Friday, August 27, 2010

PROGRAM PERANG BADAR(17 Ramadhan 1431) Dan Penghijrahan diri Mengenal ALLAH...

"you can never tell what type of impact you may have on another's life by your actions..or lack of actions,>>Please consider this fact in you venture through life and just try to make a different on someone else's life today...=)‌

Kelmarin,pada 27 ogos 2010 dari USM Penang,aku beserta sahabat2 akhwat yang lain ke kulim kedah iaitu ke sekolah menengah jelutong menyertai program pengisi jiwa bersempena sambutan peringatan perang pertama yang dilalui oleh umat islam iaitu PERANG BADAR.program ini di anjurkan ISMA iaitu Ikatan Ikhwanul Muslimin Pulau Pinang.Perang Badar cukup menguji ketabahan dan tahap keimanan yang tinggi umat islam.perang ini berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah.peperangan yang terjadi semasa bulan Ramadhan ini jelas membuktikan yang berpuasa pada bulan Ramadhan,tidak melemahkan umat islam malah menjadikan diri semakin kuat dan mendidik jiwa agar lebih cekal dan tabah.

Namun,bukan kisah Perang Badar yang mahu aku fokuskan pada artikel kali ini,tetapi satu kisah menarik tentang penghijrahan diri seorang hamba,daripada ZERO to HERO(dalam konteks memerdekakan dirinya dijalan ALLAH)...InsyaALLAH...

"sape bangga jadi orang islam?angkat tangan.."soalan pertama yang dilontarkan saudara Mohamad Syazwan,seorang pelajar tahun akhir universiti di Madinah.
semua jemaah yang hadir hanya diam.ada yang mengerut-ngerutkan kepala.pelik.soalan apakah yang ditanya ni?
"kalau ana,ana merasa sangat bangga menjadi umat islam.kalau orang tanya apa agama kita,kita mesti bangga menjawab..aku orang ISLAM.."sambungnya lagi.
"antum tahu tak yang kita telah tercatat untuk jadi orang islam sebelum kita lahir lagi,nama kita sudah dinamakan sebagai orang islam,bukan kristian,hindu,buddha atau agama2 lain"
"kalau macam ana,ana tak dapat islam tu terus,kerana ana bukan dilahirkan daripada keluarga ISLAM.ibu bapa ana,kedua2nya orang hindu.Alhamdulillah...ana dapat nikmat ISLAM."
"kalau dahulu,ana menganggap agama islam sama sahaja seperti agama lain.menyembah tuhan dan mengajar manusia berbuat kebaikan.ana hanya nampak dari sudut akhlak dan luaran sahaja,tetapi ana tidak nampak dari sudut akidah dan dalaman islam itu sendiri"
Semua jemaah khusyuk mendengar.kisah yang menarik.dalam kotak fikiran aku pulak,apakah yang menarik minat dia untuk masuk islam.aku yakin sahabat2 yang lain juga begitu.
"terdetik untuk mengenal ISLAM adalah semasa ana di ting.3,masa tu seorang sahabat ana yang beragama ISLAM bertanya,bagaimana agama kamu(hindu)?..."
"ana masa tu,xreti sangat nak attack sahabat ana itu.dia bertanya banyak soalan.ana hanya menjawab,...macam kamu la,kamu sembah ALLAH dan RASULULLAH"..
"sahabat ana itu menjawab,...(x.Kami sembah ALLAH dan Rasulullah itu pemimpin kami"..."
"buat pertama kalinya ana mendengar perkataan RASULULLAH...hanya tertanya2..apakah maksud Rasulullah itu...bile bertanya sahabat ana(yang beragama islam)..mereka mempersendakan ana....selepas itu ana lupa akan perkataan Rasullah itu"
"semasa di ting.4,perkataan Rasulullah itu muncul balik,apabila ana belajar sejarah.sedikit sirah tentang Rasulullah diceritakan.minat ana muncul kembali"...

"ana tidak pernah mencari ISLAM,tetapi Islam yang datang sendiri pada ana"
tambahnya lagi.
"seorang sahabat ana yang beragama islam semasa bersekolah dahulu sangat banyak membantu ana.Alhamdulillah."
"kisah titik tolak ana memasuki ISLAM adalah sewaktu ana memasuki persatuan agama islam.pada suatu hari,persatuan itu ada menganjurkan rehlah diluar sekolah.ana teruja mahu mengikuti rehlah tersebut.ana pergi jumpa ustaz(guru penasihat persatuan agama islam)..untuk mohon mahu mengikuti aktiviti rehlah itu.ustaz tersebut kalau ada tempat kosong barulah ana boleh ikut"
"namun setelah ditunggu,ustaz tersebut memberitahu bahawa bas penuh.keesokannya setelah rakan2 lain pulang daipada rehlah ana bertanya sahabat ana sama ada bas penuh atau tidak"
"tetapi sahabat ana menjawab.bas banyak tempat kosong,sebab ramai yang tak pergi"
"terkilan dan geram bercampur baur dalam hati ana.tetapi ustaz itu panggil ana,bertanya kenapa ana mahu mengikuti program tersebut.ana hanya menjawab yang ana hanya mahu mengetahui lebih tentang agama islam....mungkin pada masa itu untuk keselamatan ana,ustaz itu xmahu ana ikut.kerana pada waktu itu ramai guru2 disekolah ana yang beragama hindu.takut jadi isu pulak nanti"..
"ustaz tersebut membawa ana berjumpa bro kamaruddin di penang,iaitu merupakan seorang bekas paderi.semasa dipejabat bro kamaruddin,dan dalam pada asyik bersembang,tiba-tiba ana ditanya sama ada mahu masuk islam atau tidak"
"ana tak tau kenapa ringan sangat mulut ana menjawab..Buleh!"
"sebelum itu ana tidak ada pun niat masuk islam dalam keadaan begitu"
"hanya sekali lafaz sahaja ana sudah menjadi seorang muslim.MasyaALLAH,masa itu tidak dapat digambarkan perasaan ana.selesai mengucapkan syahadah,ingatan ana tiba2 sahaja menjadi kosong."
selepas selesai mandi sunat,ana pulang kerumah.selesai mandi ana tidak sembahyang seperti lazimnya,tetapi hanya memandang tempat sembahyang itu.otak ana seakan-akan kosong.itulah kuasa syahadah.sukar digambarkan dengan kata2...menjadi orang baru...

(saudara syazwan tidak mahu berkongsi lanjut tentang bagaimana ibu bapa nya mengetahui tentang keislamannya.tentu sahaja ia pahit untuk dikenang..InsyaALLAH beliau bakal menyambung pelajaranyan ke Universiti Al-Azhar...)


***MasyaALLAH..hanya mendengar satu perkataan iaitu...RASULULLAH..saudara Syazwan sudah terpesona untuk memasuki ISLAM.Begitulah nikmat Hidayah ALLAH kepada orang2 yang dikehendakiNYA.bagaimana pula dengan kita,yang sedia dari mula sudah beragama islam?....kadang2 ada orang yang mahukan ISLAM tetapi susah untuk mendapatkanya,jadi kita haruslah bersyukur...ALHAMDULILLAH..

p/s:kisah ini ditulis berdasarkan ingatan penulis,andai ada kesalahan..ana mohon maaf....=)

No comments:

Post a Comment