Saturday, January 1, 2011

Budaya Yang Merana~

Assalamualaikum~

Sebelum tu nak Ucapkan Selamat Tahun baru 2011 kepada semua....maka bermulalah pengiraan tahun 2011 dalam diari hidup kita.Tarikh hari ni pun cukup cantik,1.11.2011...kebetulan pulak hari ini hari sabtu(iaitu hari minggu),maka ramailah yang memilih hari ini untuk membuat kenduri kendara dan majlis perkahwinan.Kepada yang telah mendirikan perkahwinan pada hari ini,tahniah saya ucapkan=)saya doakan kalian berbahagia sehingga ke akhir hayat.
Hari ni aku nak kongsi sikit pandangan aku pasal majlis perkahwinan ni dan pasal sambutan tahun baru.Pendapat aku mungkin betul dan mungkin salah.tetapi InsyaAllah aku berniat baik.Tak terlepas juga majlis perkahwinan yang diadakan sekitar USM ni.Memandangkan blok desasiswa aku ni bersebelahan jer dengan kawasan perumahan,maka dapat jugalah aku berkongsi kemeriahan majlis perkahwinan orang2 disitu(walaupun xkenal) coz kat kawasan perumahan tu ada majlis perkahwinan sedang berlansung.macam mana aku tahu???...ye lah dari jauh pun dah dengar band menyanyikan lagu'selamat pengantin baru'....konpem2 la majlis perkahwinan,xkan lah pulak sambutan hari jadi nyanyi lagu pengantin baru pulak.hehehe.

Ermmm....tapi ada satu jer yang tak best.Memasang lagu tu ok lah.mungkin tu budaya mereka dan mungkin jugak mereka nak meriahkan lagi majlis tu,tapi....yang tak bestnyer kalau pasang lagu punye la kuat sampai orang dok azan pun buat tak kisah.dah la dekat ngan masjid.ermmm....mungkin jugak mereka tak dengar azan tu kot coz speaker kuat sangat.mana lah nak dengar.tapi kan waktu azan kite boleh agak.kalau lah orang tu ambil berat pasal soal ni dah tentu dia akan consider untuk menutup sekejap lagu atau menghentikan sekejap band yang menyanyikan lagu tu.Kalau orang bukan islam yang buat macam tu,aku tak kisah sangat.Bukan aku tak biasa pun dengar diorang buat konsert melalak2 sampai tengah malam.Tapi yang agak menyedihkan yang buat ni orang islam.Dan aku terpikir gak.Jiran2 yang beragama islam kat kawasan tu tak terasa terganggu ker.ye lah nak solat nantikan takut tak khusyuk plak.sedangkan aku yang jauh dari mereka pun boleh dengar dengan jelasnya.
Lagi satu pasal sambutan tahun baru.ermmm.Sedihnya,ramai yang memilih untuk menyambut tahun baru dengan melakukan aktiviti seperti berdua2an dalam gelap,pergi parti dan aktiviti2 lain yang aku rasakan tak sesuai untuk kita umat islam.ye lah,nak pergi countdown tu tak salah.pergilah.tapi jagalah batas2 kita dan tahu adabnya.apa salahnya kalau kita sambut tahun baru dengan solat hajat dekat masjid dan countdown ramai2 kat masjid tu.hehe.aku pun bukanlah baik sangat nak nasihatkan orang.tapi InsyaAllah,setakat ni aku mampu lagi kawal diri aku daripada pergi buang masa tunggu nak countdown kat padang merdeka tuh.hehe.Aku tahu perasaan remaja.nak hepi2,nak suke2.yelah,setahun sekali jer boleh sambut tahun baru ni.ala2 macam raya pulak.tapi fikirkanlah.Kita pun tak lama atas dunia ni.Hidup ni bukan untuk berseronok2 sahaja.manalah tau tengah dok syok buat maksiat,tetiba ALLAH tarik nyawa.Nauzubillah.....Ya ALLAH matikanlah aku Syahid di jalanMU.Aku mungkin tak layak untuk mendapat syurgaMU Ya ALLAH,tapi aku takut untuk ke nerakaMU.Semoga ALLAH memberikan HidayahNYA kepada kita coz hanya orang2 yang dipilih sahaja yang akan cube mengerti erti hidup ini.Do something that can bring good for u,not bring harm.
Kat sini aku juga nak ucapkan tahniah kepada Sukarelawan pencegah maksiat USM yang telah mengadakan Ops Sayang Remaja pada setiap malam tahun baru.Diharap,usaha korang yang gigih itu akan dikira dan diberkati oleh ALLAH dan aku berdoa semoga kita semua dilindungiNYA daripada melakukan perkara2 tersebut.aminnnn...~
p/s:sekadar mengingatkan diri ini juga agar tidak mudah lupa diri~






ikhlas dari~

No comments:

Post a Comment