. Aku tahu dia berhak. Namun, alangkah pedihnya hatiku ini mendengar ucapan itu terbit dari bibirnya. Bibir insan yang amat ku kasihi.

Malam itu, tidurku berendam air mata. Dalam kesayuan, aku memandang wajah Abang Harris penuh kasih. Nyenyak sekali tidurnya.

Sesekali terdetik dalam hatiku, bagaimana dia mampu melelapkan mata semudah itu setelah hatiku ini digurisnya dengan sembilu.

Tidak fahamkah dia derita hati ini? Tak cukupkah selama ini pengorbananku untuknya? Alangkah peritnya menahan kepedihan ini. Alangkah pedihnya!

Selama seminggu, aku menjadi pendiam apabila bersama dengannya. Bukan aku sengaja tetapi aku tidak mampu membohongi hatiku sendiri. Tugasku sebagai seorang isteri aku laksanakan sebaik mungkin, tapi aku merasakan segalanya tawar. Aku melaksanakannya tidak sepenuh hati.

Oh Tuhan.....ampuni daku. Aku sayang suamiku, tapi aku terluka dengan permintaannya itu.

Apabila bertembung dua kehendak, kehendak mana yang harus /> dituruti. Kehendak diri sendiri atau kehendak Dia ?

Pastinya kehendak Dia. Apa lagi yang aku ragukan? Pasti ada hikmah Allah yang tersembunyi di sebalik ujian yang Dia turunkan buatku ini. Aku berasa amat serba-salah berada dalam keadaan demikian.

Aku rindukan suasana yang dulu. Riang bergurau senda dengan suamiku. Kini, aku hanya terhibur dengan keletah anak-anak.

Senyumku untuk Abang Harris telah tawar, tidak berperisa. Yang nyata, aku tidak mampu bertentang mata dengannya lagi. Aku benar-benar terluka.

Namun, Abang Harris masih seperti dulu. Tidak jemu dia memelukku setelah pulang dari kerja walau sambutan hambar. Tidak jemu dia mencuri pandang merenung wajahku walau aku selalu melarikan pandangan dari anak matanya.

Tidak jemu ucapan kasihnya untukku. Aku keliru. Benar-benar keliru. Adakah Abang Harris benar-benar tidak berubah sayangnya padaku atau dia hanya sekadar ingin mengambil hatiku untuk membolehkan dia berkahwin lagi?

`Oh Tuhan...berilah aku petunjukMu.' Dalam kegelapan malam, aku bangkit sujud menyembahNya, mohon petunjuk dariNya. Aku mengkoreksi kembali matlamat hidupku.

Untuk apa segala pengorbananku selama ini untuk suamiku ? Untuk mengejar cintanya atau untuk mengejar redha Allah ?

Ya Allah, seandainya ujian ini Engkau timpakan ke atas ku untuk menguji keimananku, aku rela Ya Allah. Aku rela.

Biarlah... Bukan cinta manusia yang ku kejar. Aku hanya mengejar cinta Allah. Cinta manusia hanya pemangkin. Bukankah aku telah berazam, aku inginkan segala yang menyenangkan buat suamiku?

Dengan hati yang tercalar seguris luka, aku mengizinkan Abang Harris berkahwin lagi. Dan, demi untuk mendidik hati ini, aku sendiri yang menyampaikan hasrat Abang Harris itu kepada Faizah.

Suamiku pada mulanya agak terkejut apabila aku menawarkan diri untuk merisik Faizah.

"Ain?......Ain serius?"

"Ya abang. Ain sendiri akan cakap pada Faizah. Ain lakukan ini semua atas kerelaan hati Ain sendiri. Abang jangan risau...Ain jujur terhadap abang. Ain tak akan khianati abang. Ain hanya mahu lihat abang bahagia," ujarku dengan senyuman tawar. Aku masih perlu masa untuk mengubat luka ini. Dan inilah satu caranya. Ibarat menyapu ubat luka. Pedih, tetapi cepat sembuhnya.

Aku mengumpul kekuatan untuk menjemput Faizah datang ke rumahku. Waktu itu, suamiku tiada di rumah dan dia telah memberi keizinan untuk menerima kedatangan Faizah. Faizah dengan segala senang hati menerima undanganku.

Sememangnya aku bukanlah asing baginya. Malah dia juga mesra dengan anak-anakku.

`' Izah......akak jemput Izah ke mari sebab ada hal yang akak nak
cakapkan, `' setelah aku merasakan cukup kuat, aku memulakan bicara.

`' Apa dia, Kak Ain. Cakaplah, `' lembut nada suaranya.

"Abang Harris ada pernah cakap apa-apa pada Faizah?"

"Maksud Kak Ain, Ustaz Harris?" Ada nada kehairanan pada suaranya. Sememangnya kami memanggil rakan satu jemaah dengan panggilan Ustaz dan Uztazah. Aku hanya mengangguk.

