Tuesday, October 25, 2011

PRE-MENSTRUAL SYNDROME!!!Sighh~

Assalamualaikum........

Fuhh...rasenye dah lame sangat dah xupdate blog nih.maaf ye readers...huhuhu.Sebenarnye banyak benda yang saye nak share kat sini selama beberapa bulan ini.InsyaAllah perkara2 yang menarik n boleh dijadikan teladan dlm hidup kita.Tetapi disebabkan beberapa masalah yang dihadapi,jadi agak susah untuk saye meng'update' blog nih.=(

Rasenye,i need to give some fresh look to my blog.(Sbb tuan dia sendiri dah bosan dengan background yg same x bertukar2 sudah hampir setahun...huhuhu).InsyaAllah, i will work for it kalau ade mase lapang nanti.^_<

Hari ini,InsyaAllah saye akan berkongsi sedikit sebanyak tentang Pre-Menstrual Syndrome atau sindrom sebelum haid yang biase dihadapi oleh sesetengah wanita.Haip3! jangan pikir bukan2 ye!.=P.This is serious.Diharap info ini berguna untuk pembaca sekalian,InsyaAllah.

Sindrom sebelum haid atau PMS,merupakan 3 rangkaian gejala yang berlaku sebelum kedatangan haid yang meliputi perubahan dari segi fizikal,tingkah laku dan fisiologi akibat ketidakstabilan hormon estrogen dalam badan.Biasanya ianya terjadi 7-14 hari sebelum kedatangan haid dan akan hilang apabila haid tiba.Antara gejala PMS ialah kemurungan,sakit kepala,keresahan,kelesuan atau loya atau ketidakselesaan dalam badan.

Biasanya,wanita yang tiba2 bad mood dan asyik marah2 akan dikaitkan dengan PMS ini.Yup,memang betul itu adalah antara salah satu perubahan yang berlaku.Ketika menghadapi gejala ini,wanita biasanya akan mudah berubah2 mood,kadang2 rasa sedih,kadang rasa nak marah n kadang2 tiba2 tension tanpa sebab yang jelas dan nyata.hehe.That's what we called "Mood Swing or swing mood(whatever...=D)".

Mase dulu2 time blaja subjek biologi kat sekolah pasal PMS ni,i always denied that i have it.Ye,mase muda2 dulu mungkin gejala ini tidak terjadi lagi atau tidak muncul lagi.But then,apabila sudah meningkat usia,barulah terasa yang gejala ini memang sangat2 menghantui diri.lebih2 lagi mase nak dekat2 datang bulan."mood swing" memang terjadi.Pantang kawan salah cakap sikit,terus rase nak marah.Padahal benda tu simple jer dan boleh diselesaikan cara baik.Dan ade kadang tu terasa sangat2 sedih tanpa sebab.Sensitif terlebih and feeling frustrated juga kadang2 berlaku.Silap haribulan perkara yang tak elok mungkin berlaku.Sebab itulah ada sesetengah lelaki yang membuat statement bahawa mereka sangat susah untuk memahami wanita.Kadang2 OK,kadang2 KO.haishh...pening2<------(kata mereka)

What i want to stress up here is,especially to all woman out there,rasa nak marah ke,sensitif ker,sedih,tension,murung dan sebagainya,semua tu adalah dalam diri kita sendiri.DIRI KITA,KITA YANG KONTROL.Jadi saat PMS ini menjelma,cuba lawan balik dengan muhasabah diri dan berfikiran positif.Rasionalkan pemikiran anda balik dan perasaan itu jangan diikutkan atau dilayan sangat.Ini,bukan cakap kosong kerana tuan punya diri juga sudah mengalaminya.Whatever it is,it depends on your IMAN how you want to settle it.Cuba dekatkan diri kita balik pada-NYA.Dan fikir balik perasaan orang disekeliling kita.Kalau rasa nak marah dan terasa hati,cepat2 istighfar balik.Kesian pada orang yang tak bersalah kalau kita menyakiti hati mereka hanya semata2 sebab kita ada gejala PMS.Pernah,tuan punye diri(saye le tu...hehe),terasa hati sangat2 dengan sorang sahabat ni.Huhuhu.Terasa pelik juga dengan diri sendiri sebab kesalahan yang sahabat saya tu lakukan tak ade la sebesar mane pun dan simple jer,tapi saya jer yang sensitip terlebih time tuh..hehhe.Tapi,diri sendiri dah tahu,ini adalah gejala PMS.So,saye tak ade la salahkan sahabat saye itu dan dengan senang hati memaafkan die.Lepas tu boleh la lepak2 n gelak2 ngan die balik.Tapi sebelum tu,sempatlah juga saye nangis sorang2 kat bilik sebab dah terasa sangatkan.sobs3~Susah nak simpan dalam hati terus,sometimes kena luahkan juga,tapi lepas nangis terus ok(ini adalah salah satu cara melepaskan perasaan...hehe).Pernah seorang sahabat saye berpesan,"kalau rase nak nangis,nangis jer sampai puas hati,BUT make sure kamu ok selepas itu"=).Sebab sesetengah orang lebih senang meluahkan perasaan mereka dengan menangis,so do it!But then,make sure that you are ok.Kalau kamu jenis melepaskan perasaan dengan tidur,so tidur je la puas2,tapi make sure bila kamu bangun,semuanya dah ok=).(Everyone have their on way).I know,sometimes it was really hard to solve this PMS problems,tapi kalau kita tak cuba,kita tak tahukan sama ada menjadi atau x?.

Kesimpulannya,bukan mudah untuk menjadi seorang wanita.Bermacam-macam perkara yang terpaksa dihadapi.Sebab itulah wanita paling mudah masuk syurga.Memang susah didunia,tetapi dipermudahkan diakhirat dan itu lebih baik=)....(Alhamdulillah).Itu menunjukkan kekuasaan ALLAH Yang MAHA ADIL.(Subhanallah....)....dan sedikit pesanan untuk kaum lelaki,apabila kamu melihat mak,isteri,kakak,adik,kawan,anak saudara dan sebagainya,(yang berstatus kaum hawa) tiba2 sahaja berperangai pelik seperti kuat merajuk dan ayik marah2 atau kuat membebel lebih daripada biasa,janganlah anda melabelkan mereka ngada2,cengeng,"speaker bergerak" atau lain2 gelaran.Janganlah cepat rase fed up atau tension dengan sikap mereka itu.Cubalah memahami mereka and share this hard time together with them dengan menghadiahkan mereka buku "La Tahzan" ke?hehe(ini adalah contoh semata2)....Akhir kalam untuk post kali ini,semoga entri ini bermanfaat untuk anda dan semoga hidup kita sama2 dipermudahkan dan diberkati didunia dan diakhirat,aminnnn...



Sunday, May 15, 2011

Pengajaran dan pembelajaran...

assalamualaikum....
Dah lame rasenye tak update blog ni.....kepada semua yang sudi menziarahi blog ni...maaf ye... kerana tiada entri baru yang di post oleh saye(hehe)..sejak dua menjak ni.Bukannya apa,hari itu dok kalut dengan final exam yang sememangnya sangat2 mencabar,lepas habis final exam terus balik rumah dan sekarang saya masih lagi dirumah dan sedang berusaha menghabiskan pembacaan buku"Biografi Muhammad Bin Abdullah" terbitan PTS islamika.



(buku ini lah...)

Buku ini,memang sangat menarik,merungkai sejarah kehidupan Rasulullah dan salasilah keturunan Rasulullah.Dengan membaca buku ini,membuatkan saya lebih faham bagaimana Rasulullah memulakan dakwah menyebarkan islam dengan penuh hikmah.Tersentuh hati saya tatkala membaca kesusahan Rasulullah menghadapi pihak musuh2 islam yang mahu menjatuhkannya.Melalui buku ini juga saya lebih faham bagaimana satu2 peperangan itu berlaku antaranya peperangan badar,uhud,khandak,hunain dan tabuk.Kebiasaannya nama2 peperangan itu diambil daripada tempat berlakunya peperangan itu.
Saya juga merasa sangat takjub dan teruja tatkala datangnya bantuan ALLAH dengan penghantaran malaikat2 yang membantu tentera islam dalam peperangan badar.Sesungguhnya,tiada yang dapat menandingi kekuasaan ALLAH.
Hampir2 menitis air mata,tatkala merungkai betapa pemaafnya Rasulullah,terutamanya kepada musuh2nya.Rasulallah tidak suka bermusuh malah banyak memaafkan daripada bersangka2.Inilah contoh peribadi yang mulia dan moga2 saya dapat mencontohi baginda.
dan...disaat menulis entri ini,masih ada beberapa helai lagi daripada buku ini yang harus saya habiskan.Puas bercampur gembira kerana dapat mengetahui sejarah Rasul terakhir yang kita sanjungi dengan lebih mendalam.harapan saya ialah,agar dapat membaca buku Berkaitan sejarah Rasulullah dengan lebih mendalam lagi...so...i need to search for another book about Rasulullah to read....=)

sebelum mengakhiri entri kali ini,saya ingin mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" kepada guru2 saya yang tercinta."terima kasih cikgu=D"..kerana sudah banyak bersusah payah mendidik saya dari dulu hinggalah saya berjaya menjejaki menara gading.Terlalu banyak jasa cikgu yang tak mampu dibalas oleh saya.Hanya doa yang mampu saya kirimkan agar kehidupan cikgu diberkati ALLAH dunia dan akhirat=)....Terima kasih lagi sekali cikgu!=)




Sunday, April 3, 2011

Belajar daripada Tembikai



Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.





Pengajaran daripada cerita:>MasyaALLAH,setiap ciptaan ALLAH boleh kita jadikan sebagai pengajaran,terpulang kepada diri sendiri,sama ada mahu memikirkannya atau tidak.Seperti kenyataan didalam surah Ali Imran ayat 190-191 bermaksud:
‘Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi orang yang berakal. Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan sesuatu dengan sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.’



Friday, March 11, 2011

Antara Raja Dan Khadamnya~

Ini sebuah kisah menarik yang aku dapat semasa mendengar ceramah "Cinta Berlandaskan Sunnah Dan Wahyu"malam semalam,diharap semua yang membacanya mendapat manfaat bersama=)
Disebuah perkampungan,adanya seorang Raja yang gemar pergi berburu bersama khadamnya.pada suatu hari apabila raja tersebut sedang berburu,beliau ternampak seekor kijang.Beliau mula meletakkan target dan memetik picu senapangnya,tetapi senapang tersebut tidak dapat menembak kerana picunya terlekat.Lalu raja tersebut meminta bantuan khadamnya untuk menyelesaikan masalah tersebut.
kata raja tersebut lebih kurang begini;
"mat,cuba kamu tengok senapang ni.Dah tak boleh menembak.mungkin ada sesuatu yang terlekat padanya"
balas khadam tersebut;"Alhamdulillah,mari saya tengokkan tuanku"
Khadam tersebut adalah seorang yang suka menyebut prkataan "A.L.H.A.M.D.U.L.i.L.L.A.H" dan sentiasa berlapang dada.

