Friday, December 11, 2009

KISAH INSPIRASI DARI JENDELA HOSPITAL....

Ada dua lelaki yang sakit dan berkongsi bilik hospital yang sama.A di benarkan duduk di atas katil nya selama sejam pada setiap petang bagi membolehkan pengaliran keluar cecair daripada paru-parunya.katilnya terletak di sebelah satu-satunya tingkap yang ada di dalam bilik itu.

Sementara itu,seorang lagi lelaki ,B,perlu menghabiskan masanya dengan berbaring sahaja di atas katilnya.kerja A dan B hanya bercakap ,bercakap dan bercakap sepanjang hari.bercerita tentang isteri dan keluarga,rumah,pekerjaan,pembabitan di dalam perkhidmatan tentera,percutian,kampung halaman dan sebagainya.

Setiap petang,A akan bangun dan menghabiskan masanya selama sejam dengan menggambarkan apa yang dilihatnya di luar jendela itu kepada B.kehidupan B selama sejam itu menjadi meriah dan luas tatkala dia mula membayangkan warna-warna kehidupan serta aktiviti di luar sana.

Tingkap itu betul-betul menghala ke sebuah taman yang turut serta di serikan dengan sebuah tasik yang indah.itik dan angsa bermain-main di gigi tasik manakala anak-anak riang menolak bot mainan masing-masing.turut kelihatan,pasangan kekasih yang berjalan sama sambil berpimpin tangan di tengah-tengah kuntuman bunga yang berserakan.paling menarik,adalah pemandangan latar langit Bandar raya yang terlihat dari kejauhan.

Dalam pada A menggambarkan kesemuanya dengan cara yang indah dan terperinci ,B pula memejamkan matanya rapat-rapat sambil membayangkan senario yang penuh indah permai itu.

Pada suatu petang yang redup,A menggambarkan ada perarakan kereta berhias sedang berlansung melalui hospital.sekalipun tidak dapat mendengar pasukan pancaragam bermain gendang,namun B tetap dapat melihatnya menerusi mata hatinya ,sebagaimana yang dipaparkan oleh A dengan kata-kata.

Pada suatu pagi,seorang jururawat yang biasa menyediakan air unuk mandian mereka mendapati A ,yang ditempatkan di sebelah tingkap ,sudah tidak bernyawa lagi.dia mati dengan aman di dalam tidurnya.jururawat tersebut merasa sungguh sedih lalu memanggil attendan hospital untuk menguruskan jenazahnya.

Beberapa hari kemudian,B bertanya kalau-kalau dia boleh berpindah ke katil lama A bersebalahan tingkap.jururawat tersebut dengan senang hati membuat pertukaran dan setelah memastikan B benar-benar selesa,dia keluar dari bilik itu.

Dengan perlahan-lahan dan mengalami sedikit kesukaran,B menopang menggunakan sebelah sikunya untuk melihat dengan mata kepalanya sendiri keindahan dunia luar.dengan bersusah payah,dia memusingkan badannya unuk melihat ke luar jendela.yang ada Cuma dinding berbatu bata yang kosong.

B memanggil jururawat tersebut dan bertanya ,apakah yang membuatkan A bercerita seolah-olah melihat semua pemandangan yang luar biasa indah di balik jendela itu.kata jururawat itu:”A buta.dia bahkan tidak mampu melihat tembok besar itu.barangkali,A ingin memberimu semangat untuk hidup .”

Sebagai renungannya,ada kebahagiaan yang memuncak apabila kita membuatkan orang lain merasa gembira di sebalik situasi kita sendiri yang mungkin tidak berapa baik ketika itu.pendek kata,rasa duka yang di kongsi bersama menjadikan kedukaan itu tinggal separuh tetapi sebaliknya,apabila kebahagiaan pula yang dikongsikan,ia menjadi berganda.

Jika anda mahu berasa kaya,mudah sahaja.hitungkanlah perkara-perkara baikyang anda pernah lakukan,yang tidak boleh di beli dengan wang ringgit.percayalah,ada hal-hal yang mempersonakan saat kita mampu memberikan kebahagiaan kepada orang lain. –PUTRI(MINGGUAN MALAYSIA)

No comments:

Post a Comment