" Pernah dia cakap dia sukakan Izah?"

"Sukakan Izah? Isyyy....tak mungkinlah Kak Ain. Izah kenal Ustaz Harris. Dia kan amat sayangkan akak. Takkanlah dia nak sukakan saya pula. Kenapa Kak Ain tanya macam tu? Kak Ain ada dengar cerita dari orang ke ni? `'

`' Tidak Izah. Tiada siapa yang membawa cerita......." Aku terdiam seketika. "Izah, kalau Kak Ain cakap dia sukakan Izah dan nak ambil Izah jadi isterinya, Izah suka?" Dengan amat berat hati, aku tuturkan
kalimah itu.

" Kak Ain!" jelas riak kejutan terpapar di wajahnya. `' Apa yang Kak Ain cakap ni ? Jangan bergurau hal sebegini Kak Ain, `' kata Faizah seakan tidak percaya. Mungkin kerana aku sendiri yang menutur ayat itu. Isteri kepada Muhammad Harris sendiri merisik calon isteri kedua suaminya.

"Tidak Izah. Akak tak bergurau......Izah sudi jadi saudara Kak Ain?" ujarku lagi. Air mataku seolah ingin mengalir tapi tetap aku tahan. Faizah memandang tepat ke wajahku.

"Kak Ain. Soal ini bukan kecil Kak Ain. Kak Ain pastikah yang......Ustaz Harris.....mahu... melamar saya?"

Dari nada suaranya, aku tahu Faizah jelas tidak tahu apa-apa. Faizah gadis yang baik. Aku yakin dia tidak pernah menduga suamiku akan membuat permintaan seperti ini. Lantas, aku menceritakan kepada Faizah akan hasrat suamiku.

Demi untuk memudahkan urusan jemaah, untuk mengelakkan fitnah. Faizah termenung mendengar penjelasanku.

"Kak Ain.....saya tidak tahu bagaimana Kak Ain boleh hadapi semuanya ini dengan tabah. Saya kagum dengan semangat Kak Ain. Saya minta maaf kak. Saya tak tahu ini akan berlaku. Saya tak pernah menyangka saya menjadi punca hati Kak Ain terluka," ujarnya sebak. Matanya ku lihat berkaca-kaca.

"Izah...Kak Ain tahu kamu tak salah. Kak Ain juga tak salahkan Abang
Harris. Mungkin dia fikir ini jalan terbaik. Dan akak tahu, dia berhak dan mampu untuk melaksanakannya. Mungkin ini ujian untuk menguji keimanan Kak Ain."

"Kak...maafkan Izah." Dengan deraian air mata, Faizah meraihku ke dalam elukannya. Aku juga tidak mampu menahan sebak lagi. Air mataku terhambur jua. Hati wanita. Biarpun bukan dia yang menerima kepedihan ini, tetapi tersentuh jua hatinya dengan kelukaan yang ku alami. Memang hanya wanita yang memahami hati wanita yang lain.

"Jadi...Izah setuju?" Soalku apabila tangisan kami telah reda.

`' Kak Ain....ini semua kejutan buat Izah. Izah tak tahu nak cakap. Izah tak mahu lukakan hati Kak Ain."

"Soal Kak Ain....Izah jangan risau, hati Kak Ain...Insya Allah tahulah akak mendidiknya. Yang penting akak mahu Abang Harris bahagia. Dan akak sebenarnya gembira kerana Faizah pilihannya. Bukannya gadis lain yang akak tak tahu hati budinya. Insya Allah Izah. Sepanjang Kak Ain mengenali Abang Harris dan sepanjang akak hidup sebumbung dengannya, dia seorang yang baik, seorang suami yang soleh, penyayang dan penyabar. Selama ini akak gembira dengan dia. Dia seorang calon yang baik buat Izah. `'

"Akak.....Izah terharu dengan kebaikan hati akak. Tapi bagi Izah masa dan Izah perlu tanya ibu bapa Izah dulu."

"Seeloknya begitulah. Kalau Izah setuju, Kak Ain akan cuba cakap pada ibu bapa Izah."

Pertemuan kami petang itu berakhir. Aku berasa puas kerana telah menyampaikan hasrat suamiku. `Ya Allah.....inilah pengorbananku untuk membahagiakan suamiku. Aku lakukan ini hanya semata-mata demi redhaMu.'

Pada mulanya, keluarga Faizah agak keberatan untuk membenarkan Faizah menjadi isteri kedua Abang Harris. Mereka khuatir Faizah akan terabai dan bimbang jika dikata anak gadis mereka merampas suami orang.

Namun, aku yakinkan mereka akan kemampuan suamiku. Alhamdulillah, keluarga Faizah juga adalah keluarga yang menitikberatkan ajaran agama. Akhirnya, majlis pertunangan antara suamiku dan Faizah diadakan jua.

