Monday, January 24, 2011

Tiga Golongan Awal Ke Neraka...

Sufyan Ash-Ashbahiny bercerita kepada 'Uqah ibn Muslim bahawa semasa memasuki Madinah, dia melihat orang sedang mengerumuni Abu Hurairah r.a. Sufyan pun menghampirinya, lalu dia duduk di hadapan Abu Hurairah yang sedang menyampaikan hadis kepada jemaah itu. Ketika Abu Hurairah berdiam diri seketika, Sufyan meminta agar dia menyampaikan hadis yang benar-benar difahami untuk dihayati. Abu Hurairah pun bersetuju seraya berkata. "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH S.A.W kepadaku" Selepas berkata begitu,tiba-tiba ABU HURAIRAH menangis tersedu-sedu hingga hampir pengsan.

Kemudian dia diam sebentar dan setelah kembali tersedar dia berkata, "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH s.a.w kepadaku di rumah ini,tidak ada orang lain selain aku dan baginda." Tiba-tiba Abu Hurairah menangis kembali tersedu-sedu sehingga hampir pengsan. Ketika itu Abu Hurairah kembali sedar dan dia menceritakan, "Bahawa pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah "orang alim" , orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.T

ALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,"Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?" Orang itu menjawab. "Benar,wahai Tuhan.'' ALLAH SWT kembali bertanya. ''Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?'' Orang tersebut menjawab, ''Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari'' Malaikat berkata kepadanya, "engkau berdusta". ALLAH SWT berfirman "engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim''.

Kemudian dipanggil orang kaya. ALLAH SWT berfirman, ''Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup". Orang itu menjawab, ''Benar wahai tuhan''. ALLAH SWT kemudian bertanya, ''Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?'', dia menjawab, ''Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.'' ALLAH SWT berfirman kepadanya, "Engkau dusta". Malaikat juga berkata begitu. ALLAH berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.''

Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman, ''Apa yang menyebabkanmu terbunuh?'' Dia menjawab, ''Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.'' Maka ALLAH SWT berfirman kepadanya ,''Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu." ALLAH SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani''.

"Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda, ''Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.''"

Marilah bersama kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan~

Ya ALLAH...aku mohon perlindungan-MU,dari azab api neraka....Aminnnn

Saturday, January 22, 2011

Damai Bersama-MU....



Aku Termenung Di Bawah Mentari
Di Antara Megahnya Alam Ini
Menikmati Indahnya Kasih-Mu
Kurasakan Damainya Hatiku

Sabda-Mu Bagai Air Yang Mengalir
Basahi Panas Terik Di Hatiku
Menerangi Semua Jalanku
Kurasakan Tenteramnya Hatiku

Reff;
Jangan Biarkan Damai Ini Pergi
Jangan Biarkan Semuanya Berlalu
Hanya Pada-Mu Tuhan
Tempatku Berteduh
Dari Semua Kepalsuan Dunia

Bila Ku Jauh Dari Diri-Mu
Akan Kutempuh Semua Perjalanan
Agar Selalu Ada Dekat-Mu
Biar Kurasakan Lembutnya Kasih-MU....

Sharing Is Caring...Caring Is....???

Assalamualaikum....

Nasihat Ibu,..."Belajarlah bersyukur meski tak cukup,Belajarlah Ikhlas meski tak rela,Belajarlah bersabar meski tak mudah,belajarlah memahami ,meski tak sehati,Belajarlah memaafkan walaupun terluka dan belajarlah Percaya meski tak yakin"

"Ujian kerana kejayaan lebih berbisa dari kegagalan.Sangat berpotensi membawa hati keras ,tinggi diri dan sukar menerima nasihat.Adakalanya dirasakan doa tidak lagi diperlukan,hanya'kehebatannya' diperlukan,maka tersungkurlah ia.Kegagalan pula berpotensi lunakkan hati,rendah diri,menambah fikir tapi berbisa dalam,hingga boleh membawa putus asa dan bersangka buruk terhadap ALLAH.Awasilah kedua ujian itu wahai diri"

"Orang yang berjihad ialah orang yang melawan nafsunya"(HR Tirmizi)

"Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan kekal.Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal"(Saidina Ali r.a)

~JANGAN TAKUT...ALLAH BERSAMAMU...=)

Wallahualam...






Thursday, January 20, 2011

Segalanya Milik-MU....

Lirik Lagu Segalanya Milik-Mu oleh Kumpulan Mestica

Kau yang menciptakan cinta
dan Kau jua yang menghampar bahagia
diribaanMu terhimpun harapan
impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
namun padaMu jua diadukan
merebahkan keresahan dan tangisan

* aku tahu inilah kasihMu
aku tahu inilah cintaMu
dan ku tahu tiap yang terbaik utkku
tak semuanya yang ku mahu...


