Saturday, January 1, 2011

Dah lame tak bace UJANG!!!!=D

Semalam,time orang lain sibuk2 dok sambut tahun baru,aku dan rakan-rakan eco-desa sibuk dok kutip kertas,botol dan aluminium di bilik pantri.Itu adalah salah satu kerja2 kelestarian yang kami jalankan.Maklum lah,trademark USM kan "Transformation Higher Education for Sustainable Tomorrow" atau 'MEMASTIKAN KELESTARIAN HARI ESOK'.
Kat bilik pantri tu penuh dengan kertas,botol dan barang2 lain(kasut,penyapu...).macam2 diorang buang.Sabor je lah.Bekas yang di sediakan untuk kitar semula pun sampai melimpah ruah.Dah tak tahu mana satu untuk kertas,aluminium dan botol.semua diorang pakai bedal letak jer.hehehe.Terpaksalah kami asingkan dulu barang2 tersebut.
Maklumlah,kalau dah macam2 diorang letak,maknanya macam2 lah kami jumpa time dok asingkan barang2 tu.Barang yang masih elok seperti kasut dan beg kami mencadangkan untuk memberikannya pada makcik2 cleaner atau pada sape2 yang nak. majalah yang still lagi elok dan boleh di baca,kami akan letakkan di bilik eco desa.Kalau nak buang semua tu memang la sayang.
Dalam banyak2 majalah yang aku jumpa,tibe2 aku terjumpa majalah ujang.Tahu x majalah tu????.Alah,majalah lawak antarabangsa nombor 1 tu.hehehe.ermmm,mesti korang pelik,ape plak kena mengena ngan majalah ujang ni.Ye lah,kalau korang nak tahu,aku dulu adalah peminat majalah ni.suke sangat bace majalah ujang ni coz lawak habis.Pastu time baca jadilah aku dok gelak sorang2 dalam bilik ala2......heheehe.
Tapi tu dulu.....sekarang bile dah di tarbiah,secara automatik aku tinggal semua benda2 tu.aku pun tak perasan.It occurs automatically.Bukan majalah ujang ni jer tapi banyak lagi benda2 lahgro lain.Bila pikir2 balik dulu aku suka buat ni,buat tu....(benda yang laghro la)..tapi sekarang aku dah tinggalkan ia sedikit demi sedikit tanpa aku sedari.Alhamdulillah.....
Ermmmm...xsalah pun nak baca majalah ujang tu,tapi tahulah adab dan batasnya.jangan golak kuat2 dan Jangan laghro.....kalau setakat nak hilangkan stress sekejap ok lah.hehe.Tapi aku sekarang busy sangat dah tak sempat nak baca sekejap pun.Banyak lagi kerja yang menanti.huhuhu~Utamakan apa yang utama





Sabda Rasulullah s.a.w:"Tigaperkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman:Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama,
menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali
...kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka." – Riwayat al-Bukhari..~


Budaya Yang Merana~

Assalamualaikum~

Sebelum tu nak Ucapkan Selamat Tahun baru 2011 kepada semua....maka bermulalah pengiraan tahun 2011 dalam diari hidup kita.Tarikh hari ni pun cukup cantik,1.11.2011...kebetulan pulak hari ini hari sabtu(iaitu hari minggu),maka ramailah yang memilih hari ini untuk membuat kenduri kendara dan majlis perkahwinan.Kepada yang telah mendirikan perkahwinan pada hari ini,tahniah saya ucapkan=)saya doakan kalian berbahagia sehingga ke akhir hayat.
Hari ni aku nak kongsi sikit pandangan aku pasal majlis perkahwinan ni dan pasal sambutan tahun baru.Pendapat aku mungkin betul dan mungkin salah.tetapi InsyaAllah aku berniat baik.Tak terlepas juga majlis perkahwinan yang diadakan sekitar USM ni.Memandangkan blok desasiswa aku ni bersebelahan jer dengan kawasan perumahan,maka dapat jugalah aku berkongsi kemeriahan majlis perkahwinan orang2 disitu(walaupun xkenal) coz kat kawasan perumahan tu ada majlis perkahwinan sedang berlansung.macam mana aku tahu???...ye lah dari jauh pun dah dengar band menyanyikan lagu'selamat pengantin baru'....konpem2 la majlis perkahwinan,xkan lah pulak sambutan hari jadi nyanyi lagu pengantin baru pulak.hehehe.