Dalam dok kalut2 menyelesaikan masalah senapang itu,si raja tidak perasan yang ibu jarinya telah menutup muncung senapang itu.Tiba2 sahaja senapang itu memuntahkan peluru dan menghancurkan ibu jari raja tersebut.Raja itu pula apa lagi menjerit sekuat hati kerana kesakitan.
Raja tersebut menyalahkan khadamnya kerana cuai,kata raja tersebut;
"kamulah yang menyebabkan ibu jariku hancur.ini semua kerana kecuaian kamu"
Balas khadam tersebut"Alhamdulillah...
"apa yang Alhamdulillah nya.Ibu jari aku dah hancur sekarang tau!"marah raja tersebut.
"Alhamdulillah tuanku,mujurlah hanya kena ibu jari tuanku,kalau kena kepala,dah tak boleh nak buat apa dah tuanku"balas khadam tersebut penuh tawadduk.
"arggghhhh,balik keistana nanti aku akan hukum kamu dengan hukuman penjara!"Raja tersebut semakin marah dengan jawapan si khadam itu tadi.
"Alhamdulillah...nasib baik tuanku hanya penjarakan saya,kalau tuanku hukum bunuh,maka dah tak bolehlah saya menyebut perkataan Alhamdulillah lagi dan tamatlah riwayat saya"....

Sesampainya mereka di istana,raja tersebut telah memenjarakan khadam tersebut....Pada suatu hari,raja yang gemar berburu ini,keluar ke hutan untuk berburu lagi.Tetapi kali ini beliau membawa satu batalion askar sebagai peneman.tetapi apabila dia menghadapi masalah ketika di dalam hutan,askar2 yang lemah ini tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi beliau.Lalu beliau berkata;
"Sia2 saja Beta membawa kamu semua,Kamu memang tidak berguna,lebih baik beta berburu seorang diri sahaja.Pergi kamu semua dari sini!!"titah raja tersebut.
Dannnnnn....tinggallah raja tersebut seorang diri di dalam hutan.Tetapi malangnya ketika asyik berburu,dia telah ditangkap oleh sekumpulan orang2 batak iaitu orang2 yang memakan daging manusia.raja tersebut lalu dibawa pulang kepenempatan mereka untuk dimasak menjadi gulai.huahuahua.
Tetapi,sebelum dimasak menjadi lauk,satu upacara harus dilakukan kepada bakal 'lauk'mereka,iaitu tok batin akan membaca jampi serapah dan menghembuskan kepada mangsa tadi.mungkin untuk menghalau sial kot.hehehe.Mula2 tok batin tu akan menepuk daun2 dikepala mangsa,kemudian turun ker dada,perut dan apabila sampai di tangan.....aikkk????tak ada ibu jari?????Tok batin pun bangun dan memberitahu tok penghulu.Lebih kurang begini...."Tok penghuluk,kitak punyak mangsak,tidak cukup sifat,tidak boleh makan,nanti jadik balak(bala)"
Apabila mendengarkan kenyataan itu,maka tok penghulu pun bersetuju untuk melepaskan mangsa....
Si raja tersebut sangat terkejut kerana dilepaskan dan apabila ditanya,maka taulah raja itu sebab di dilepaskan adalah kerana ibu jarinya yang hilang itu....dannn...berlarilah raja itu dalam keadaan gembira pulang keistana dan sesampainya beliau diistana,beliau terus kepenjara dimana khadam itu dipenjarakan.Beliau memeluk khadamnya dengan tangisan gembira.
Khadam ersebut sangat terkejut dengan kelakuan raja itu dan apabila diceritakan khadam tersebut pun berkata...."Alhamduillah tuanku...nasib baik tuanku memenjarakan saya,kalau tidak pasti saya akan ikut sama pergi berburu dengan tuanku.Tuanku tak ada ibu jari,tetapi saya ada.Kalau saya ikut sama dah tentu saya menjadi lauknya".......S.E.K.I.A.N...

hahahahha...lawak tetapi bermanfaat,cerita ini bermaksud yang semua yang berlaku ada hikmahnya....so,sentiasa bersangka baik n dont forget to say ALHAMDULILLAH.....=D

Monday, February 28, 2011

Senaman Bahagia=)

ermmmm....hari ni aku nak share tentang satu senaman yang kita boleh buat masa stress.Kebiasaannya masa stress kecenderungan untuk kita mengerutkan muka adalah amat tinggi.Oleh itu,kita telah menarik urat-urat muka dan itu boleh menyebabkan sakit kepala.Tahukah anda yang kita menggunakan banyak saraf(muscle) ketika kita masam,sebaliknya bila kita senyum,hanya menggunakan sedikit sahaja saraf(muscle).....tulah sebab bila kita masam orang selalu samakan dengan term'tarik muka'...

Senaman bahagia ni senang jer.Kalau stress cubalah buat ek.hehe.Mula2......pergi depan cermin....tengok setiap inci wajah anda ketika masam....kemudian perlahan2 anda senyum...(senyumlah dalam 5 ke 10 minit)....dan tataplah wajah anda ketika senyum....Pasti anda akan merasa lebih tenang.Kepada yang muslim ucapkanlah 'Alhamdulillah" sebab Allah telah mengurniakan wajah yang indah kepada anda...=)
selamat beramal....=D

....Senyum,...kepada semua...
....senyumanmu amatlah berharga...
....senyum...membahagiakan...
....kau tersenyum,ku tersenyum...
....terjalin lah..ikatan.....=D




Saturday, February 19, 2011

PERKARA ANEH BERLAKU....

Assalamualaikum,
Ingin ku kongsikan perkara aneh yang berlaku pada diriku hari ini.Perkara yang cukup menginsafkan dan menyedarkan aku.Ku rasakan ia bukan mimpi kerana aku benar2 mengalaminya.
Petang ini aku tidur dalam keadaan penat yang amat sangat setelah pulang daripada shopping di dua tempat shopping kompleks.Memang shopping sakan.Cuaca pula sangat panas hingga menyebabkan kepalaku sakit.Sampai di bilik memang aku target untuk tidur melepaskan penat.
Waktu aku tidur tidak lah terlalu lama(bagi aku),agak2 dalam sejam lebih tetapi memang melepasi waktu asar.Sebab penat sangat so aku tersedar lambat.Tapi apa yang anehnya bila aku sedar aku tak boleh bangun.Aku seakan2 tak bernafas.Aku rasakan seolah2 roh aku nak keluar dari badanku.Aku menangis.Tetapi jasadku seolah2 kaku.Aku tak boleh bergerak.Tiba2 aku teringat Al-Quran ku didalam beg.Tadi sebelum keluar shopping aku bawa Al-Quran sekali,kalau nak mati pun sekurang2nya biarlah ada Al-Quran bersamaku(Desis hatiku).Aku menjerit.Tiba2 sahaja kurasakan aku masih kurang lagi membaca dan mengamalkan Al-Quran.Aku memohon Ya ALLAH kau terimalah pembacaan Al-Quranku selama ini,Dah la sikit dan ada kurangnya.Jasadku seolah2 masih lagi kaku.Aku mendengar orang2 disekelilingku bercakap tetapi aku tak boleh nak bagi respon.Aku mengucap dan redha andai sudah tiba waktuku untuk pergi menemuiNYA.Aku menangis lagi.Aku cuba untuk mengucap kerana aku teringat hadis Rasulullah S.A.W orang yang sempat mengucap sebelum meninggal dunia,dengan izin ALLAH akan masuk syurga.Tiba2 saja aku boleh bernafas.Aku menarik nafasku sedalam2nya.Lega.Masih boleh lagi aku memperbaiki amalku.Ya ALLAH kau ampunilah segala dosa2ku dan dosa2 kedua ibu bapaku.Berilah kami petunjuk-MU YA ALLAH.Aku tak mahu mati dalam keadaan aku berdosa kepadaMU....

dariku:...Kematian boleh berlaku pada bila2 masa sahaja,dimana,bila dan bagaimana hanya DIA yang MAHA MENGETAHUI...semoga kematian kita adalah setelah semua dosa2 kita diampunkan,DIA MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG...



Tuesday, February 15, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL....YA RASULALLAH

Pemergianmu

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


(Ya Rasulallah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusiakan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu



Senilagu : Frizdan Senikata : Frizdan Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.

Penerbit : Fizarahman Zainal Susunan Muzik : Firdaus Mahmud

>YA RASULULLAH...KAMI MERINDUIMU,MESKIPUN TAK PERNAH BERSUA DENGANMU....

Saturday, February 12, 2011

CARA-CARA MENUNJUKKAN SAYANG....

(pesanan:Bayangkan wajah suci kedua ibu bapa anda sebelum anda membaca kisah di bawah)

2 orang sahabat,ina dan ita sedang berjalan2 di tepi tasik yang indah sambil berbual rancak.Tiba2 ita bertanya kepada ina beberapa soalan:

Ita:ina kau sayang mak ayah kau tak???

Ina:(tergelak)soalan apa ni ita???mestilah aku sayang...mereka yang melahir,menjaga,membesarkan dan mendidik aku dari aku kecik lagi.

Ita:aku pun sayang mak ayah aku.Sebab tu lah aku jaga aurat aku....supaya mak ayah aku tak disoal dan diazab diakhirat,hanya sebab kesalahan aku tidak menjaga aurat aku...kalau aku berbuat dosa mereka juga akan menanggungnya,kesian...mereka dapat anak seperti aku.

(mereka menyambung perjalanan mereka-bersantai dan melihat alam)

Ita:Ina kalau kau tengok mak ayah kau menangis,kau sedih tak???

Ina:mestilah aku sedih,aku pun akan turut menangis sama tau.apapun akan aku lakukan untuk tengok mereka senyum balik.

Ita:Aku nak tengok mereka tersenyum diakhirat nanti,sebab tulah aku banyakkan berbuat perkara kebaikan dan berdoa semoga pahala yang dilakukan turut sama dapat dikongsi oleh ibu bapa aku....InsyaALLAH..

Ita:ermmm...Ina kalau kau,kau nak mak ayah kau masuk syurga atau neraka???
Ina:(Tersenyum)....mestilah masuk syurga.

Ita:kalau kau nak mak ayah kau masuk syurga,apa usaha yang akan kau lakukan dan korbankan untuk mereka????

Ina:Ermmmm....(berfikir)...ha aku buat baik dan berdoa untuk mereka..