"Ain.....abang minta maaf sayang," ujar suamiku pada suatu hari,
beberapa minggu sebelum tarikh pernikahannya dengan Faizah.

"Kenapa?"

"Abang rasa serba salah. Abang tahu abang telah lukakan hati Ain. Tapi....Ain sedikit pun tidak marahkan abang. Ain terima segalanya demi untuk abang. Abang terharu. Abang....malu dengan Ain."

"Abang....syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya. Redha abang pada Ain Insya Allah, menjanjikan redha Allah pada Ain. Itu yang Ain cari abang. Ain sayangkan abang. Ain mahu abang gembira. Ain anggap ini semua ujian Allah abang. `'

`' Ain....Insya Allah abang tak akan sia-siakan pengorbanan Ain ini.
Abang bangga sayang. Abang bangga punya isteri seperti Ain. Ain adalah cinta abang selamanya. Abang cintakan Ain."

"Tapi...abang harus ingat. Tanggungjawab abang akan jadi semakin berat. Abang ada dua amanah yang perlu dijaga. Ain harap abang dapat laksanakan tanggungjawab abang sebaik mungkin."

"Insya Allah abang akan cuba berlaku seadilnya." Dengan lembut dia mengucup dahiku. Masih hangat seperti dulu. Aku tahu kasihnya padaku tidak pernah luntur. Aku terasa air jernih yang hangat mula membasahi pipiku. Cukuplah aku tahu, dia masih sayangkan aku seperti dulu walaupun masanya bersamaku nanti akan terbatas.

Pada hari pertama pernikahan mereka, aku menjadi lemah. Tidak bermaya. Aku tiada daya untuk bergembira. Hari itu sememangnya amat perit bagiku walau aku telah bersedia untuk menghadapinya.

Malam pertama mereka disahkan sebagai suami isteri adalah malam pertama aku ditinggalkan sendirian menganyam sepi. Aku sungguh sedih. Maha hebat gelora perasaan yang ku alami. Aku tidak mampu lena walau sepicing pun. Hatiku melayang terkenangkan Abang Harris dan Faizah. Pasti mereka berdua bahagia menjadi pengantin baru.

Bahagia melayari kehidupan bersama, sedangkan aku ? Berendam air mata mengubat rasa kesepian ini. Alhamdulillah. Aku punya anak-anak. Merekalah teman
bermainku.

Seminggu selepas itu, barulah Abang Harris pulang ke rumah. Aku memelukknya seakan tidak mahu ku lepaskan. Seminggu berjauhan, terasa seperti setahun. Alangkah rindunya hati ini. Sekali lagi air mata ku rembeskan tanpa dapat ditahan.

`' Kenapa sayang abang menangis ni? Tak suka abang balik ke?" ujarnya lembut.

"Ain rindu abang. Rindu sangat. `' Tangisku makin menjadi-jadi. Aku mengeratkan pelukanku. Dan dia juga membalas dengan penuh kehangatan.

`' Abang pun rindu Ain. Abang rindu senyuman Ain. Boleh Ain senyum pada abang ? `' Lembut tangannya memegang daguku dan mengangkat wajahku.

`'Abang ada teman baru. Mungkinkah abang masih rindu pada Ain ? `'Aku menduga keikhlasan bicaranya.

`' Teman baru tidak mungkin sama dengan yang lama. Kan abang dah kata, sayang abang pada Ain masih seperti dulu. Tidak pernah berubah, malah semakin sayang. Seminggu abang berjauhan dari Ain, tentulah abang rindu. Rindu pada senyuman Ain, suara Ain, masakan Ain, sentuhan Ain. Semuanya itu tiada di tempat lain, hanya pada Ain saja. Senyumlah sayang, untuk abang. `'

Aku mengukir senyum penuh ikhlas. Aku yakin dengan kata-katanya. Aku tahu sayangnya masih utuh buatku.

Kini, genap sebulan Faizah menjadi maduku. Aku melayannya seperti adik sendiri. Hubungan kami yang dulunya baik bertambah mesra. Apa tidaknya, kami berkongsi sesuatu yang amat dekat di hati.

Dan, Faizah, menyedari dirinya adalah orang baru dalam keluarga, sentiasa berlapang dada menerima teguranku. Katanya, aku lebih mengenali Abang Harris dan dia tidak perlu bersusah payah untuk cuba mengorek sendiri apa yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh Abang Harris. Aku, sebagai kakak, juga sentiasa berpesan kepada Faizah supaya sentiasa menghormati dan menjaga hati Abang Harris. Aku bersyukur, Faizah tidak pernah mengongkong suamiku. Giliran kami dihormatinya.