Ermmm....tapi ada satu jer yang tak best.Memasang lagu tu ok lah.mungkin tu budaya mereka dan mungkin jugak mereka nak meriahkan lagi majlis tu,tapi....yang tak bestnyer kalau pasang lagu punye la kuat sampai orang dok azan pun buat tak kisah.dah la dekat ngan masjid.ermmm....mungkin jugak mereka tak dengar azan tu kot coz speaker kuat sangat.mana lah nak dengar.tapi kan waktu azan kite boleh agak.kalau lah orang tu ambil berat pasal soal ni dah tentu dia akan consider untuk menutup sekejap lagu atau menghentikan sekejap band yang menyanyikan lagu tu.Kalau orang bukan islam yang buat macam tu,aku tak kisah sangat.Bukan aku tak biasa pun dengar diorang buat konsert melalak2 sampai tengah malam.Tapi yang agak menyedihkan yang buat ni orang islam.Dan aku terpikir gak.Jiran2 yang beragama islam kat kawasan tu tak terasa terganggu ker.ye lah nak solat nantikan takut tak khusyuk plak.sedangkan aku yang jauh dari mereka pun boleh dengar dengan jelasnya.
Lagi satu pasal sambutan tahun baru.ermmm.Sedihnya,ramai yang memilih untuk menyambut tahun baru dengan melakukan aktiviti seperti berdua2an dalam gelap,pergi parti dan aktiviti2 lain yang aku rasakan tak sesuai untuk kita umat islam.ye lah,nak pergi countdown tu tak salah.pergilah.tapi jagalah batas2 kita dan tahu adabnya.apa salahnya kalau kita sambut tahun baru dengan solat hajat dekat masjid dan countdown ramai2 kat masjid tu.hehe.aku pun bukanlah baik sangat nak nasihatkan orang.tapi InsyaAllah,setakat ni aku mampu lagi kawal diri aku daripada pergi buang masa tunggu nak countdown kat padang merdeka tuh.hehe.Aku tahu perasaan remaja.nak hepi2,nak suke2.yelah,setahun sekali jer boleh sambut tahun baru ni.ala2 macam raya pulak.tapi fikirkanlah.Kita pun tak lama atas dunia ni.Hidup ni bukan untuk berseronok2 sahaja.manalah tau tengah dok syok buat maksiat,tetiba ALLAH tarik nyawa.Nauzubillah.....Ya ALLAH matikanlah aku Syahid di jalanMU.Aku mungkin tak layak untuk mendapat syurgaMU Ya ALLAH,tapi aku takut untuk ke nerakaMU.Semoga ALLAH memberikan HidayahNYA kepada kita coz hanya orang2 yang dipilih sahaja yang akan cube mengerti erti hidup ini.Do something that can bring good for u,not bring harm.
Kat sini aku juga nak ucapkan tahniah kepada Sukarelawan pencegah maksiat USM yang telah mengadakan Ops Sayang Remaja pada setiap malam tahun baru.Diharap,usaha korang yang gigih itu akan dikira dan diberkati oleh ALLAH dan aku berdoa semoga kita semua dilindungiNYA daripada melakukan perkara2 tersebut.aminnnn...~
p/s:sekadar mengingatkan diri ini juga agar tidak mudah lupa diri~






ikhlas dari~

Kisah Guru Dan Muridnya~

Suatu hari, Syeikh Syaqiq al-Balkhi bertanya kepada muridnya, Hatim al-Asam :