Ita:Bagus,jelaslah kau anak yang solehah.Tapi aku tengok ada sedikit kecacatan.insyaALLAH,kau boleh ubah perkara ini kalau kau mahu.Tinggalkanlah maksiat yang kau lakukan.Semalam aku nampak kau dengan mazlan kat pekan.jalan berdua2an sambil Pegang2 tangan.Mungkin kau tak sedar perkara ini,tapi setiap maksiat yang kau lakukan kau juga titipkan dosa buat ayah dan ibu mu.Kasihan mereka dirumah tidak tahu apa2.Dan akhirnya mereka diazab atas sebab dosa yang kita lakukan.

Ina:Ita...aku dah lama nak berubah...aku nak tinggalkan semua maksiat yang sudah aku lakukan,tapi aku taku kuat...aku tak mampu nak tinggalkan Mazlan...

Ita:ya,aku faham perasaan kau.lagipun dah lama kau couple dengan Mazlan kan???Tapi kau cuba bayangkan andai satu hari nanti kau disuruh membuat satu pilihan antara ibu bapa kau dan Mazlan,sape yang kau akan pilih???....kalau aku Ina,aku akan pilih ibu bapa aku.Kerana jika tiadanya mereka di dunia ini,maka tiadalah pengganti nya lagi,kerana aku cuma ada satu ayah dan satu ibu.Tetapi kalau cuma pakwe atau boyfren yang aku korbankan,InsyaALLAH ALLAH akan menggantikan mereka dengan yang lebih baik lagi.Mungkin seorang lelaki yang bernama suami yang akan membimbing kita ke arah jalan yang di redhai-NYA...

Ina:(menangis)....aku tak kuat Ita...

Ita:(memegang tagan Ina)...Kekuatan itu bukan datang sendiri,kita harus cari....mohonlah pada ALLAH Ina.

Ina:InsyaALLAH Ita,aku sayang sangat2 mak ayah aku.Aku tak nak mereka diazab disebabkan dosa2 yang aku lakukan.InsyaALLAH aku akn BERUBAH!terima kasih Ita...

Ita:(tersenyum)...Alhamdulillah...aku pun nak berubah juga menjadi seorang anak yang lebih baik lagi...InsyaALLAH...inilah cara2 menunjukkan sayang kita kepadaNYA dan kepada kedua ibu bapa kita...=)


"Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang bernyala-nyala, ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka kedalam surga 'Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang saleh di antara bapak -bapak mereka, dan istri-istri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau pelihara dari (pembalasan?) kejahatan pada hari itu maka sesungguhnya telah Engkau anugerahkan rahmat kepadanya dan itulah kemenangan yang besar." (QS.Ghaafir: 7-9).




>Ya ALLAH rahmatilah kedua ibu bapa ku dan kau kasihailah mereka seperti mana mereka mengasihani aku sejak aku kecil.Aminnn...


Sombongkah Aku?

Sombongkah aku kiranya tidak mahu membalas pesanan ringkasmu?
Sombongkah aku jika membiar sepi YM darimu?
Sombongkah aku jika aku hanya membiarkan panggilan darimu berlagu tidak berjawab?

Ya,aku memang sombong.
Namun aku sombong bertempat!
Bukan pada semua.

Tapi hanya padamu,lelaki ajnabi yang tidak halal buatku.
Pantaskah aku membalas SMS mu kiranya luahan rindu yang kau ucapkan?
Perlukah aku membalas YM mu jika omongan cinta yang kau ingin bicarakan?
Haruskah aku berbual denganmu jika tiada perkara penting yang mahu dibincangkan?

Kau bukan suamiku,perlukah kita melakukan semua itu?
Tepuk dada,tanyalah imanmu sendiri wahai teman.

Maaf aku tidak sanggup melakukan semua itu jika murka Allah yang ku dapat
Jika kerana sikapku ini kau memanggilku sombong, nah silakan.
Aku tidak peduli.
Jika kerana ini kau memandangku seorang yang kolot
Aku masih juga tidak peduli
Apalah sangat pandanganmu jika dibandingkan dengan pandangan murka Tuhanku

Kiranya aku mengikut kemahuanmu
Aku lebih takutkan Tuhan yang menjadikan kau dan aku.

Sebelum tiba masanya, biarlah kulabuhkan dulu cintaku pada-Nya
sebelum kulabuhkan cintaku kepada yang berhak keatasku kelak
Hanya untuk suamiku,cinta halal bagiku.

Link: http://www.iluvislam.com/karya/puisi-kreatif/1676-sombongkah-aku.html



Sesungguhnya,jodoh pertemuan ditangan ALLAH.....



TAFAKUR -AZHAN ATAN.....suke lagu ni ^_^

TAFAKUR
(Album : Ku MilikMu)

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janjiMu
Bantuan di perjuangan

Ku titiskan airmata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudratku
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradatku

Pimpinlah daku dalam redhaMu
Kasihi daku dalam rahmatMu
Hanya padaMu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Album : Ku MilikMu
Lagu : Kamal Halim (Al-Mansur Production)
Lirik : Kamal Halim (Al-Mansur Production)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Cuma Berkongsi:Lagu ni best sangat....maaf tak boleh share video kat blog nih...kalu ada yang berminat boleh la cari kat you tube,atau mana2 sumber....jazakillah...=)




Friday, February 11, 2011

APABILA LELAKI MELUAHKAN PERASAANNYA....

Kelmarin saya mendapat satu email dari yahoogroup saya. Ia merupakan rintihan seorang lelaki sudah berkahwin ( jika belum kahwin, mungkin lebih dahsyat cabarannya) yang masih mempunyai iman tetapi sedang diuji dengan begitu kritikal oleh suasana sekelilingnya, terutamanya oleh wanita.

Berikut adalah emailnya :-

Assalamualaikum,

(minta admin padam nama saya sebelum release)
Boleh dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri (celakalah keatas kamu!!!).

Tolonglah wahai wanita, aku ingin jaga mataku dan imanku

95% jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina.. 5% jer tinggal sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib baik Islam tak bagi. Jalan kearahnyer cukup mudahhhh, sangat mudah bagi saya, tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja, dah macam-macam strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pergi kerja.

Secara jujurnyer sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah melampau!!!! berpakaian melampaui batas tanpa segan silu. atau ada perasaan malu, saya ni orang lelaki kalau disuruh pakai seluar pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak sanggup.. maluuuu.. tapi ada orang perempuan yang sanggup pada masa kini mana pegi hilang malunyer aku pun tak tau... menyusahkan akuuu...

Tanpa segan silu saya menaip, kekadang diri terpaksa menumbuk sepak terajang pintu atau bantal maki hamun nyumpah serapah nak meredakan nafsu.. bagi penatt... isteri memang ada tapi sendiri pahamlah.. kalo nampak isteri aku sorangg jerrr mudah sket nak kawall.. kalo dah kluar dari rumah mau terbeliak bijik mata... lagi-lagi kalo time nak gi atau balik kerja.. adehhhh!!! nak gak kawen lagi satu tapi belum mampu lagi...


Kepada kaum perempuan aku merayu tutuplah aurat muuu.. tutup setutupnyerrr. . kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari oleh dek kerana perbuatan kamu... tolongglahhh. .. aku bukan orangwarakk.. aku bukan orangalim ulamak.. aku hamba Allah yang biasa.. tak tau sampai bila aku mampu bertahan..

ADAKAH ANDA (WANITA) SEDAR BAHAWA ANDA SEBENARNYA TELAH MENGGENTARKAN IMAN LELAKI DENGAN BERPAKAIAN SEPERTI TERLANJANG...BERTUDUNG PENDEK, T-SHIRT PENDEK, SELUAR JEANS DAN LEGGING KETAT???

ADAKAH ANDA (WANITA) TAHU BAHAWA RAMAI PENGHUNI NERAKA ADALAH DARI KALANGAN WANITA IAITU 2/3PENGHUNI NERAKA ADALAH WANITA...???

Wahai para wanita, bantulah dirimu dan umat Islam yang ingin menjaga iman mereka. Janganlah menggoda atau termenggoda (tanpa sengaja) mereka dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu terhadap hak Allah SWT. Moga kita semua terselamat.

Nabi Muhammad bersabda :
صِنْفَانِ من أَهْلِ النَّارِ لم أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بها الناس وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رؤوسهن كأسنة الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ ولا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ من مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Ertinya : "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)


PESANAN DARI ADMIN: Ingatlah hilangnya perasaan malu bukti kehancuran diri...peliharalah aurat kamu supaya kamu dapat orang kenal bahawa kamu tergolong dikalangan orang yang baik-baik...apabila kamu berpakaian sopan, menutup aurat dengan sempurna dan menjaga akhlak...inshaAllah anda akan dipandang mulia disisi Allah s.w.t dan sentiasa dipandang baik oleh masyarakat...AKAN TETAPI
apabila anda tidak mahu menutup aurat ataupun ada yang membungkus aurat dan tidak berasa malu untuk mendedahkan aurat kamu...maka disini Nabi s.a.w telah bersabda:

“Sesungguhnya jika Allah mahu menghancurkan seorang hambaNya maka ia akan menghilangkan rasa malunya, makajika telah dicabut rasa malunya kamu tidak akan menjumpainya lagi kecualiia membenci dan dibenci dan dicabutlah rasa amanah darinya. Maka jika dicabut rasa amanah darinya engkau tidak akan menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dan jika engkau tidakmenjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dicabutlah rasa kasih saying daripadanya. Dan jika kasih saying dicabut darinya maka engkau tidak menjumpainya melainkan ia dikutuk dan dilaknat. Maka dicabutlah keislaman darinya.” (Ibnu Majah:4054)

Subhanallah, awal kehancuran adalah dicabutkan rasa malu. Astaghfirullah,di jalanan kita mendapati terlalu ramai manusia yang sudah hilang sifa tmalu. Mereka tidak malu dan secara terbuka melakukan kezaliman, mendedahkan aurat dan kemaksiatan sedangkan kita yangvmelihat sendiri yang berasa malu atasvperbuatan mereka. Sedang mereka bangga dan bersikap acuh tidak acuh terhadap perkara yang mereka lakukan. Semoga kita tergolong didalam orang-orang yang beriman dan dijauhkan dari azab api neraka kelak...amin

[ADMIN yang disebut2 dalam artikel ini ialah BUKAN ADMIN Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) , Harap maklum.]