Walaupun kini masa untuk aku bersama dengan suamiku terbatas, tetapi aku dapat merasakan kebahagiaan yang semakin bertambah apabila kami bersama. Benarlah, perpisahan sementara menjadikan kami semakin rindu. Waktu bersama, kami manfaatkan sebaiknya. Alhamdulillah, suamiku tidak pernah mengabaikan aku dan Faizah. Aku tidak merasa kurang daripada kasih sayangnya malah aku merasakan sayangnya padaku bertambah. Kepulangannya kini sentiasa bersama sekurang-kurangnya sekuntum mawar merah. Dia menjadi semakin penyayang, semakin romantik. Aku rasa aku harus berterima kasih pada Faizah kerana kata suamiku, Faizahlah yang selalu mengingatkannya supaya jangan mensia-akan kasih sayangku padanya.

Memang aku tidak dapat menafikan, adakalanya aku digigit rindu apabila dia pulang untuk bersama-sama dengan Faizah. Rindu itu, aku ubati dengan zikrullah. Aku gunakan kesempatan ketiadaannya di rumah dengan menghabiskan masa bersama Kekasih Yang Agung. Aku habiskan masaku dengan mengalunkan ayat-ayatNya sebanyak mungkin. Sedikit demi sedikit kesedihan yang ku alami mula pudar. Ia diganti dengan rasa ketenangan. Aku tenang beribadat kepadaNya. Terasa diriku ini lebih hampir dengan Maha Pencipta.

Soal anak-anak, aku tidak mempunyai masalah kerana sememangnya aku mempunyai pembantu rumah setelah aku melahirkan anak kedua. Cuma, sewaktu mula-mula dulu, mereka kerap juga bertanya kemana abah mereka pergi, tak pulang ke rumah. Aku terangkan secara baik dengan mereka. Mereka punyai ibu baru. Makcik Faizah. Abah perlu temankan Makcik Faizah seperti abah temankan mama. Anak-anakku suka bila mengetahui Faizah juga menjadi `ibu' mereka. Kata mereka, Makcik Izah baik. Mereka suka ada dua ibu. Lebih dari orang lain. Ahhh...anak-anak kecil. Apa yang kita terapkan itulah yang mereka terima. Aku tidak pernah menunjukkan riak kesedihan bila mereka bertanya tentang Faizah. Bagiku Faizah seperti adikku sendiri.

Kadang-kadang, bila memikirkan suamiku menyayangi seorang perempuan lain selain aku, memang aku rasa cemburu, rasa terluka. Aku cemburu mengingatkan belaian kasihnya itu dilimpahkan kepada orang lain. Aku terluka kerana di hatinya ada orang lain yang menjadi penghuni. Aisyah, isteri Rasulullah jua cemburukan Khadijah, insan yang telah tiada. Inikan pula aku, manusia biasa. Tapi..... ku kikis segala perasaan itu. Cemburu itukan fitrah wanita, tanda sayangkan suami.
Tetapi cemburu itu tidak harus dilayan. Kelak hati sendiri yang merana. Bagiku, kasih dan redha suami padaku itu yang penting, bukan kasihnya pada orang lain. Selagi aku tahu, kasihnya masih utuh buatku, aku sudah cukup bahagia. Dan aku yakin, ketaatan, kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya itulah kunci kasihnya kepadaku. Aku ingin nafasku terhenti dalam keadaan redhanya padaku, supaya nanti Allah jua meredhai aku. Kerana sabda Rasulullah s.a.w

"Mana-mana wanita (isteri) yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya, maka ia akan masuk ke dalam syurga." (Riwayat-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Majah).

Sungguh bukan mudah aku melalui semuanya itu. Saban hari aku berperang dengan perasaan. Perasaan sayang, luka, marah, geram, cemburu semuanya bercampur aduk. Jiwaku sentiasa berperang antara kewarasan akal dan emosi. Pedih hatiku hanya Tuhan yang tahu. KepadaNyalah aku pohon kekuatan untuk menempuhi segala kepedihan itu. KepadaNyalah aku pinta kerahmatan dan kasih sayang, semoga keresahan hati ini kan berkurangan.

Namun, jika aku punya pilihan, pastinya aku tidak mahu bermadu. Kerana ia sesungguhnya memeritkan. Perlukan ketabahan dan kesabaran. Walau bagaimanapun, aku amat bersyukur kerana suamiku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Dan aku juga bersyukur kerana menjadi intan terpilih untuk menerima ujian ini.

arien

Monday, November 2, 2009

nak share...

Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Jika engkau menginginkan kebaikan, segeralah laksanakan sebelum engkau mampu. Tetapi jika engkau menginginkan kejelekan, segeralah hardik jiwamu karena telah menginginkannya.
- Sokrates -

Pythagoras mengundang teman-temannya untuk makan, tetapi ternyata pembantunya melalaikan perintahnya dan tidak menyiapkan makanan. Saat teman-temannya datang, dia tidak panik, malah tertawa. Dia berkata, “Hari ini telah kita dapatkan hal-hal yang lebih mulia daripada alasan pertemuan kita ini, yaitu menahan kemurkaan, menguasai kemarahan, menggenggam kesabaran, dan menghiasi diri dengan kelembutan.”