"Sudah berapa lama awak belajar denganku?" Jawab Hatim: "Tiga puluh tiga tahun, guru." Tanya Syaqiq:" Berapa banyak ilmu yang kamu petik?" Jawab Hatim:" Hanya lapan masalah sahaja." Terkejutlah gurunya seraya berkata:" Tiga puluh tiga tahun hanya lapan masalah?" Jawab Hatim:" Benar guru. Saya tidak berdusta." Gurunya, Syaqiq berkata:" Sila datangkan lapan masalah tersebut." Kata Hatim :



1) Aku lihat kepada makhluk. Setiap orang mempunyai barang kesayangannya tetapi bila sampai ke kubur, nescaya berpisah. Justeru aku jadikan kesayanganku segala kebajikanku supaya ia kekal bersamaku di dalam kubur.



2) Aku lihat firman Allah SWT dalam surah al-Nazi'at, ayat 40:



وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى



Maksudnya:

Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu



Justeru aku bersungguh- sungguh mujahadah nafsu hingga stabil dalam ketaatan kepada Allah



3) Aku lihat setiap orang mempunyai barang yang sangat berharga yang disimpannya. Kemudian aku lihat ayat Allah SWT dalam surah al-Nahl, ayat 97:



مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ



Maksudnya:

Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.



Tatkala dapat bagiku sesuatu yang berharga nescaya aku hadapkannya (kepada Allah dengan bersedekah) supaya sentiasa kekal di sisiku.



4) Sesungguhnya aku lihat ramai manusia bermegah dengan harta kekayaan, nasab keturunan dan kemuliaan. Sedangkan semuanya tiada nilai. Lantas aku lihat firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat, ayat 13:



يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ



Maksudnya:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).



Justeru aku beramal untuk bertaqwa supaya aku mulia di sisiNya



5) Sesungguhnya aku melihat manusia saling berhasad dengki. Kemudian aku lihat dalam surah al-Zukhruf, ayat 32:



أَهُمْ يَقْسِمُونَ رَحْمَةَ رَبِّكَ نَحْنُ قَسَمْنَا بَيْنَهُمْ مَعِيشَتَهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَرَفَعْنَا بَعْضَهُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِيَتَّخِذَ بَعْضُهُمْ بَعْضًا سُخْرِيًّا وَرَحْمَةُ رَبِّكَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ



Maksudnya:

(Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan (perkara-perkara keruhanian dan keugamaan yang menjadi sebesar-besar) rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasa dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja? Mereka tidak ingkarkan): Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan.



Justeru aku tinggalkan hasad.



6) Aku lihat kebanyakan mereka saling bermusuhan. Kemudian aku lihat firman Allah SWT dalam surah al-Fathir, ayat 6:



إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ



Maksudnya:

Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.



Justeru aku tinggalkan permusuhan dengan mereka dengan hanya menjadikan syaitan sahaja sebagai musuh.



7) Aku lihat manusia sanggup menghina diri kerana mencari rezeki. Bila aku lihat ayat Allah SWT dlm surah Hud, ayat 6:



وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الأَرْضِ إِلاَّ عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ



Maksudnya:

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab yang nyata (loh mahfuz).



Justeru aku sibukkan dengan apa yang menjadi amanahku dan meninggalkan urusan rezeki kepada Tuhanku.



8) Aku lihat mereka bergantung kepada perniagaan hasil buatan dan kesihatan mereka tetapi aku bertawakal kepada Allah.



Jawab gurunya Syaqiq: "Sesungguhnya aku lihat dalam Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. Dan inilah inti pati kitab samawi yang empat ini. Siapa yang beramal dengan lapan masalah itu nescaya dia beramal dengan keempat-empat kitab."



Friday, December 24, 2010

KAK LONG OH ABANG LONG!!!

