Tuesday, March 16, 2010

BAPA MENANGIS DAN BERTANYA “Di mana silap ayah?”(mingguan Malaysia-ahad 3 september 2006)

Semasa saya masih kecil,saya fikir orang lelaki tidak patut,tidak boleh dan tidak akan menangis.air mata hanya akan menjadi tanda kelemahan mereka yang sepatutnya tidak boleh dikaitkan pun dengan lelaki.saya fikir…..

Apabila sebuah kumpulan rock punk dari barat The Cure muncul dengan lagu mereka bertajuk Boys Don’t Cry sekitar awal 1980-an,menguatkan lagi keyakinan saya itu.tetapi segala-galanya bertukar sudah apabila saya mendapati bahawa keberanian bukanlah bermakna mencuba untuk menyembunyikan segala kesakitan di dalam dada.

Kegagahan itu bukan juga bermakna menahanair mata dari berguguran ke bumi atau sorok-sorok menangis.ia adalah sebaliknya,air mata itulah yang menguatkan lagi gagah berani serta tabah hati.dan saya melihat ini semua pada bapa saya yang amat dikasihi.

Ini cerita lama.kakak saya yang berusia 18 tahun telah melarikan diri dari rumah.saya dapat lihat betapa kecewanya hati ayah walaupun kami anak cucunya faham benar dengan sikap ayah dan atuk mereka yang tegas.ayah bolehlah dikatakan sebagai seorang yang bersifat ‘kuku besi’didalam keluarga kami.kami sudah biasa dengannya.

Selepas tiga hari kakak pergi,ayah lansung tidak bersuara.yang dilakukannya hanyalah duduk membatukan dirinya diberanda rumah kami,didalam gelap.pada malam gelap.pada malam yang keempat,saya tidak sampai hati membiarkannya membuai perasaan seorang diri.lalu ,saya duduk disebelahnya dan meletakkan tangan saya dibahunya,bertanyakan apakah perasaannya tentang apa yang telah terjadi itu.

Kini,telah bertahun-tahun peristiwa itu berlaku.kami juga jarang bertemu setelah saya melanjutkan pelajaran,bekerja,berumah tangga dan tingggal jauh dari kampung.saya ingat lagi pada malam itu,saya dapat rasakan bapa masih cuba mengawal kesakitan yang dialaminya.saya Cuma mahu dia lepaskannya.kami sekeluarga menangis apabila kakak keluar rumah dan tidak kembali lagi,kecuali bapa.

Kata-kata saya:”ayah,bukan salah ayah”akhirnya Berjaya membuatkan air mata ayah bercucuran.dia mula menangis didalam kegelapan itu.saya dapat rasakan bahunya bergoyang dan terhenjut-henjut saat dia membisikkan:”dimana silap ayah?apa yang ayah mahukan untuk anak-anak hanyalah agar mereka membesar dengan baik.kenapa kakakmu tidak boleh menunggu?”.

Barulah saya faham,kenapa ayah memilih untuk berada di dalam gelap.dia tidak mahu kami terluka.air matanya,sekalipun kami tidak dapat melihatnya sebelum malam itu,sentiasa ada bersamanya sepanjang masa……..didalam hatinya.

Pada malam itu,apabila ayah menangis teresak-esak dengan kedua-dua belah tangan saya merangkul bahunya,saya dapat melihat ketabahannya serta memahami kelukaannya.-FAHIM


'''''''''''SEORANG AYAH WALAUPUN PADA ZAHIRNYA TIDAK PANDAI MENUNJUKKAN KASIH SAYANGNYA,TETAPI PADA HAKIKATNYA DIALAH ANTARA ORANG YANG SANGAT MENYAYANGI KITA.jadi kawan2 marilah kita berfikir tentang ibu bapa kita sebelum melakukan sesuatu perkara yang boleh melukai hati kedua ibu bapa kita....

No comments:

Post a Comment