Wahai anak muda, jika engkau tidak sanggup menahan lelahnya belajar, engkau harus menanggung pahitnya kebodohan.
- Pythagoras -
..(peringatan untuk diri sendiri..)

Janganlah sekali-sekali engkau mempercayai kasih sayang yang datang tiba-tiba, karena dia akan meninggalkanmu dengan tiba-tiba juga.
- Pythagoras -

Pilih olehmu menjadi pihak yang kalah tapi benar. Dan janganlah sekali-sekali engkau menjadi pemenang tetapi zalim.
- Pythagoras -

Sunday, November 1, 2009

MAK AKU DAN ANAK-ANAKNYA...




hobi mak aku.......:)

hari ini tetiba pulak aku nak share hobi mak aku...sebenarnya banyak tapi hari ini aku share satu saja ye...
mak aku ni seorang yang cukup penyayang,oleh sebab itu dia suka memelihara kucing...berapa ekor pun dia tak kisah dia akan menjaga kucing-kucing itu dengan penuh kasih sayang,walaupun anaknya sendiri pun dah ramai..kucing-kucing tu akan diberi nama seperti comel,cumi,itam,putih,kuning,mamud,cici,puteri diana,bulat,putih...dan sebagainya..(banyak sangat sampai aku pun lupa)..mak aku jugak turut membahasakan dirinya sebagai 'ma' kepada kucing-kucingnya...macam tu la mak aku...

aku pun suka kucing juga, kucing ni comel tau dan dia merupakan binatang kesayangan Rasulullah(S.A.W)...menurut kajian memelihara binatang peliharaan boleh mengurangkan stres atau tekanan...
kat sini aku nak share beberapa foto kucing yang comel....untuk mengurangkan stres korang..hehehe














maafkan anakmu...

..tetiba hari ini aku rasa macam nak menangis..sayu pulak rasanya...esok aku exam..malam ni aku nak telefon mak ayah aku nak minta restu,nak minta agar mereka halalkan makan minum aku selama ini..nak minta mereka mendoakan kejayaan aku...

"ma selalu mendoakan kejayaan kak long.."itulah ayat mak aku setiap kali aku minta dia mendoakan kejayaan aku...my great mother....dari dulu lagi dia tak henti-henti mendidik kami adik beradik dengan penuh kelembutan...rasanya terlalu banyak perkara yang aku nak ceritakan pasal mak aku tapi apa yang aku boleh katakan mak akulah ibu terbaik dunia akhirat...
"kenapa kak long tak dapat 10A..??..kalau tidak boleh abah minta biasiswa.."kata-kata ayah aku ketika aku menunjukkan slip result spm 9A kepadanya...
"7A jer angah...tu lah angah kuat main sangat.."beritahu ayah aku sambil menggeleng -gelengkan kepalanya...hehehe..tapi adik aku tu memang pemalas pun entah macam mana dia boleh dapat 7A masa PMR...ish...9X..konfius..2x..
Tu stail ayah aku dia tak pernah puas hati even aku dapat kejayaan yang aku rasa boleh dibanggakan..tapi ayah aku tak..dia nak kami buat yang terbaik dalam hidup kami...tapi bila aku gagal...

"takpe abah yakin kak long boleh buat...nanti masuk u nanti belajar betul-betul.."pesan ayah aku dengan penuh bersemangat..ketika dia melihat muka aku yang sedih coz tak dapat course yang aku nak kat u...
ayah aku ni walaupun dia tak tunjukkan yang dia gembira dengan kejayaan kami tapi di belakang, mak aku cerita, punyalah dia suka,kalau aku gagal pulak dia sentiasa bagi semangat....abah aku ni walaupun dia tak pernah paksa kita orang belajar tapi cara dia pun dah kitaorang dapat tahu yang dia meletakkan harapan tinggi pada kami adik beradik....time nak beli buku walaupun dia tak ada duit sekalipun dia tetap akan belikan kitaorang buku itu, maklumlah kami bukan daripada keluarga yang senang...this is my great father...terlalu banyak kalau aku nak cerita pasal ibu bapa aku ni..
pernah juga aku terfikir apa yang aku dah berikan kepada kedua ibu bapa aku..??apa yang aku dah buat untuk kebahagiaan mereka..??mereka dah banyak berkorban untuk kebahagiaan anak-anak mereka...tapi aku rasa aku tak pernah pun fikir untuk melakukan sesuatu untuk kebahagiaan mereka..
apa yang paling mengharukan aku ialah apabila aku terdengar kata-kata ayah aku kepada atuk saudaraku.."kita tak nak minta apa-apa pun dari diaorang(anak-anak) cukuplah kalau diaorang boleh bina hidup sendiri..."ucap ayah aku...

tapi esok aku exam...ya ALLAH..moga kau permudahkan segala-galanya untukku...aku bertawakkal padamu YA ALLAH..dan semoga kau ampunilah segala dosa-dosa ibu bapa ku dan kasihanilah mereka seperti mana mereka telah mengasihani aku semenjak aku kecil lagi..AMINNN...
KEPADA MA DAN ABAH ...kak long akan cuba buat yang terbaik..INSYAALLAH...