Assalamualaikum....=)

nak tanye kat sini sape anak sulong????angkat tangan cepat.....hehe....hari ini tetiba pulak nak share pasal anak sulong nih.
KAK LONG dan ABANG LONG....gelaran biasa kepada anak pertama,nombor satu atau sulong.Tahukah anda anak sulong ni adalah golongan kedua TERPENTING selepas ibu bapa dalam sistem keluarga???.Kepada sesape yang jadi anak sulong tu...tanggungjawab mereka memang SA...NGAT BESAR!!!......kenapa????...sebab,anak sulong adalah golongan biasa yang dipikulkan tanggungjawab untuk menjaga adik2nya jika ibu bapa tak ada.anak sulong jugak kena lah tunjukkan contoh yang baik pada adik2,sebab adik2 biasanya akan melihat dan meniru sikap orang yang lebih dewasa daripadanya(kebiasaannya mereka akan mencontohi kakak2 or abang2 mereka)...
Untuk kisah aku pulak hidup sebagai anak sulong memang banyak.salah satunya adalah,semasa aku di tingkatan lima...waktu itu mak aku masuk wad...disebabkan komplikasi dan menunggu hari untuk melahirkan adik aku yang bongsu.waktu itu memang payah tanpa ibu disisi disamping aku juga bakal menduduki SPM.sebab aku ni anak sulong,so pada waktu itu ayah dan mak aku sangat mengharapkan aku untuk menguruskan rumah dan adik2 sementara ayah aku berulang alik ke hospital.that time it was very hard.baru aku tahu betapa susahnya mak aku menguruskan rumah.kena basuh baju yang berlambak2,kena kemas rumah,jaga adik2,siapkan barang2 untuk mak aku diwad,dan banyak lagi.i need to do it alone coz adik2 aku buat xtahu jer....haha...budak2 ni....tapi itu semua ada hikmahnya...menjadi anak sulong ada manis dan pahitnya.sesusah mana pun ia,aku tahu yang ALLAH tidak akan membebani hamba2nya melainkan sesuai dengan keupayaan dirinya.......

Hidup sebagai anak sulong ni tidaklah semudah yang disangka,sebab kami terpaksa explore sendiri pelbagai benda....contohnya,semasa aku nak ambil peperiksaan besar,sebab aku anak sulong so aku tidak ada kakak or abang untuk bertanyakan pelbagai soalan yang berada di benakku ini seperti susahke exam 2???macam mana nak score???best tak jawab exam???semuanya kena explore sendiri dan bertanya pada orang lain.....huhuhu dan dalam banyak perkara lain lagi yang kami terpaksa explore sendiri
Tapi itu semua sebenarnya bagi aku mematangkan aku.sebab tu lah anak sulong lagi cepat matang...hehe..setuju???
aku tengok adik2 aku best jer.kalau mereka xtahu pape diorang biasanya akan refer pada aku.jarang sekali mereka nak explore sendiri.contohnya,macam mana nak mohon biasiswa ek???best tak belajar kat U???belajar kat mana paling best???macam mana nak jawab soalan ni......macam mana nak buat tu n ni....adoiiiiiii...pening memang pening...kadang2 terasa macam diri ini kaunter pertanyaan la pulak(excuse me can i help u?...hehe)...ermm...tapi itu menunjukkan yang aku ni penting,ye x????hehehe
ermmm...kisah lain pulak,ialah kisah seorang sahabat aku yang lelaki ni.aku memang tabik spring r kat die...coz die memang seorang anak sulong yang cukup tabah.kenapa????sebab...dia ni adalah seorang anak yatim sebab telah kehilangan ayahnya....ermmm...dengan adik2 yang ramai,dialah semangat dan tempat bergantung bagi ibu dan adik2 nya untuk menggantikan tempat ayahnya.dari jauh,i know ,its hard 2 sit at his place...ermm..tp bak kata pepatah berat mata memandang,berat lagi bahu memikul....
Sebenarnya,masih banyak lagi kisah diluar sana tentang anak sulong.kisah2 yang familiar di telinga kita,kisah berkenaan pengorbanan seorang anak sulong.kisah tentang bagaimana seorang kakak or abang yang sanggup berhenti belajar untuk bekerja semata2 mahu melihat adik2 nya meneruskan persekolahan.kisah bagaimana seorang kakak sanggup mengorbankan masa remajanya untuk menggantikan ibu bapa mereka bagi menguruskan adik2 sementara ibu bapa keluar bekerja dan ada juga kisah kak long or abang long yang sanggup kahwin lambat semata2 nak tengok adik2nya habis belajar dulu
ermmm...terlalu banyak untuk dikongsi.kawan2 aku sememangnya ramai yang merupakan anak sulong dan kami berkongsi kisah yang sama.tahukah kamu adik2,kamilah orang yang cukup risau dan sentiasa memikirkan kamu selepas mak ayah kita.kami sentiasa memikirkan masa depan kamu.we always pray the best 4 u n 4 our parents.kami sanggup buat apa saja untuk melihat kamu bahagia.walaupun kadang kala kakak mu ini agak garang dan tegas,but the end of it,everything that i do is for the sake of u my dear sisters.....(adik beradik aku semua perempuan)....
Walau apa pun status kite...anak sulong ker ,no.2,3,4 or 14 sekalipun,kite tetap memainkan peranan yang penting.We play our on role in our family system.
Mak ayah aku selalu mengajar kami adik beradik supaya menghargai family yang kite ada sekarang...buat baik ngan family dan hormat menghormati.yelah kalau kite susah nanti , family jugaklah orang yang akan sanggup bersusah payah untuk kita.kawan???ermmm...jarang sekali kawan yang sanggup bersama kita time susah...kalau adapun,x akan sama dengan family sendiri.

