Sunday, January 24, 2010

SYUKUR

Bismillahirrahmanirrahim.
..Alhamdulillah,Alhamdulillah.Alhamdulillah....syukur kehadrat illahi...hari ini apa yang aku tunggu selama ini aku sudah mendapatkannya.duit biasiswa jpa yang tertangguh kerana beberapa masalah teknikal sudahpun masuk kedalam akaun bank islam ku.syukurlah...tak perlu lagi menyusahkan abah untuk memasukkan duit lagi. begitu susah rasanya untuk aku mendapatkannya berbanding kawan-kawan aku yang lain.sedangkan diorang semua terima biasiswa selepas aku iaitu ketika mereka memasuki universiti.tetapi aku terima biasiswa selepas spm lagi tetapi sebaliknya aku pulak yang dapat duit paling lambat.aku percaya mungkin ada hikmah disebaliknya.maklumlah sebagai student aku perlu menggunakan banyak wang.nak bayar tu la,nak bayar ni la.nak beli buku,makan,keperluan seharian.(its common as a student ).terima kasih kepada abahku yang selalu rajin memasukkan wang kepada aku agar anaknya ini tak 'kebulur' pulak kat usm ni walaupun aku tau yang kadang-kadang dia sendiri pun tak cukup wang untuk belanja dirumah.terima kasih abah dan untuk ma juga.semoga wang yang aku dapat ni berjaya dimanfaatkan olehku(insyaALLAH)....aminn....bile dah dapat duit ni teringat pula satu ayat....."didalam harta milikmu ada juga harta milik orang-orang miskin...".

Monday, January 4, 2010

SIAPA MENYIAPKAN PAYUNG TERJUNNMU?


Charles plumb,seorang lulusan akademi angkatan laut amerika syarikat dan pernah menjadi juruterbang jet pejuang di Vietnam,setelah 75 misi pertempuran,pesawat yang sedang dipandunya telah ditembak oleh musuh.

Kerana umurnya yang masih panjang,plumb sempat melompat keluar dan turun menggunakan payung terjunnya.bagaimanapun,tentera musuh sedia ‘menyambutnya’ di bawah.plumb akhirnya jatuh ke tangan musuh dan sempat menghabiskan masanya selama enam tahun disebuah penjara di Vietnam.

Plumb Berjaya melewati masa-masa penuh penyeksaan sepanjang tempoh berkenaan.setelah dibebaskan ,plumb aktif memberikan ceramah-ceramah motivasi berdasarkan pengalamannya yang begitu berharga.

Pada suatu hari,semasa dan isterinya sedang duduk minum dan berehat disebuah restoran,seorang lelaki yang duduk dimeja lain telah menghampiri lalu menyapanya.”eh,awak ini plumb kan?plumb yang menerbangkan jet-jet tempur di Vietnam dari kapal induk kitty hawk.bukankah pesawat awak elah terhempas?”

“betullah tu tapi dari mana saudaara tahu semua ni?”Tanya plumb kembali”macam mana pula saya boleh tak tahu.kan saya yang melipat dan menyiapkan payung terjun yang awak gunakan tu”.jawab lelaki yang usianya dalam linkungan sebaya plumb itu.plumb tiba-tiba sahaja tersentak dan kaget.dadanya dipenuhi rasa syukur yang tak terhingga.

Bagaikan dapat membaca air muka plumb yang tidak keruan,lelaki itu membuat isyarat tangannya sambil berkata”semuanya ok kan plumb?”.”oh ya,pasti sekali.beres dan hebat!sekiranya payung terjun saya tidak mahu terbuka pastilah hari ini saya tidak ada disini”jawab plumb bersungguh-sungguh,dengan penuh keyakinan.

Dan malam itu,plumb nyata tidak dapat melelapkan matanya.fikirannya terus melayang-layang memikirkan lelaki yang ditemuinya pada sebelah siang tadi:

“aku masih hairan sendiri,bagaimana agaknya rupa lelaki itu bila berseragam.dengan topi putihnya,ada secarik kain selempang dipunggungnya,dan seluarnya yang melebar dibawah.berapa kerapkah aku pernah melihatnya tetapi tidak pernah menyapanya selamat pagi atau bertanya khabar.hanya kerana aku seorang juruterbang pejuang sedangkan dia Cuma seorang pelaut.”

Plumb memikirkan dan membayangkan begitu banyaknya masa yang dihabiskan oleh pelaut itu pada sebuah meja kayu di dalam perut kapal,begitu teliti dan cermat merajut kain dan melipati sutera setiap payung terjunnya-memegang didalam tangannya,setiap kali,nasib dan hidup seseorang yang bahkan tidak ia kenal.

“jadi sekarang”plumb bertanya kepada para pendengarnya.”siapakah yang menyiapkan payung terjunmu?”.terkadang,dalam menghadapi segala rintanngan hidup ini,kitta sering lalai dan alpa tentang apa yang benar-benar penting dalam hidup kita.kita mungkin lalai menyapa seseorang,meminta maaf,berterima kasih,mengucap selamat dan mengingati hari-hari bermakna pada seseorang,memberikan kata-kata pujian dan semangat atau hanya sekadar berbuat baik tanpa alas an apa pun.

Selagi kita melalui hari ini,minngu ini,bulan ini,tahun ini,kenalilah orang yang membantu menyiapkan payung terjunmu(keperluanmu).ini kutulis dan kukirimkan untukmu,ungkapan terima kasih padamu untuk perananmu dalam menyediakan dan mempersiapkan payung terjunku!-(diterjemahkan daripada catatan Charles Plumb)