Monday, October 26, 2009

salamku untukmu...

assalamualaikum.....salam sejahtera ke atas kamu...
salam,askum,akum,aslmkm.....kita seringkali mendapat salam dalam bentuk itu dalam mesej,e-mail,masa ym,ketika chat dengan kawan-kawan,..malah ada sesetengah daripada kita turut menggunakannya sebagai singkatan untuk salam.Bagi aku,aku lebih gemar menulis salam itu dalam ayat penuh...(assalamualaikum)...mungkin ada yang mengatakan aku agak 'skema' tapi aku punya pendapat sendiri.seperti yang kita tahu salam itu adalah doa...jadi kenapa mesti doa itu di singkatkan?dalam islam niat itu cukup dititikberatkan jadi mungkin dengan menulis singkatan begitu pun orang lain sudah faham maksudnya iaiu si penghantar mesej memberi salam kepadanya.tapi bagi aku kalau nak menaip salam penuh pun malas ikhlas ke tu?ikhlas ke kita mendoakan kesejahteraan orang itu?jadi,tulis dalam ayat penuh (assalamualaikum..)lebih jelas dan nyata maksudnya....any comment..???
bebelanku ini adalah peringatan untuk aku dan untuk sesiapa sahaja yang sudi membaca blog ku ini.ini pendapat aku dan tidak semestinya betul kerana aku juga insan biasa...kepada sesiapa yang ingin berkongsi pendapat sila beri komen anda....assalamualaikum....

Tuesday, October 20, 2009

kenangan terindah...

...kadang-kadang bila kita dah kehilangan seseorang dalam hidup kita, barulah kita sedar yang mereka sangat penting.macam aku ni... aku sangat rindu kan kawan-kawan aku tak kiralah sama ada masa sekolah(rendah atau menengah),kawan-kawan kat matrik...dan semua kawan-kawan aku yang dah lama tak jumpa...rindu kat korang semua....
...teringat zaman kita masih bersama-sama menuntut ilmu...sama-sama pergi kelas..sama-sama tak tidur malam sebab sibuk siapkan 'assingment'...sama-sama tension time exam..hehehe..as a friend,aku rindu sangat gelak ketawa korang,gurau-senda,usikan dan lawak 'bodoh'korang yang entah pape tu.semua masalah kita selesaikan sama-sama.korang tak pernah berkira ngan aku.aku bersyukur sangat dapat kawan macam korang semua...harap kita boleh jadi kawan selamanya...thanks for becoming my friend...

Monday, October 12, 2009

kata berhikmah penyuluh hidup

juzz sharing.....hope it will bring u a new sight of thinking to be a better person...

Mutiara Kata Pujangga di PUJANGGA Online - J U R N A L J A L A N H I D U P :-



Kata-kata Pujangga:"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk
bertindak."


Kata seorang sahabat: "Kita bermula sebagai seorang yang baru."


Kata-kata Pujangga: "Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain."


Kata-kata Pujangga: "Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini,
tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."


Kata-kata Pujangga: "Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan
cemerlang."


Kata-kata Pujangga: "Jadidiri seseorang itu kadangkala tidak terletak pada pujian semata-mata,
kadang-kala kejian juga."


Kata-kata Pujangga: "Banyak perkara yang kita ingini, tidak semua yang akan kita dapat."


Kata-kata Pujangga: "Sesuatu yang benar itu apabila dikehendaki batil, maka batillah jadinya."


Kata-kata Pujangga: "Andai air usaha itu bisa kita teguk, teguklah sehingga ia kering dan basahan
tawakkal bakal mendingin di ruang tekak."


Kata-kata Pujangga: "Kadang-kadang sesuatu yang berharga itu kita sedari setelah ia meninggalkan
kita, dan kala itu kita hanya pasrah."


Kata-kata Pujangga: "Andai kau pernah menghirup madu, melihat damai dan merasa senang, ingatlah
suatu masa nanti mungkin semua itu akan sirna."


Saya minat dengan kata-kata ni: "Seorang yang tidak bersifat penyayang, tak akan dapat
menghasilkan karya yang terbaik."


Kata-kata Pujangga: "Untuk mencicip kemanisan, perlu bermula dengan mengupas kepahitan."


Kata-kata Pujangga: "Tiada yang paling bernilai pada sebuah kejayaan selain sebuku usaha."


Kata-kata Pujangga: "Kalau dulu tidak pernah terdetik di hati akan suatu rasa itu, tentu kini
kita tidak berusaha mencapainya."


Kata-kata Pujangga: "Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali."