akhir kalam,i just want to said...IM PROUD TO BE KAK LONG!!!!!
Wallahualam.....=)




adik-beradik...kadang2 gaduh,kadang berbaik...
walau apa pun air yang dicincang tak akan putus...



Saturday, December 18, 2010

Ha Tudung Labuh!!!????***

Assalamualaikum.....

hehe....hari ni aku nak citer pasal kisah aku....(kisahnya memang panjang,tapi telah aku singkatkan untuk pembaca...hehe)..hopefully,sesape yang bace kisah ni dapat manfaatnye..aminnnn..

Satu Hari tu,time aku tengah pakai tudung depan cermin...tetiba jer aku bertanya pada diri sendiri,...betul ker aku ni???betul ker aku yang tengah pakai tudung labuh ni???...haha..agak kelakar soalan itu...(bagi aku)....coz dulu aku cukup memandang sinis pada sesiapa yang pakai tudung labuh...for me,kalau harap pakai jer tudung labuh tapi perangai lebih kurang aku jer yang bertudung singkat ni buat ape,...tudung 2 sikit pun xde makna....ish3...(jahilnya aku dulu)...
Pernah aku cakap kat kawan aku mase kat matrik..(yang bertudung labuh)...dengan terus terangnya aku bagitau die..."aku cukup tak respect orang yang pakai tudung labuh,tapi perangai sama jer cam aku nih,kadangkala lebih teruk lagi daripada aku...lebih baik macam ni(bertudung singkat)...aku takut kalau aku bertudung labuh aku menjatuhkan maruah islam itu sendiri".....kawan aku tu pun dengan terus terang mengatakan yang die terasa hati dengan statement aku tu....tapi aku xde lah tujukan kata2 itu kepada die,coz kawan aku tu memang baik pun akhlaknya,sesuailah dengan penampilannya.
ermmm...memang aku x expect lansung yang aku akan macam die jugak satu hari nanti.for me,...orang yang bertudung labuh ni memang hipokrit....(astargfirullah)...betapa singkatnya pemikiran aku waktu itu....