Luahan hati blogger:Saya juga seorang gadis.Saya juga pernah berada pada tahap kejahilan dimana saya tidak faham kenapa wanita diwajibkan menutup aurat.Saya juga pernah berpakaian singkat.Sehinggalah ALLAH membuka hati saya untuk menutup aurat penuh iaitu seperti yang ditetapkan dalam al-Quran.SUNGGUH!kini,saya malu pada ALLAH dan orang di sekeliling saya dan sering bertanya pada diri sendiri,dahulunya kenapa saya tidak mahu menjaga aurat saya.Tetapi Alhamdulillah,sekurang2nya saya sedar akan kesilapan diri ini.Dan kini saya mahu mengajak gadis2 lain diluar sana agar sama2 turut menjaga aurat mereka.Sedih memanglah tersangat sedih kerana ada insan yang sewenang2nya dan bangga mendedahkan aurat mereka.Jika anda sayangkan agama anda dan ibu bapa anda,marilah menjaga diri anda dahulu.Agar ibu bapa anda nanti turut sama mendapat pahala jika anda berbuat kebaikan,tetapi jika sebaliknya yang anda lakukan,anda sebenarnya turut mengheret mereka ke lembah neraka.Wallahualam....

Thursday, February 3, 2011

KISAH CINTA:NAIM SI BUDAK AGAMA



Kisah Cinta:Naim si Budak Agama

Naim pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah Agama Persekutuan.Dia seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di sekolah dan Siqahnya(Kepercayaan orang terhadapnya) tinggi.Apabila Ustaz tiada di antara Magrib dan Isyak,dia akan ke hadapan.Samada memberi tazkirah atau mengepalai bacaan Mathurat.Pergaulan dengan perempuan dijaga dengan begitu sempurna,jika mesyuarat terpaksa bercampur lelaki dan perempuan,sama sekali dia tidak akan mengangkat pandangannya.Semua orang menghormatinya,baik yang junior mahupun senior,baik yang laki-laki mahupun perempuan.Jika ada senior yang tengah membuli junior,jika Naim ada di tempat kejadian,proses buli itu akan bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan.Inilah ‘kuasa’ Naim di sekolahnya.

Dia menjadi contoh teladan bagi setiap pelajar sekolahnya.Setiap mata-mata yang wujud di sekolah itu selalu memerhatikan pergerakannya dan mengambilnya sebagai contoh kehidupan yang paling sempurna.Dek kerana mengetahui banyak mata memerhatikannya,dia betul-betul menjaga akhlaknya.Bukan kerana manusia tetapi kerana Allah.Niatnya hanya satu,supaya Islam itu terpancar dari dirinya.Hebatnya dia dalam menjaga akhlaknya, tidak ada seorang pun di dalam sekolahnya melainkan teman sebiliknyanya yang pernah melihat kulit badannya walaupun dia seringkali bermandi-manda di kolah berhampiran dengan surau.

Sudah pasti,ramai perempuan yang menggilainya walaupun dia tidak mengetahui hal itu.Di hadapannya semua baik,tunduk dengan penuh tawadukknya tapi berlalunya Naim dari tempat itu,mula lah mulut mereka bergerak memuji dan mengumpat tentang Naim.Bukan sahaja pelajar biasa yang meminati Naim tapi ada juga pelajar-pelajar perempuan yang memegang tampuk kepimpinan sekolah yang meminatinya cuma tidak disuarakan, bimbang ditegur dan yang paling mereka takuti,takut cinta mereka ditolak.Tambahan pula Naim banyak kali mengingatkan pelajar-pelajar supaya menjauhi zina hati,zina yang tidak dapat dilihat dan tidak dapat dirasa tatkala dia memberi tazkirah.

Namun,hatta nabi Sulaiman yang menjadi raja dunia itupun diuji Allah,inikan pula seorang pelajar sekolah agama yang ilmu agamanya masih bertatih, bahasa arabnya masih merangkak-rangkak.Dia diuji dengan kehadiran seorang pelajar perempuan yang baru pindah ke sekolahnya.Namanya Nisa, Khairun Nisa.Orangnya putih,bertahi lalat di pipi sebelah kanan sedangkan Naim di sebelah kiri.

“Ana Khairun Nisa,sila beri tunjuk ajar.”Nisa memperkenalkan dirinya.

Dalam mahu yang bercampur dengan iman di dalam hatinya,Naim melihat Nisa dengan sipi-sipi matanya sahaja. Ingin dia merenung Nisa dengan lebih tajam tapi iman di dadanya masih kukuh bak tembok besar cina.

“Cantiknya,”hati Naim bermonolog.

Tidak sampai sekelip matapun,imannya menampar hatinya.Dia terus sedar dari diulik oleh syaitan dan lantas dia beristighfar,memohon ampun daripada Tuhan dek kerana melakukan zina,zina hati.Ingin sahaja matanya mengeluarkan bintik-bintik mutiara tanda sesalnya dia akan dosanya namun selaput kaca di matanya masih tebal.Mungkin penyesalannya masih belum kuat untuk memecahkan selaput kaca itu.

Saat berganti saat,hari berganti hari,Nisa pun terpilih untuk menjadi salah seorang AJK surau sekolah dek kerana dia asyik ke surau berbanding dengan pelajar-pelajar yang lain.Subuhnya di surau,Dhuhanya di surau,Zohornya di surau,Asar,Magrib dan Isyaknya di surau.Seringkali Naim terdengar suara wanita sedang membaca Al-Quran di balik tabir biru yang memisahkan lelaki dan perempuan,ingin dia mengintai siapakah gerangan hamba Allah itu tapi iman masih tebal menyelaput hati nafsunya.Ditakdirkan Allah,suatu hari dia ternampak Nisa masuk ke surau perempuan,maka tahulah dia bahawa suara perempuan yang didengar selama ini ialah suara Nisa.

Sedang dia sedang bersendirian berdoa selepas solat sunat Dhuha,dia terdengar satu suara perempuan meminta tolong dari balik tabir.Suara perempuan itu sayup-sayup.

“Ish..Nak tolong ke tak..Kalo aku masok belah pompuan,bukanke khalwat..ye la,mane ade orang…aku dan die je..takley,aku mesti bagitau ustaz hal ni,biar ustaz tolong..”Imannya bersuara.

Tapi 1 tetap kalah kepada 2.Imannya kalah dengan nafsu dan syaitan yang menggodanya.

“Kalo aku tak tolong,maybe…em…aku intai dulu la,kalo serius aku tolong segera kalo tak,aku lapor kat ustaz,”akal mula campur tangan.

Tabir biru itupun diselaknya dan dia mendapati jari Nisa terkepit di almari Quran.Walaupun sakit Nisa tetap menahannya,bimbang maruahnya jatuh di hadapan seorang ketua badan Agama sekolahnya.Dan ketika itulah makhluk durjana yang bernama syaitan mula mengambil peranan.Disuntiknya bius-bius dosa ke dalam hati Naim supaya Naim tidak terasa melakukan dosa.

“Em..Aku kene lapor kat ustat ke?Patot ke aku tolong?Bley ke aku pegang tangan die?Dose..”Imannya bersuara.

“Ah,darurat,darurat.Even babi pun boleh makan kalo darurat.”Akal yang dibalut dengan nafsunya membuat pertimbangan.

“Betul juga,ok,aku tolong.”Hatinya membuat keputusan sambil disahkan oleh Syaitan.

“Er,Nisa tahan ek,kejap saya tarik pintu almari ni.”Dia memberi arahan kepada Nisa.

“…ok…”Suara Nisa bagaikan bunyi ikan bersuara,entah dengar,entah tidak.

Pintu almari berjaya dibuka,jari Nisa terlepas dari kepitan almari.Merah bak biji saga jarinya,hampir-hampir saja berdarah tapi kulitnya masih kuat menahan segala isi cecair daripada keluar.Tiba-tiba,Naim tanpa berfikir panjang memegang jari Nisa.Niatnya hanya satu,ingin melihat keadaan jari Nisa.Tapi dengan pantas Nisa menariknya dan berlari turun daripada surau dan menuju ke kelas.

“Ya Allah,apa aku telah buat ni…Aku bukan sengaja melakukannya Ya Allah..Ampunilah aku..”Dia berdoa,menangis menyesal dosa yang baru sahaja dibuatnya sebentar tadi.

Habis sahaja air matanya kering,hatinya diketuk dengan pelbagai soalan.Bukan soalan agama tetapi soal maruah dan Siqahnya.Bagaimana jika Nisa menceritakan hal tadi kepada kawan-kawannya?Bagaimana kalau cerita itu bocor kepada junior-juniornya?Kalau ustaz dapat tahu,pasti dia akan dilucutkan dari segala jawatan yang disandangnya sekarang.Dia akan dicemuh dan dihina.Dia tidak akan dapat peluang ke depan lagi sewaktu ketiadaan ustaz.Dia bimbang bercampur keliru.

Lamunannya tersentak apabila satu suara memberi salam untuk masuk ke surau.Peluh-peluh resah dan gelisah mengalir di pipi kanannya,dia masih di dalam bahagian surau wanita.Apa yang harus dijawab jika ditanya. Ya,menipu.Menipu adalah jalan penyelesaian yang terbaik buatnya sekarang.Lagipun dia cam suara itu,itu suara Khairul,teman sebiliknya.Baginya tidaklah berdosa menipu teman sebilik yang akrab dengannya.

“Eh,Im.Ape ko wat lam surau pompuan tu?”Soal Khairul,kelihatan di mukanya perasaan ingin tahu.

“Eh,takde ape-ape la.Aku just check samada quran cukup tak belah pompuan.”Jawab Naim.

“Owh,baguslah wat kerja baik atas rumah Allah ni.Insya Allah ko dapat pahala,taknak share ngan aku?”gurau Khairul.

Gurauan yang pada dasarnya kelihatan seperti satu lawak bodoh tetapi ada perkataan-perkataan yang menghantui fikiran Naim iaitu ‘RUMAH ALLAH’.

Ya,di atas rumah Allah inilah Naim melakukan maksiat.

Di atas rumah Allah inilah Naim menipu.

Semuanya di atas rumah ini,rumah kepunyaan Tuan segala tuan.

Tiba-tiba dia menangis tetapi bukanlah menangis seperti anak kecil menangis.Hanya air mata sahaja mengalir di atas pipinya yang sedikit cengkung.Khairul terkejut melihat Naim menangis dan bertanya sebab Naim menangis tetapi Naim hanya berdiam.Khairul membuat andaian sendiri,pada pendapatnya mungkin Naim menangis kerana bertaubat.Lantas perasaan cemburu mula menguasai dirinya.Inilah dia tanda orang beriman,pantang melihat orang lebih dekat dengan Kecintaan nya,pasti dia cemburu.

“Eh Im,kelas da nak start.Jom!”Ajak Khairul.

“Ok,”balas Naim.