Kata-kata Pujangga: "Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ
tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia."


Kata-kata Pujangga: "Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri."


Kata-kata Pujangga: "Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang
mengiurkan."


Kata-kata Pujangga: "Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan."


Kata-kata Pujangga: "Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak
cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."


Kata-kata Pujangga: "Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti."


Kata-Kata Pujangga: "Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah
merancang untuk gagal."


Kata-kata Pujangga: "Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana
sengaja lupa."


Kata-kata Pujangga: "Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun
seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata."


Kata-kata Pujangga: "Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?"


Kata-kata Pujangga: "Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam
ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum
dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka
merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"


Kata-kata Pujangga: "Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk
meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."


Kata-kata Pujangga: "Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur"


Kata-kata Pujangga: "Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman
sahaja tahu akan erti kasih sayang."


Kata-kata Pujangga: "Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra."


Kata-kata Pujangga: "Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan."


Kata-kata Pujangga: "Manusia tak akan berjaya selagi sentiasa mengenangkan kegagalan yang pernah
ditempuhinya."


Kata-kata Pujangga: "Untuk mendapat sesuatu yang besar, kita patut banyak berkorban
perkara-perkara yang kecil."


Kata-kata Pujangga: "Tiada siapa akan mengubah saya, oleh itu saya perlu ubah diri sendiri."


Kata-kata Pujangga: "Seorang juara tidak menangguhkan kerjanya."


Kata-kata Pujangga: "Tidak berakal seseorang manusia apabila tidak mahu menerima dan meminta
nasihat daripada orang lain."


Kata-kata Pujangga: "Hidup ini adalah keputusan diri sendiri."


Kata-kata Pujangga: "Setiap manusia mahu dihargai, sekurang-kurangnya berilah senyuman kerana
memberikan senyuman seperti memberikan orang lain peluang."


Kata-kata pujangga: "Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar
untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata."
(Kiriman seorang kawan)


Kata-kata Pujangga: "Barangsiapa yang tidak mampu untuk mendidik dirinya, nescaya tidak mampu
untuk dia mendidik orang lain."


Kata-kata Pujangga: "Barangsiapa yang sengaja meletakkan dirinya di tempat-tempat tohmahan, maka
janganlah dia mencela orang yang buruk sangka terhadapnya."


Kata-kata Pujangga: "Dunia ini adalah umpama bangkai sedang pemburunya persis seekor anjing."


Kata-kata Pujangga: "Barangsiapa yang panjang kemarahannya maka sirnalah adab dan akhlaknya."


Kata-kata Pujangga: "Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain, duka
seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang hakiki adalah ketaqwaan yang
semua manusia patut miliki."


Kata-kata Pujangga: "Orang yang tidak menghormati orang lain tidak akan dihormati."


Kata-kata Pujangga: "Barangsiapa yang tiada sifat penyayang maka dia tidak akan disayangi"


Kata-kata Pujangga: "Barangsiapa yang tidak pernah merasai sesuatu, nescaya tidaklah ia
mengetahui."


Kata-kata Pujangga: Seandai dirinya tercipta untukku, rela kumenjadi miliknya." - Nur Kasih


Kata-kata Pujangga: "Manusia gagal bukan kerana kebodohan, tetapi mereka gagal kerana melakukan
perkara yang bodoh."


Kata-kata Pujangga: "Berkatalah benar sekalipun kebenaran itu pahit."


Kata-kata Pujangga: "Orang yang bijak tidak akan melengah-lengahkan kerjanya. Jangan kau tangguh
kerja hari ini untuk esok hari!"


Kata-kata Pujangga: "Jika kail panjang sejengkal, usah diduga lautan yang dalam, walaupun lautan
itu tidak bergelora."


Kata-kata Pujangga: "Manusia yang berakal sentiasa memikirkan perkara yang berfaedah."


Kata-kata Pujangga: "Kebenaran itu ibarat air yang mengalir, sekalipun disekat ia tetap akan
terus mengalir."


Kata-kata Pujangga: "Mereka yang menghidupkan sunnah Rasulullah SAW di akhir zaman umpama
menggenggam bara api yang menyala. Kitakah mereka itu?"


Kata-kata Pujangga: "Kita tidak akan ke mana-mana selagi tidak mahu melakukan perubahan."


Kata-kata Pujangga: "Rumah yang kecil kadangkala mampu melahirkan tokoh yang hebat"


Kata-kata Pujangga: "Hidup tanpa cita-cita, sia-sia. Hidup tanpa usaha tak ke mana."


Kata-kata Pujangga: "Manusia diuji oleh Allah berdasarkan keimanan yang mereka miliki."


Kata-kata Pujangga: "Tangisan seorang bayi adalah serungkai kata yang penuh makna."


Kata-kata Pujangga: "Manusia mampu mengemukakan 1000 alasan mengapa mereka gagal tetapi mereka
sebenarnya hanya perlukan satu sebab yang kukuh untuk berjaya."


