Wednesday, February 24, 2010

TERIMA KASIH TUHAN




TERIMA KASIH TUHAN

terima kasih wahai tuhanku
yang sentiasa melimpahkan rahmatnya
membenarkan aku menghadapmu tuhan
yang maha pengasih dan maha penyayang

untuk bercakap denganmu tuhan
mengizinkan ku minta padamu
memuja memuji sepenuh hatiku
memohon munajat padamu ya rabbi

tapi khuatir,ketika menghadapmu,
tidak pula pandai beradap denganmu
aku mula bimbang kalau aku derhaka,
dalam ketaatan bukan rahmat darimu yang ku dapat,
tapi ku kan dapat kemarahanmu
ya rabbal alamin,
maafkanlah aku......

JIKA AKU JATUH HATI





JIKA AKU JATUH HATI

bismillahirrahmanirrahim......
YA ALLAH JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG
YANG MELABUHKAN CINTANYA PADAMU,
AGAR BERTAMBAH
KEKUATAN UNTUK AKU MENYINTAIMU....

YA MUHAIMIN,JIKA AKU JATUH HATI,
IZINKANLAH AKU MENYENTUH HATI
SESEORANG YANG HATINYA TERTAUT
PADAMU AGAR TIDAK TERJATUH AKU
DALAM JURANG CINTA NAFSU

YA RABBANA,JIKA AKU JATUH HATI
JAGALAH HATIKU
PADANYA AGAR TIDAK BERPALING
DARIPADA-HATIMU.......

YA RABBUL IZZATI,JIKA AKU RINDU
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG
MERINDUI SYAHID DI JALANMU

YA ALLAH,JIKA AKU MENIKMATI
CINTA KEKASIHMU,JANGANLAH
KENIKMATAN ITU MELEBIHI
KENIKMATAN INDAHNYA
BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM
TERAKHIRMU....

YA ALLAH,JIKA AKU JATUH HATI
PADA KEKASIHMU
JANGAN BIARKAN
AKU TERTATIH DAN TERJATUH
DALAM PERJALANAN PANJANG
MENYERU MANUSIA KEPADAMU..

YA ALLAH,JIKA KAU MENGHALALKAN AKU
MERINDUI KEKASIHMU
JANGAN BIARKAN AKU
MELAMPAUI BATAS SEHINGGA
MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN
RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU
AMINN......

Sunday, February 21, 2010

Di SEBALIK Cinta Tanpa Syarat Itu



Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak daripada kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!

....Tajuk dan petikan di atas aku ambil daripada blog saifulislam.com...sama saja dengan apa yang aku bakal coretkan di sini iaitu kasih sayang ibu bapa yang tidak pernah luntur pada anak-anaknya...
baru-baru ini semasa cuti midsem yang lalu ayahku yang sememangnya suka berjalan-jalan mengajak kami ke rantau panjang.di pertengahan perjalanan kami sewaktu di dalam kereta ayah ku tiba-tiba sahaja berkongsi tentang kisah hidupnya sewaktu kecil.kehidupannya penuh dengan kesusahan,mempunyai ibu bapa yang bercerai berai,bagaimana dia hidup susah dan tidak di pedulikan oleh ibu bapa nya kerana waktu itu nenekku sudah mempunyai keluarga lain dan datukku pula sibuk dengan dunianya sendiri.ayahku seorang pelajar pintar tetapi di sebabkan kesusahan hidup dia tidak mampu menyambung pelajarannya.ayahku juga pernah bercerita bagaimana dia hanya meminum air paip di sekolah kerana tidak membawa wang,dan bagaimana kesusahan dia mengayuh basikal berbatu jauhnye untuk ke sekolah asrama(waktu itu hanya 2 orang sahaja yang berjaya ke sekolah itu dalam kampung ayahku)ayahku dari kecil lagi mempunyai perwatakan yang tegas oleh sebab itu dia tidak mudah terpengaruh dengan gejala yang mudah terpengaruh dengan gejala yang tidak baik.
pesannya,...agar kami lebih tegas dalam kehidupan dan dalam membuat keputusan hidup.maklumlah kami adik beradik cukup manja dan tambahan pula kami semua perempuan.ayahku takut kami hanyut tanpa arah di dalam dunia kami sendiri.pesan ayahku lagi...hanya dengan ilmulah kami boleh meneruskan kehidupan kami pada masa depan.dia tidak mahu kami menjadi seperti dirinya yang susah mencapai cita-citanya sendiri kerana kehidupan nya waktu itu yang tidak mengizinkan.ayahku sempat memberi contoh beberapa rakannya yang telah berjaya walaupun kehidupan mereka dulu susah tetapi dengan ilmu mereka dapat merubah nasib keluarga.
jika dikenang kembali ayahku ialah seorang yang sangat 'protective'.'protective' kerana dia sendiri pasti akan menemani kami kemana-mana sahaja tempat yang kami mahu pergi.hatinya sentiasa memikirkan anak-anaknya.aku teringat waktu hari pertama aku masuk ke matrikulasi.sewaktu mahu mengucapkan selamat tinggal ayahku lah orang pertama yang menangis kerana sukar mahu melepaskan aku.sementelah pula aku adalah anaknya yang paling banyak 'problem' kerana mempunyai masalah kesihatan.dia meminta aku menghantar mesej kepadanya setiap hari,melaporkan tahap kesihatan aku pada hari itu.jika di ceritakan pada orang lain pasti mereka akan merasa pelik dan kelakar pun ada juga.tetapi itulah dia ayahku.oleh kerana semua perkara yang kami lakukan mesti di uruskan oleh ayahku.sebab itu lah agak sukar untuk aku hidup berdikari sewaktu mula-mula tinggal diasrama.tetapi bila di fikirkan lagi wajar juga ayahku bimbangkan kami memandangkan banyak perkara yang tidak elok sekarang ini.sukar untuk menggambarkan bagaimana ayahku menjaga kami adik-beradik.dia begitu teliti sekali dalam menjaga adab-adab kami.jika ada perkara yang tidak elok pasti akan ditegurnya.hmm...begitulah ayahku.nak di ceritakan secara tepat terlalu banayak yang dia telah lakukan.masalah kami,menjadi masalah baginya juga.mungkin aku boleh kongsikan tentangnya lagi di lain masa.wassalam.