Pelajarannya selepas waktu rehat tadi tiada makna.Sepatah kata yang keluar dari mulut cikgu-cikgunya tidak satupun diingati atau diberi perhatian.Matanya tajam memandang ke arah papan hijau di hadapan kelas tetapi fikiran jauh ke laut mencari ketenangan.Jasadnya wujud tapi ruh akalnya tiada.Bukan sibuk memikirkan penyelesaian tetapi sibuk mencari masalah-masalah yang akan timbul jika cerita tadi diketahui umum.

Rupa-rupanya,bukan Naim sahaja yang berjasad tanpa akal,begitu juga dengan Nisa.Cuma ada kelainannya. Nisa sama sekali tidak bimbang tentang nasibnya jika cerita itu bocor atau ada mata yang terpandang peristiwa tadi tetapi kepalanya sibuk memikirkan tentang Naim.Kedudukannya di dalam kelas menyebabkan matanya tidak berkelip memandang Naim dari belakang.Baginya,alangkah bertuah sesiapa yang dapat menawan hati Naim. Kesopanan dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Naim sebentar tadi,betul-betul memikat hati suci si gadis ini.Begitulah nasib si Abid tanpa Ilmu.Pantang ditiup angin,pasti dia rebah.

Tangan mula mengambil peranan,diambilnya pen merah jambu kesukaannya dan diambil sehelai kertas memo yang berada di dalam laci mejanya.Sepucuk surat ditulis sebagai tanda terima kasih buat si jejaka budiman. Surat sahaja tidak cukup,dibelinya sekotak air laici yang berharga 80sen dengan duit seringgit.Bakinya dibeli sebatang choki-choki,juga sebagai hadiah.

Seperti kebiasaannya,Naim datang ke kelas seawal mungkin.Selesai sahaja solat Zohor berjemaah dan makan di dewan makan,tanpa menyalin pakaian,dia terus ke kelas.Baginya masa itu emas dan tidak boleh dibazirkan walaupun sesaat.Masih banyak pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang belum dikuasainya.Tabiatnya ini menjadi ikutan sesetangah pelajar yang lain.Pabila dia melangkah kaki ke dalam kelas,alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat sepucuk kertas yang dilipat 2 dan ditindih dengan sekotak air laici dan sebatang choki-choki.



Isi suratnya:

Salam..

Terima kasih kerana tolong ana..

Kalau anta takde tadi,tatau la macamana ana nak buat..

Jangan bimbang,ana tidak akan membocorkan hal tadi kepada orang lain..

Ukhwah Fillah,

Nisa’

Sambil menghirup air laici dalam kotak itu,dia tersenyum.Dengan mengoyak plastik depan choki-choki,dia membetulkan kerusinya,mempersiapkan dirinya untuk menulis surat balas kepada Nisa.Sebaik sahaja pen nya ingin menyentuh dada kertas putih berbelang biru itu,dia terfikir alangkah bagusnya kalau dia mempunyai pen berwarna-warni supaya Nisa tidak jemu membacanya.Mata hitamnya terpandang bekas pensil kawan di hadapannya.Tidak pernah dia menyentuh barang orang lain tanpa izin tapi kali ini tidak lagi.Entah kawannya bagi atau tidak,dia terus menggunanya atas alasan yang sangat biasa, “standardla,kawan..”Maka bermulalah kisah cinta Naim,Si Budak Agama.Balas dia:

Salam,

Terima kasih atas minuman dan makanan yang saudari bagi,

Ana tidak buat apa-apa melainkan untuk menolong insan dalam kesusahan,

Bukankah Islam menyuruh kita menolong orang dalam kesusahan?

Moga Allah meredhaai kita,

Dan,salam perkenalan.Ana Naim.

Naim

Diselitnya surat ini ke dalam buku latihan Nisa’ dengan harapan yang membulat.Maka,Naim dan Nisa mula berbalasan surat.Walaupun pada awalnya,kedua-dua merasa kekok dek kerana dua-dua mempunyai tapak agama yang boleh dikatakan kukuh. Ada juga Nisa bertanya di dalam suratnya, “Kita berbalas surat ni,tak salah ke di sisi Islam?”

Pening juga Naim dibuatnya namun disejukkan hatinya dan hati Nisa dengan jawapan, “Takpe,kita dating tak pernah.Bertentangan mata jarang sekali. Kita Ukhwah Fillah.Kita berhubungan inipun semata-mata kerana Allah.Kita niat untuk berkahwin,bukan untuk buat maksiat.”

Nisa membalas, “bagaimana pula dengan zina hati?”

Lalu Naim membalas, “mana ada zina hati.Zina hati tu ulamak yang buat dengan tujuan umat Islam tidak mendekati zina.Rasulullah tak kata pun.Lagipun cinta ini fitrah,masakan Allah zalim mengharamkan apa-apa fitrah manusia?” Hilang sudah prinsip yang dipegangnya selama ini.

Walaupun Nisa tidak berpuas hati dengan jawapan Naim,namun dek kerana cintanya dia kepada Naim,di’iya’kan sahaja ‘fatwa’ kekasihnya itu.

Naim dapat mengesan rasa sangsi kekasih hatinya melalui gaya bahasa dan cara penulisan yang agak sedikit berbeda,lalu dia membalas, “Nisa’,bukankah Allah berfirman bahawa perempuan baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik?Ana yakin anti baik dan ana pun yakin yang anti rasa ana baik.Tidak sekali Allah kata isteri yang baik untuk suami yang baik tetapi Allah kata perempuan dan lelaki bermakna belum berkahwin pun takpa.Anti meragui Quran?”

Terdiam Nisa’ membaca ‘fatwa’ baru buah hatinya itu.Ingin dia membantah tetapi bimbang dianggap meragui Quran. Mindsetnya yang mengatakan buah hatinya mempunyai ilmu setinggi langit itu menyebabkan dia semakin yakin dengan ‘fatwa-fatwa’ itu.

Siqah bukanlah kerja manusia.Pengaruh bukanlah kawalan manusia.Hati manusia tidak boleh dibeli dengan mata wang, kesetian tidak boleh diperdangkan dengan kemewahan.Semuanya hak mutlak Allah,Tuhan yang membolak balikkan hati manusia.Jika Dia menghendaki seseorang itu mulia,maka mulialah orang itu walaupun pada awalnya dia hanya seorang anak yatim piatu.Jika Dia menghendaki seseorang itu hina,maka hinalah orang itu di atas tahtanya sendiri.Semuanya bukan dengan tiba-tiba tetapi ada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Nya yang diberi nama Sunnatullah.

Kepercayaan manusia terhadap seseorang itu akan datang bila dia mendekatkan diri dengan Tuhannya. Kesetiaan seseorang terhadapnya menjadi lebih solid pabila dia menyempurnakan apa yang dilafaznya.Inilah hukum yang ditetapkan Ilahi.

Makin hari,pengaruh Naim semakin jatuh.Kawan-kawan dan junior-juniornya semakin bosan dengannya.Sebab?Tiada. Jelas sekali soal hati,Dia yang punya.Hidup Naim juga menjadi tidak tentu hala.Dulu dia berbaju ketika mandi di kolah,kini tidak lagi.Pertimbangan akal menjadi semakin kurang,mungkin terlampau tebal kabus dosa yang menutupi hatinya.Siqahnya kian jatuh.Terkadang dia dimarahi oleh cikgu-cikgu kerana prestasinya yang kian merosot.

Dia merasakan tekanan semakin bertambah.Tiada lagi sakinah yang dianugerahkan kepadanya dulu.Tiada lagi senyuman tatkala kesusahan.Tiada lagi nasihat-nasihat penenang yang mampu diberi pabila adik-adik datang meminta nasihat.

Jika dulu dia mampu mengambil tugasan luar walaupun ketika peperiksaan bulanan dijalankan,kini tidak lagi.Bukan peperiksaan pun dia tidak dapat mengatur masa dengan baik.24 jam baginya tidak cukup.Masa untuk dia belajar,masa untuk dia berpersatuan dan masa untuk Nisa.Pernah dia berdoa meminta diberi 1 jam lebih tapi dia tidak sedar bahawa jika dia diberi 100 jam lebih pun,pasti tidak mencukupi.

Khairul merasa hairan dengan perubahan sikap kawan sebiliknya itu.Kadang-kadang tersenyum seorang diri,kadang-kadang masam dan kadang-kadang seperti bercakap seorang diri.Naim seakan-akan gila.Betul Naim gila,gila bayang.Panahan syaitan benar-benar telah menusuk ke dalam hatinya,membuat satu lohong iman di dalam hatinya.Khairul cuba bertanya mengapa dia seakan-akan berubah tapi dimarahnya Khairul, “kubur lain-lain,syurga lain-lain,neraka pun lain-lain!”

“Betul,sebab lain-lain la aku nak tanya ko.Mane la taw ko ade masalah,bimbang takut di sana pun ko ade masalah.”Ujar Khairul.

“Ko taw kan firman Allah, kuu anfusakum wa ahli kum naara?”Soal Naim.

“jagalah diri kamu dan ahli keluarga mu daripada api neraka..jadi?”Jawab Khairul.

“Jadi?!Aku ahli keluarga kau ke?!”Marah Naim lagi.

Khairul terdiam sedar bahawa ilmunya tidaklah setanding dengan Naim.Perasaan kesal timbul dalam hatinya atas tindakan sahabatnya sebentar tadi.Namun,atas dasar silatur rahmi kerana Allah,dia nekad untuk mengetahui punca Naim berubah. Baginya pokok tidak akan bergoyang jika beruk tiada di dalamnya.Walaubagaimanapun,Khairul tidaklah selicik Naim, dia buntu apabila memikirkan adakah tindakannya selari dengan Islam atau berserenjang dengan Islam.Lalu disampaikan isi hatinya kepada Ustaz Faidi, Mentornya.

“Er Ustaz,saya ada masalah nak bincang dengan ustaz.”Bagitahu Khairul.

“Ma?”Soal Ustaz balik.

“Ustaz,saya bimbang dengan Naim,teman sebilik saya.Perangainya seperti sudah berubah.Dia macam bukan dia..Er, tataw nak terang macamana..”Terang Khairul.

“Na’am,ana pun perasan perubahan pada Naim.Dia dah bukan macam dia yang dulu.Banyak perubahannya.”Tambah Ustaz.

“Saya rasa,ada yang disembunyikan olehnya Ustaz dan saya rasa,ada baiknya saya menyiasat..Bolehkah ustaz?”Soal Khairul.

“Dalam Islam,mengintai mencari kesalahan orang ini diistilahkan sebagai Al-Tajassus.Hukumnya asalnya haram tapi boleh berubah menjadi harus pabila diperlukan.Dan dalam keadaan ni,hukumnya harus.”Terang ustaz.