Imam al-Ghazali berkata: "RAJIN adalah penawar yang paling mujarab, sedang MALAS adalah racun
yang sangat berbisa."


"Do what you can with what you have right where you are." - Henry Truman.


Kata-kata Pujangga: "Tiada yang mustahil di sisi Allah SWT untuk menjadikannya."


Berkata seorang Ahli Sufi : "Siapa yang takut kepada Allah, nescaya semua makhluk takut
kepadanya."


It is not a mountain that we conquer but ourselves - Edmund Hillary


Kata-kata Pujangga: " Kenapa manusia menyerahkan kehidupannya untuk ditentukan oleh orang lain
sedangkan dia mampu berdoa kepada Tuhannya dan tiada siapa yang boleh menghalangnya berdoa?"


Berkata Ar-Rumi: "Manusia dilahirkan dengan kemampuan untuk terbang, kenapa pula mereka memilih
untuk merangkak sepanjang hayat."


Kata-kata Pujangga: "Kemenangan bermula dari dalam diri."


Ibnu Mu'taz pernah berkata: Penyimpan harta itu mati walaupun ia masih hidup. Penyimpan ilmu pula
hidup walaupun ia telah mati.


Kata-kata Pujangga: "Setiap manusia dilahirkan sebagai seorang juara, kita tidak kalah walaupun
berada di bawah tetapi kita kalah sekiranya kita tidak bangun semula."


Berkata Abu Sulaiman: "Apabila hati menangis kerana kehilangan, roh pula akan ketawa (gembira)
kerana kerinduan."


Kata-kata Pujangga: "Angan-angan tidak akan mengubah kita walau seinci, tetapi apa yang kita
laksanakan itulah yang mengubah kita."


Kata-kata Pujangga: "Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu
sehingga yang mustahil pun bisa terjadi."


Kata-kata Pujangga: "Andai dambakan isteri semulia Fatimah az-Zahra jadilah semulia Ali KW, Andai
impikan seorang suami sehebat Ali KW bentuklah diri semulia Fatimah az-Zahra."

Wednesday, October 7, 2009

kehidupan....


....kadangkala kehidupan yang kita hadapi setiap hari membuatkan kita menangis...kadangkala gembira...kadangkala tertekan...kadangkala kecewa...kadangkala pula kita akan merasa satu hari yang sangat sunyi....bagi aku kehidupan yang ALLAH kurniakan ini sangat indah(meskipun kadangkala ada juga aku merungut....)tapi itu tak bermakna aku tidak reda dengan ketentuanNYA....sebagai manusia biasa aku akan cuba sedaya upaya untuk jadi yang terbaik untuk diri ku sendiri..

"kadangkala ALLAH beri kita hujan,petir dan kilat sabung-menyabung....kita bertanya mana perginya hari yang cerah?lalu ALLAH memberikan kita pelangi yang memancarkan cahaya indah...."

Begitulah kata-kata motivasi yang aku ambil untuk di kongsi bersama...sangat jelas dan dalam maknanya...ia adalah ingatan unuk diriku juga yang tidak pernah merasa puas dengan nikmat ALLAH.Semoga kita sama-sama mendapat pelangi indah dalam kehidupan kita...AMINN....
belajarlah Untuk Berkata 'Cukup'.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.
Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin & orang-orang yang beramal soleh...

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya takkenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top-top. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal,Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap-cakap di handphonenya di dalam kereta. Dibelakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba-tiba Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh-gocoh dan sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan,datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.

Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya.Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...)
"Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa-rupanya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba-tiba Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba-tiba datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal dan memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam-macam seolah-olah itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering
berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap-harapkan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang-kurangnya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil?
Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Terperangkap di pusara ibu..

" Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan kepala.

Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.

" Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa.
" Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya.
" Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.
Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ".

" Kenapa jadi macam tu? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar
bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

" Bukannya banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak.
" Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.

" Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu.
" Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya.
" RM 20 aja! " si gadis berkata.
" Tak ada," jawab ibunya.
" Emak memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya,
" Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar! "
" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;
" kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! "

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai.
" Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan
sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang
bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya; " Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat
10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu."

" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur."

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas.

" Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
" Apa pasal," Si ayah bertanya.
" Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! " balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

" Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

" Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah? " kata si gadis sambil meratap.
" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis. Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi.
" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.

" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

" Habis anak saya ?" tanya si bapa.
" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.

Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.

" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah
orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

" Pssstt...Raie...Raie..Psstt," saya memanggil, Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.
" Boleh aku tengok budak tu? " saya bertanya sebaik saja diadatang ke arah saya.

" Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu.
" Sekejap aja. Bolehlah..." saya memujuk.

Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih; "Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal,
Saida menyesal.."

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana. *****a 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil
berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku insaf..."

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan
jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan. Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya
pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.

Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin
dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari.
Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.

Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.