Dicelah hangat nafas yang terhela
ada dingin saat menyebut namaMu
terarah segala ronta rasa
pada damainya dakapanMu (ya ALLAH)

aku tahu inilah kasihMu
aku tahu inilah cintaMu
dan ku tahu disegenap ruang rasaku
telah kau titipkan kekuatan oh Tuhan...


Nukilanku>Lagu ni aku suka sangat....entahlah,rasa macam dekat jer dengan diri ini...kalo pikir2 balik tidak ada gunanya kita nak merasa bangga dengan nikmat yang kita ada kerana segalanya adalah milik-NYA....sama2 lah kita hayati bait2 lagu ini...

Wednesday, January 19, 2011

Hanya dengan Mengingati Allah Hati akan Menjadi Tenang~Sumber=I Luv Islam.com

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng!.. bunyi.... aauuummmmm!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi.. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya . Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah [b]Kalau semua nak tahu ...[/b] si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah... 1 minit untuk mengingati Allah Step 1: Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan: *SUBHANA'LLAH *ALHAMDULI'LLAH *LA I LAHA ILLA'LLAH *ALLAHU AKBAR *ASTAGHFIRU'LLAH *LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH *ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN Step 2: Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan



Antara Lagu Yang Baik Dan Lagu Yang....

Assalamualaikum....
Kamu semua suka dengar lagu tak???hehe.kalau macam diri aku sendiri aku suka dengar lagu.kalau ada free jer pasti aku akan memakai headphone dan mendengar bermacam2 lagu.aku dengar lagu biasanya time aku buat kerja contohnya semasa buat assignment,chatting dan study.aku kalau study tak suka kalau suasana terlalu sunyi(ngantuk nanti kang tidur pulak..huhu),so aku akan pasang lagu.Tapi lagu yang macam mana sebenarnya yang patut aku pasang???(tiba2 aku terfikir sendiri)Ermmm......post kali nih aku nak bertanya kepada pembaca2 sekalian satu soalan cepu emas,yang jarang2 kamu akan dapat di luar sana,soalan yang menguji minda dan sekaligus soalan yang membuatkan kita bermuhasabah diri balik.....kalau anda dengar 2 jenis lagu,sebagai contoh,satu,lagu mat salleh yang rancak,juz nice..(walaupun liriknya kadang2 kite sendiri xpaham) dannnn...lagu yang kedua adalah lagu nasyid atau apa2 sahaja jenis lagu yang mengingatkan kita pada pencipta kita...mana satu yang anda merasa tenang bila mendengarnya????haaa....saya tahu jawapan anda,pastinya lagu yang mengingatkan kita kepada pencipta kita.Kenapa???sebab Allah s.w.t. berfirman: “…Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”
Percaya dan yakinlah dengan ayat itu.Perkara2 yang membuatkan kita mengingatiNYA akan membuat kita merasa senang dan bahagia.Aku dah siap buat eksperimen dah.Memang dah terbukti,kalau dengar lagu nasyid aku akan rasa lagi tenang berbanding dengar lagu2 yang melalaikan.Lagu2 kerohanian begitu barulah sesuai di pasang semasa study.Tenang jiwa nak jawab soalan fizik(susah wooo...jawapan nya sampai 3 page).hehehe.
Manusia memang sudah di fitrahkan begitu.Suka kepada perkara2 kebaikan.Ye tak?Tipulah kalau anda tak suka perkara2 kebaikan.
Kalau kita lihat sekarang,banyak lagu2 yang tidak membina jiwa menjadi kegilaan anak muda zaman sekarang.Lagu2 kerohaniaan kadang2 hampir2 di pandang sepi kerana tidak begitu di promosikan.
Risau juga,sebab lagu boleh memberikan kesan yang besar dalam hidup kita.Kadang2 kalau kita dengar lagu tu kita rasa semangat,kadang2 rasa down,kadang2 rasa hepi...itulah kesan lagu dalam hidup kita.
Lagu yang baik sebenarnya boleh membina jiwa yang bersih.Mengubah seseorang kepada yang lebih baik selain mendekatkan kita kepada pencipta kita.Menambahkan rasa cinta dan meningkatkan iman jadi,pilihan di tangan anda.ANY COMMENTS???plizz write it below~=D





Destinasi Cinta-MESTICA




Album :
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?

Lagu : Abai Os (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Lirik : Frizdan (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Faizal Osman
Program Muzik : Trabye