Penyiasatan bermula dan penyiasatan Khairul bertemu dengan jalan buntu.Tiada sebarang benda buruk yang dilakukan Naim.Namun,pabila Allah menghendaki yang gelap menjadi terang,dihilangkan bintang dan diganti dengan matahari. Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh juga ke tanah.Akhirnya surat yang disimpan selama ini dijumpai oleh Khairul ketika dia sedang membersihkan surau.Rupa-rupanya,surat-surat yang dihantar oleh Nisa’,selama ini disimpan di balik almari al-quran di hadapan tempat imam solat.Terkesima Khairul dibuatnya apatah lagi ketika membaca perkataan-perkataan yang telah berlaku evolusi,daripada ‘ana’, ‘anti’, kini ‘sayang’, ‘ayang’.Daripada ‘ukhwah Fillah’ kini ‘I luv U’.

Khairul tidak salah lagi,surat itu kepunyaan Naim.Tertera nama Naim di atas belah kiri surat, ‘Buat Naim ku sayang’. Dalam tidak sedar,Khairul menangis.Dia betul-betul sedih membaca surat-surat itu,bukan kerana Nisa yang dalam pemerhatiannya juga dirampas orang tetapi sedih bagi pihak Naim.Terngia-ngia di telinganya bacaan ayat 2 dan 3 surah As-Saf yang selalu dibaca oleh Naim ketika menjadi Imam Magrib.Mengenangkan maksud ayat-ayat tersebut yang secara ringkasnya membari maksud melarang orang beriman daripada memberi nasihat tentang apa yang mereka perbuatkan, Khairul terus menangis.

Dari luar surau,kelihatan Naim yang baru sahaja sampai di surau.Tanpa berfikir tentang benda lain,Naim terus memandang ke arah tempat penyimpanan ‘harta karun’nya itu.Terperanjat dia apabila mendapati Khairul sedang memegang ‘harta-harta karung’nya itu dan tanpa berfikir panjang,dia berlari ke arah Khairul.Sekali lagi dia melanggar prinsip yang diajar kepada orang-orang lain supaya menghormati rumah Allah,jangan berlari-lari di atasnya.Dia lupa bahawa dia pernah melarang kawan-kawannya yang bergurau di dalam rumah Allah,katanya bahawa berlari di atas rumah Allah seperti berlari di atas perut ibu sendiri yang sedang sarat mengandung.Entah benar,entah tidak.

Ditolaknya Khairul ketepi dan dirampasnya semua surat-surat yang dipegang oleh Khairul.

“Woi,ape ko buat ni?!!!”Marah Naim.

“Woi?Mana pergi bahasa mu wahai kawan?Mana pergi sopan santun mu wahai kawan?Mana pergi dirimu yang dulu wahai Naim?”Soal Khairul sambil mengesat air mata yang sedang mengalir.Naim terdiam.

“Rupanya,inilah masalah mu wahai kawan.Tiada ku sangka dirimu sedemikian,wahai kawan.Bagiku engkau lah model, engkaulah insan sempurna yang memancarkan sinar Islam ke sekolah ini.Kini kau sirna wahai kawan,kau mutiara yang kian sirna!”Marah Khairul.

“Ah,kau peduli ape!”Naim bersuara walaupun hatinya terkesan dengan kata-kata Khairul.

“Jujur aku tanya,kau couple Im?”Soal Khairul.

“Aku couple ke,aku tak couple ke,tu soal aku la.Dosa biar aku tanggung sendiri!Jangan risau la,aku takkan heret kau masuk neraka sama dengan aku!”Lantang sungguh Naim berbicara.Dia lupa di atas lantai rumah siapakah yang dia pijak sekarang.

Khairul berlalu dari tempat itu dengan penuh penyesalan.Ingin dia salahkan takdir kerana menemukan dia dengan seorang kawan yang hipokrit seperti Naim namun dia akur dengan qada’ dan qadar Ilahi.

Semasa mereka bekelahi sebentar tadi,mereka bukan berdua.Di balik tabir biru itu ada 3 pasang telinga yang mendengarnya secara tidak sengaja.3 orang pelajar junior perempuan baru sahaja selesai mendirikan solat sunat Dhuha mendengar setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut mereka berdua.

Malang si Naim.3 orang pelajar itu bukanlah pelajar yang diam sifatnya.Dihebahkan berita Naim berpacaran ke setiap juzuk sekolah sehingga para cikgu pun tahu mengenainya.Ke mana sahaja Naim pergi,pasti ada mata-mata yang memandangnya dengan hujung-hujung mata dan sebaik sahaja Naim pergi,mulalah syaitan berpesta dengan dosa mengumpat.Bertambah malang bagi Naim,dia tidak tahu bahawa semua orang telah tahu dia berpacaran.Tazkirah yang seringkali ditunggu oleh semua pelajar kini dicemuh,dihina dan dikutuk oleh semua yang mendengarnya kecuali kekasih hatinya,Nisa.

Khairul,si sahabat setia ini tidak senang mendengar orang mengumpat sahabat sejatinya. Akhirnya dia berkeputusan untuk menyampaikan sendiri kepada Naim bahawa semua orang sedang mencelanya.

“Im,senanye..Sume orang da taw ko couple..”Bicara Khairul secara perlahan.

“Hah?!”Terkejut Naim.Apa yang ditakutinya kini menjadi realiti.

“Ko bagitaw orang?!!!!”Soal Naim.

“Eh,tak..Aku pun tak taw macamana bley..”

“Ah!! Inilah kawan! Kawan makan kawan! Aku tau dari dulu lagi ko dengki ngan aku, ko dengki ngan jawatan aku dapat!Aku taw kau sengaja nak jatuhkan aku!”Naim memotong dengan lajunya,melebihi had laju yang sepatutnya.

“Demi Allah..”

“Jangan main dengan sumpah!Berani sebut nama Allah dalam wat dosa,dasar…”Sekali lagi Naim memotong,laju benar susun katanya.

“Aku menyesal bagitahu kau,aku ingat kau la kawan aku yang sejati rupa-rupa..”

“Rupa-rupa apa?!Musuh?!”Naim marah lagi.

“Na’am!Musuh Allah,musuh agama Allah!Ko nasihat orang jangan bercouple,jangan zina hati, jangan itu,jangan ini tapi dalam masa sama kau buat!Ko lupa ayat-ayat surah As-Saf yang ko selalu baca tyme jadi Imam?Ko lupa?!Meh aku ingatkan ko! Wahai orang beriman jangan kau melarang apa yang engkau kerjakan,sungguh besar kemurkaan Allah pada engkau! Ya,pada engkau Naim!Allah memurkai mu dan layaknya aku membenci mu!” Balas Khairul dengan penuh perasaan kecewa.Lalu dia meninggalkan bilik dengan menarik tombol pintu dengan sekuat-kuatnya.

Keheningan dan kesunyian malam itu dipecahkan dengan dentuman pintu bilik khas,bilik Naim dan Khairul.Di sekolah itu mereka sahaja yang diberi keistimewaan untuk tinggal di bilik dan orang lain di dorm,memandangkan mereka ialah ketua dan penolong ketua pelajar di sekolah itu.Pelajar-pelajar senior yang mendengarnya keluar dengan berlari,hati mereka ingin benar mengetahui apa yang berlaku namun kelihatan hanya Khairul sedang berjalan menuju ke tandas.Berbeza pula dengan pelajar junior,mereka dengan lajunya menutup lampu dan berpura-pura tidur,bimbang nama mereka dipanggil untuk dijadikan ‘lauk’ para senior malam itu.

Kata-kata Khairul benar-benar menikam qalbu terus ke akal.Tersentak Naim buat seketika. Mimpi ngeri dalam hidupnya baru bermula.Tidak,dia baru sedar yang dia dalam mimpi ngeri. Tindakan segera wajib diambilnya jika tidak Siqahnya akan terus merudum jatuh menyembah bumi.Jika dia terus begini,tiada lagi ‘Abg Naim Si Budak Surau’ atau gelaran ‘Wali Naim’.Tiada lagi kesetiaan,tiada lagi kepatuhan dan tiada lagi insan yang akan menghormatinya menggunakan hati mereka.Apa yang ada hanya lakonan.Buah di luar, duri di dalam.

Dikuatkan hati,diringankan tangan untuk menulis surat terakhir buat kekasih hatinya. Tapi ternyata dia gagal.Semalaman dia tidak lena,pening memikirkan jalan penyelesaian yang pasti tiada jawapannya.Akibatnya,dia tertidur di dalam kelas.

“Naim,bangun!”Arah Cikgu Marlina,cikgu matematik tambahan yang terkenal dengan garang dan keceluparan mulutnya.

Naim terjaga dari lenanya dan terus berdiri.

“Apa dah jadi dengan awak ni?Dalam kelas tidur,luar kelas bercinta!”Marah Cikgu Marlina.

Awan hitam kini melitupi Naim,dia merasa tersangat malu.Bukan arang yang diconteng ke mukanya sekarang tetapi najis,najis manusia,manusia yang bernama Naim,najisnya sendiri. Tiada kata dapat dibalas,dia hanya tunduk terdiam.

Naim bijak dalam beragama tapi dia gagal dalam berpolitik.Dia tidak sedar akan tindakan untuk tunduk dan diam itu bukanlah satu tindakan yang betul dalam berpolitik.Tindakannya itu sepeti dia mengakui kesalahannya dan dalam erti kata lain,dia mengakui bahawa dia sedang bercinta.

Marah Cikgu Marlina tadi bukan sahaja menampar Naim tapi terbias juga kepada pasangannya, Nisa.Nisa tunduk,akur dengan kesilapannya.Kini,dia sedar bahawa dia telah menarik Naim ke lembah kebinasaan.Surat pertamanya,surat tanda terima kasih itu merupakan surat jemputan ke neraka.Dia sudah sedar segala-galanya.Surat,hadiah dan fatwa-fatwa Naim itu merupakan alatan-alatan yang dibuat oleh syaitan.Nampak seperti sesuai dengan syarak tapi penuh dengan unsur kemaksiatan,tidak dapat dilihat oleh mata kasar,hanya mata hati dapat mengesannya.

Cara yang terbaik untuk Nisa sekarang,menulis surat terakhir,surat tanda perpisahan, surat yang akan meniupkan kembali segala kebaikan dan menutup segala keburukan.Dengan nekad yang kuat di dalam hati,keyakinan yang tinggi terhadap Islam,Nisa memegang pen merah jambu kesayangannya dan mula menulis.

Salam sayang,

Sudah hampir 5 bulan kita bercouple,

Ayang percaya yang sayang sudah tahu isi hati ayang,

Ayang benar-benar menyintai sayang..

Sepenuh jiwa dan raga ayang..

Namun,ayang sedar satu benda,benda yang mungkin buat kita menangis,

Dalam kita asyik mengejar cinta Ilahi bersama-sama,kita telah balutinya dengan cinta yang penuh dengan kepalsuan.Cinta manusia yang tidak mempunyai dasar yang kukuh.Kita selesakan diri kita dengan menyatakan cinta kita berdasarkan iman tapi dengan iman itu kita melakukan maksiat.Benar kita tidak pernah berjumpa,berdating seperti remaja lain tapi maksiat bukan itu sahaja.

Ayang yakin dengan kata-kata sayang bahawa tiada hadis yang menyatakan zina hati tapi ayang baru perasan bahwa ayat la taqrabu zina itu menggunakan fail qaraba yakni perbuatan mendekatkan dengan hati.Maknanya,dengan hati pun tidak boleh dekati zina.

Ayang bukanlah membuat fatwa atau apa-apa ajaran tetapi itulah yang ayang percaya.Tindakan kita ini tidak lain tidak bukan,membersihkan najis dengan air kencing sendiri.Najis tidak bersih tetapi bertambah kotor,mengalir dan terus mengalir mengotori semua tempat.

Sayang..Ayang percaya pada jodoh.Jika kita dijodohkan bersama,Insya Allah,kita akan bersama.Tidak perlu bercouple atau berkenalan,jika Allah nak kita bersama,insya Allah kita bersama.

Percayalah,itu hak Allah.Dia boleh buat apa yang dia suka.Dia yang menghidupkan Isa tanpa bapa,menyejukkan api yang membakar nabi Ibrahim,memutuskan air penghalang nabi Musa dan menghidupkan Sam bin Nuh buat nabi Isa.Jika semua perkara ganjil itu Allah yang buat,apatah lagi soal jodoh yang merupakan soal kebiasaan.

Semoga apa yang kita bina selama ini diampuni Allah.

Ukhwah Fillah.

Nisa

Tertitis setitik dua air matanya di atas surat itu tapi cepat-cepat dilapkan supaya tulisan tidak hilang.Sengaja dia tidak mengambil kertas baru dan menulisnya kembali supaya Naim faham isyarat yang cuba diberinya.Hati Nisa tidak mahu tapi disebabkan imannya, agama didahulukan.Kemahuan ditolak ketepi walaupun perit menolaknya.

Surat keramat diletakkan di atas meja Naim,kali ini tiada lagi air laici dan tiada lagi choki-choki,surat semata-mata.Naim membacanya dan dia telah bersedia dengan keadaan ini.Tiada lagi air mata,tiada lagi tangisan tiada lagi kedukaan.Kisah cintanya jelas bukanlah cinta yang menghasilkan CINTA tapi cinta yang berpaksikan maksiat semata-mata.

Tangannya pantas mencari kertas dan pen untuk membalas surat terakhir ini.Tengah dia berfikir ayat-ayat cinta terakhir,hidayah Tuhan sampai.Cahaya yang akan menghilangkan segala titik hitam yang bertapak di permukaan hatinya.Cahaya yang akan membaca cinta ini kepada CINTA.

Dengan penuh yakin,dia mengoyak kertas yang ditulisnya tadi.Dia yakin,jika dia menulis surat balas,syaitan akan mencelah dan mengambil peluang lagi ke atasnya.Biarlah surat ini bergantung sebegini supaya dapat disambung di akhirat nanti.

NOTA:Cinta itu mulia,jika kena pada tempatnya,namun ia mampu menjadi bencana jika dosa yang jadi pilihan kita.....fikir2kanlah....

Wednesday, February 2, 2011

Blog Ini Adalah Untuk.....

/>



Blog ini adalah untuk....dihayati dan difahami isinya.....lalu direnungi dan dikongsi..

Blog ini adalah untuk....diterokai dan mana yang baik diikuti,agar ia dapat memberi manfaat pada orang lain....

Blog ini adalah untuk....didiskusi...kalau ada yang tak kena,silalah beri komen anda=)



Thursday, January 27, 2011

Aku Tahu , Tapi Aku masih lagi tak nak berubah...=(



Aku Tahu, Tapi Aku Mahu...

Sabda Nabi: huffat al jannah bil makarih, wa huffat an nar bissyahawat.
(jalan ke syurga itu penuh dengan kesusahan, jalan ke neraka itu penuh dengan syahwat.)

aku tahu hidup dunia cuma sementara
tapi seolah-olah ku hidup untuk selamanya


aku tahu segala amalan bakal dihisab,
tapi masih kulupakan alam akhirat


aku tahu rakib atid setia di sisi mencatat amalan
tapi maksiat masih berterusan


aku tahu solat itu penting
tapi selalu memandangnya enteng


aku tahu solat itu tiang agama,
tapi sering saja aku lewatkannya


aku tahu ajalku tiba bila-bila masa sahaja,
tapi solat masih tak dijaga


aku tahu berat amanahku sebagai hamalatul quran,
tapi masih liat nak mengulang


aku tahu aurat itu aib diri,
tapi masih x pandai menjaga diri


aku tahu cinta itu fitrah,
tapi aku jadikannya fitnah


aku tahu apa itu dosa apa itu pahala,
tapi aku seolah x endahkannya


aku tahu Allah sentiasa memerhati
tapi sering kulakukan maksiat secara sembunyi


aku tahu ujian Allah pasti ada hikmahnya,
tapi aku sering berputus asa


aku tahu aku ini hamba-Nya
tapi masih hanyut dengan dunia


aku tahu azab-Nya api neraka,
tapi masih kulakukan maksiat pada-Nya


aku tahu betapa nikmat kehidupan di syurga
tapi x berusaha untuk medapatkannya
... ... ... ... ... ... ...


Ya Allah, banyaknya benda yang telah aku tahu, tapi buat seolah- olah tidak tahu..
sedangkan Nabi berkata: tidak berguna ilmu seseorang itu sehingga dia mengamalkan ilmu tersebut. kenapa aku jadi begini. aku tahu AKU INI MUSAFIR SAHAJA DI DUNIA DAN DESTINASI TERAKHIR IALAH AKHIRAT. tapi aku seolah- olah menjadi hamba dunia.


1 tamsilan untuk sama2 kita renungi dalam diri kita: 'kenapa dalam hal dunia kita pasti nakkan yang terbaik, tapi bab akhirat selalu saja kita mencari alasan utk menjadi yg terbaik'... Hanya ingin mengutarakan beberapa persoalan untuk kita renungi bersama: 'Kalau pointer, pasti semua berusaha sehabis daya untuk mengejar pointer 3.5 and above, semua pasti mahukan yang terbaik. Tapi dalam bab agama, kenapa kita tidak berusaha untuk menjadi yang terbaik juga??'... Diri saya sendiri, terlalu susah untuk istiqamah dengan amalan tertentu, solat di awal waktu, menjaga mulut daripada dosa dan banyak lagi...

Apabila ditanya, pasti kita mejawab KESUNTUKAN MASA, BADAN PENAT, X NAK JADI HIPOKRIT dan macam2 lagi alasan yang dijawab oleh nafsu... TAPI,kenapa kita mesti mencari alasan utk sesuatu yg berkaitan dengan akhirat, tapi bukan untuk dunia. Kalau untuk dunia, pasti ada kata-kata motivasi yang membisikkan di telinga: there's a will, there's a way...

banyaknya benda yang aku tahu, tapi masih mahu melakukan maksiat pada-Mu. ampuni aku, pimpinlah aku ke jalan yang benar.


Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMU,
namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU
ampunkan dosaku terimalah taubatku
sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar..


Di mana bumi dipijak, di situ ISLAM dijunjung.


Jika bukan kita siapa lagi?
jika bukan sekarang bila lagi?
Jika bukan di dunia, di mana lagi?





Tuesday, January 25, 2011

APA YANG KAU RASA...???



ASSALAMUALAIKUM...

Sewaktu selepas solat zohor di surau fakulti kami,seorang sahabat aku tiba2 sahaja bertanya soalan yang aku tak expect die akan tanya,
"ina(bukan nama sebenar),apa yang kau rasa ek bile dah macam ni...???"..(maksud sahabat aku itu ialah,apa rasanya bila berubah dari simpang kiri,ke simpang kanan....dari jahiliyyah ke mencari hidayah....dari seorang 'rockers' ke seorang ustazah...dari seorang yang suka bergaya(pakai tudung berbelit2 ke seorang yang pakai tudung labuh tanpa belit)......ermmmm....otak aku ligat berfikir macam mana nak jawab soalannya itu.

aku tercari2 jawapan yang sesuai."aku hepi dan tak pernah menyesal"balasku.hanya itu yang keluar dari mulut aku.
"memang la kau tak patut menyesal.Malah kau patut bersyukur,kau di beri hidayah oleh-NYA untuk berubah"
"kau bila lagi?"balasku sambil memandang wajahya.Dia diam.
"Aku tahu kau pun nak jadi sama macam aku kan???"aku bertanya.kelihatan dia mengangguk perlahan.
"tapi malulah ina,nanti semua akan pandang pelik kat aku.Dari yang bertudung singkat ke tudung labuh."
"kau tak perlu takut.Kau cuma perlu fikir yang kau hanya mahu mencari redha ALLAH.InsyaALLAH segalanya akan dipermudahkanNYA."
sebenarnya,sahabatku ini tidaklah terlalu teruk.Dia baik.Cuma perlu sedikit pembaikian agar dia boleh menjadi insan yang lebih baik.
Sebenarnya sahabatku ini,adalah antara manusia yang sempat melihat perubahan pada diriku ini.Mula2 ramai yang terkejut dengan perubahan 'drastik' yang aku lakukan.Tapi sebenarnya ia tidaklah terlalu drastik.Sudah lama aku memikirkannya dan begitu banyak pertimbangan yang aku lakukan.Aku nak BERUBAH!.Nak jadi lebih baik lagi.Kerana aku tahu hidup ini cuma sementara.Tiba masa aku akan kembali bertemu-NYA.Waktu itu takkanlah aku nak berjumpa dengan-NYA dalam keadaan aku lalai,tidak menjaga amanah yang diber-NYA(iaitu menjaga aurat dan pandanganku),hidup tak tentu arah.Aku nak BERUBAH...tapi tidak ada orang yang mahu menjadi pendorong untukku berubah yang menyebabkan aku takut untuk berubah.Lama juga aku mngambil masa berfikir dan terus berfikir membuat pertimbangan pro dan kontranya jika aku berubah hinggalah aku tidak melakukan apa2 perubahan lansung.masih di takuk lama.
Apa yang sahabat aku itu rasa,aku cukup mengerti.Dia juga mahu berubah tapi tidak ada pendorongnya.Tidak ada orang yang mahu memberikan dia kekuatan untuk meneruskan niat baiknya itu.
"aku nak berubah,tapi..."
"tapi tak ada orang nak dorong???tak ada orang nak bantu???"aku bertanya.
Dia mengangguk lagi.Wajahnya kelihatan suram.
"anis....kalau kita berubah ke arah yang lebih baik itu bukanlah satu kesalahan.Sebagai contoh,kau nak menutup aurat penuh kan?.Teruskanlah niat kau tu.Tak perlu nak memikirkan perkara lain.Yang penting kau telah menegakkan syariat ALLAH yang sepatutnya wajib kau patuhi.Tutup aurat kan wajib.kalau,macam perangai yang gila2 ke atau perkara2 lain itu,selagi tak menyalahi syariat agama kita kau masih boleh teruskan.Ingat yang wajib kita buat dulu,yang lain tu kita baiki sikit2.InsyaALLAH,aku yakin kau boleh.aku tau aku bukanlah contoh terbaik,tapi kau boleh lah mengambil sedikit iktibar dari kisah hidup aku ni.Mengenali dan mencintai-NYA,nyata lebih indah dari apa yang pernah aku dapat sebelum ini.Kemanisan iman itu tak dapat aku berikan pada kau tapi aku hanya mampu berkongsi sedikit kemanisannya.Sungguh,aku tak pernah menyesal jadi begini anis" "Aku cuba meyakinkan anis semampu yang boleh.Aku nampak,yang anis ingin berubah ke arah yang lebih baik.Menjadi muslimah sekaligus mendekatkan diri dengan yang ESA.Namun,apakan daya.Dia masih lagi memerlukan kekuatan.Sungguh!aku tahu bukan mudah untuk kita berubah dari titik asal kita.Tetapi bukankah perubahan memerlukan pengorbanan.Selain itu,perubahan juga memerlukan tekad hati yang kuat.
Masih aku ingat lagi waktu aku mula2 berubah(mendekatkan diri pada-NYA).Waktu itu,perubahan yang paling ketara sudah tentulah perubahan dari segi luaran.Aku memakai tudung dan baju labuh.Mula2 ramai yang terkejut dengan perubahan ku itu.Ramai juga yang bersyukur.Permualaannya memang agak payah kerana terpaksa menjawab pelbagai soalan dari sahabat2ku tak kurang juga sindiran yang kadang2 agak merobek hati.
Aku kembali memandang muka anis.aku harap dia berjaya menemui kekuatan yang di cariya untuk berubah.Dia mempunyai Fikrah.Iaitu perasaan yang mahu dekat dengan agamanya.Memang,setiap manusia mempunyai fikrah.Tetapi ia perlulah di sirami dan di bajai selalu dengan amalan2 kerohanian.
Aku kemudian menyambung cerita dengan anis sambil menuju kearah kafe.Aku ceritakan kisah hidup aku agar dia dapat megambil pengajaran daripadanya.Aku mungkin bukan contoh terbaik,tetapi bercakap melalui pengalaman adalah lebih terkesan.
Aku akan cuba sedaya upaya membantu anis.Moga suatu hari nanti ALLAH membukakan pintu hidayahnya untuk anis.

notes:kita tak tahu apa impak yang kita akan beri dalam kehidupan seseorang,tetapi cubalah sedaya upaya untuk menyampaikan apa yang baik dan mengajak kepada kebaikan.=)



CINTA LIMA PERKARA,LUPA LIMA PERKARA...

ASSALAMUALAIKUM...
Dalam sebuah hadis diterangkan bahwa Rasulullah SAW telah menggambarkan bahwa manusia yang menyibukkan diri terhadap urusan dunia, mereka lebih mencintai lima perkara dan akan lupa terhadap lima perkara.

“Akan datang kepada umatku suatu zaman, dimana mereka cinta kepada dunia dan lupa kepada akhirat, cinta kepada harta dan lupa kepada perhitungan, cinta kepada makhluk dan lupa kepada Khaliq, cinta kepada dosa dan lupa akan taubat, cinta kepada mahligai dan lupa kepada makam (kuburan)”

Wahai Diri...:Dalam sibuk kau mengejar kenikmatan dunia,Ingatlah ia hanya nikmat sementara...Yang hidup pasti akan mati dan yang mati pasti akan disoal amalan2nya didunia...Wahai diri..ingatlah.. kelak diakhirat jualah tempatmu yang abadi....jika engkau lupa diri,tiada lagi pengulangan hidupmu didunia untuk memperbaiki amalanmu...segeralah kembali kepada Tuhammu,sebelum jiwamu itu tinggalkan jasadmu...



Hamba Yang Hilang

Album : New Sakha
Munsyid : Sakha
http://liriknasyid.com


Taukah siapa hamba yang hilang itu
siapa dia..
dialah yang terlepas dari jalan Tuhan
oh ruginya..
Karena tipu daya setan lebih menarik hati
Dan celakalah dirinya..

Kembali.. kembalilah..

Janganlah hawa nafsu jadi Tuhanmu
Jagalah langkahmu..
walaupun kauberdosa seisi dunia
tak terkira...
bertobatlah kepadaNya
sungguh Dia Maha Pengampun
rahmat Tuhan tak terhingga

Bersegeralah datang ke jalan Tuhan
sebelum nafasmu itu tinggalkan dirimu
Bersegeralah datang ke jalan Tuhan
sebelum jiwamu itu tinggalkan jasadmu

Kembali... kembalilah..
Hamba yang hilang...
Kembali... kembalilah..

Monday, January 24, 2011

Tiga Golongan Awal Ke Neraka...

Sufyan Ash-Ashbahiny bercerita kepada 'Uqah ibn Muslim bahawa semasa memasuki Madinah, dia melihat orang sedang mengerumuni Abu Hurairah r.a. Sufyan pun menghampirinya, lalu dia duduk di hadapan Abu Hurairah yang sedang menyampaikan hadis kepada jemaah itu. Ketika Abu Hurairah berdiam diri seketika, Sufyan meminta agar dia menyampaikan hadis yang benar-benar difahami untuk dihayati. Abu Hurairah pun bersetuju seraya berkata. "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH S.A.W kepadaku" Selepas berkata begitu,tiba-tiba ABU HURAIRAH menangis tersedu-sedu hingga hampir pengsan.

Kemudian dia diam sebentar dan setelah kembali tersedar dia berkata, "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH s.a.w kepadaku di rumah ini,tidak ada orang lain selain aku dan baginda." Tiba-tiba Abu Hurairah menangis kembali tersedu-sedu sehingga hampir pengsan. Ketika itu Abu Hurairah kembali sedar dan dia menceritakan, "Bahawa pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah "orang alim" , orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.T

ALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,"Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?" Orang itu menjawab. "Benar,wahai Tuhan.'' ALLAH SWT kembali bertanya. ''Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?'' Orang tersebut menjawab, ''Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari'' Malaikat berkata kepadanya, "engkau berdusta". ALLAH SWT berfirman "engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim''.

Kemudian dipanggil orang kaya. ALLAH SWT berfirman, ''Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup". Orang itu menjawab, ''Benar wahai tuhan''. ALLAH SWT kemudian bertanya, ''Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?'', dia menjawab, ''Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.'' ALLAH SWT berfirman kepadanya, "Engkau dusta". Malaikat juga berkata begitu. ALLAH berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.''

Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman, ''Apa yang menyebabkanmu terbunuh?'' Dia menjawab, ''Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.'' Maka ALLAH SWT berfirman kepadanya ,''Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu." ALLAH SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani''.

"Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda, ''Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.''"

Marilah bersama kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan~

Ya ALLAH...aku mohon perlindungan-MU,dari azab api neraka....Aminnnn

Saturday, January 22, 2011

Damai Bersama-MU....



Aku Termenung Di Bawah Mentari
Di Antara Megahnya Alam Ini
Menikmati Indahnya Kasih-Mu
Kurasakan Damainya Hatiku

Sabda-Mu Bagai Air Yang Mengalir
Basahi Panas Terik Di Hatiku
Menerangi Semua Jalanku
Kurasakan Tenteramnya Hatiku

Reff;
Jangan Biarkan Damai Ini Pergi
Jangan Biarkan Semuanya Berlalu
Hanya Pada-Mu Tuhan
Tempatku Berteduh
Dari Semua Kepalsuan Dunia

Bila Ku Jauh Dari Diri-Mu
Akan Kutempuh Semua Perjalanan
Agar Selalu Ada Dekat-Mu
Biar Kurasakan Lembutnya Kasih-MU....

Sharing Is Caring...Caring Is....???

Assalamualaikum....

Nasihat Ibu,..."Belajarlah bersyukur meski tak cukup,Belajarlah Ikhlas meski tak rela,Belajarlah bersabar meski tak mudah,belajarlah memahami ,meski tak sehati,Belajarlah memaafkan walaupun terluka dan belajarlah Percaya meski tak yakin"

"Ujian kerana kejayaan lebih berbisa dari kegagalan.Sangat berpotensi membawa hati keras ,tinggi diri dan sukar menerima nasihat.Adakalanya dirasakan doa tidak lagi diperlukan,hanya'kehebatannya' diperlukan,maka tersungkurlah ia.Kegagalan pula berpotensi lunakkan hati,rendah diri,menambah fikir tapi berbisa dalam,hingga boleh membawa putus asa dan bersangka buruk terhadap ALLAH.Awasilah kedua ujian itu wahai diri"

"Orang yang berjihad ialah orang yang melawan nafsunya"(HR Tirmizi)

"Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan kekal.Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal"(Saidina Ali r.a)

~JANGAN TAKUT...ALLAH BERSAMAMU...=)

Wallahualam...






Thursday, January 20, 2011

Segalanya Milik-MU....

Lirik Lagu Segalanya Milik-Mu oleh Kumpulan Mestica

Kau yang menciptakan cinta
dan Kau jua yang menghampar bahagia
diribaanMu terhimpun harapan
impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
namun padaMu jua diadukan
merebahkan keresahan dan tangisan

* aku tahu inilah kasihMu
aku tahu inilah cintaMu
dan ku tahu tiap yang terbaik utkku
tak semuanya yang ku mahu...


Dicelah hangat nafas yang terhela
ada dingin saat menyebut namaMu
terarah segala ronta rasa
pada damainya dakapanMu (ya ALLAH)

aku tahu inilah kasihMu
aku tahu inilah cintaMu
dan ku tahu disegenap ruang rasaku
telah kau titipkan kekuatan oh Tuhan...


Nukilanku>Lagu ni aku suka sangat....entahlah,rasa macam dekat jer dengan diri ini...kalo pikir2 balik tidak ada gunanya kita nak merasa bangga dengan nikmat yang kita ada kerana segalanya adalah milik-NYA....sama2 lah kita hayati bait2 lagu ini...