Semasa di Universiti pulak,Alhamdulillah aku telah mengikuti Taklim di surau untuk pertama kalinya,entah mengapa hatiku sendiri yang meronta2 mahu di isi dengan pengisian rohani.waktu tu kawan aku yang ajak.ajakannya memang tepat pada waktunya iaitu waktu aku tengah tercari2 nilai diri.kalau dulu aku merasa jiwa aku sangat kosong,tetapi Alhamdulillah...setelah melibatkan diri dengan program2 kerohanian aku dapat merasakan jiwa aku terisi...masyaALLAH...HATI manusia memang sudah di fitrahkan untuk dekat dengan Tuhannya....aku sentiasa terfikir...sampai bila aku mahu begini...hidup tak tentu arah dan jauh dariNYA....i need to do something...
Balik jer bilik,aku menangis semahu-mahunya...sejak hari itu,aku banyak berubah...dari seseorang yang susah nak menangis dengan kata nama lain keras hati,aku menjadi seorang yang paling senang menangis(lembut hati)...i think i have found myself...Alhamdulillah..

Satu hari tu,aku bagitahu sahabat aku yang merupakan seorang akhwat yang aku teringin nak berpakaian sepertinya,.....bertudung labuh,pakai stokin,pakai hand sock...dengan kata nama lain tutup aurat penuh....aku sebenarnya malu dan takut,jika ada lelaki2 memandangku dengan pandangan nafsu..aku juga takut jika akulah menjadi penyebab berlakunya zina..aku meluahkan kepadanya yang aku sudah lama hendak berubah....tapi aku malu kerana perangai aku yang agak gila2....takut dengan cakap2 orang sekeliling.....aku takut aku akan menjatuhkan maruah islam itu sendiri dan takut akan menjatuhkan maruah wanita islam yang menutup aurat dengan betul...balas sahabat aku itu,
'alah kau ni,...kau tahu tak perangai tu nombor 2,yang utama adalah menutup aurat.bukankah menutup aurat itu adalah wajib.bukan sunat atau harus.yang wajib kita buat dulu,yang lain tu kita perbaiki sedikit demi sedikit."..kemudian sahabat aku itu menceritakan kisahnya bagaimana dia berubah dan menjadi dirinya sekarang...

Seperti baru lepas di tampar,aku akhirnya tersedar...yang menutup aurat itu wajib,mengapa aku harus malu menegakkan syariat agama aku sendiri???....tentang perangai itu,InsyaALLAH aku perbaiki nya sedikit demi sedikit....lantaklah orang nak cakap ape....
Aku mengumpul segala kekuatan dan mengukuhkan tekad di hati....dengan duit yang aku ada,aku keluar ke Mall,dan membeli tudung2 labuh,baju labuh....dan segala yang aku rasakan penting dalam membantu aku untuk berubah....aku sudah tekad untuk berubah!yeahhhh!i will did it...
Dan akhirnya,jadilah aku sekarang....bertudung labuh...Alhamdulillah..aku selesa dengan penampilah aku sekarang...honestly,kalau dulu memang aku cukup x selesa dengan penampilan aku,aku rasakan seperti ada sesuatu yang kurang...tapi kini,perasaan aku berbeza...aku merasa selamat dan tenang....
Penerimaan mula2???ermmmm...mula2 memang ramai yang terkejut dan ada2 saja pertanyaan seperti....."apasal aku tengok tudung kau makin labuh"...."eh dah pakai tudung labuh"....."wahh..ustazah sekarang ek"....dan aku hanya menjawab..."Alhamdulillah,mendapat hidayah"...terus diorang senyap.....hehe...ade yang jawab..."Bilalah aku pulak:...dan aku sentiasa mendoakan mereka juga mendapatkannya...aminnn...for my family,diorang sentiasa menyokong penuh apa yang aku lakukan,asalkan benda yang membawa kebaikan....mereka bersyukur..dan aku tahu my parents always pray good for me.....aku sedar jika aku mahu orang lain berubah,aku harus mengubah diri aku sendiri terlebih dahulu..

Dalam al-Quran surah An-Nur ayat 31, "Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: 'Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumurnya (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba abdi yang mereka miliki, atau pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita....".

Surah al-Ahzab: 59 "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin: ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka'. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan oleh kerananya mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59).

Dalam hadis Rasulullah s.a.w riwayat Muslim: "Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Laki-laki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak-lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak bonggol unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian."



cantikann....



semoga kita sentiasa dalam rahmatNYa...aminnn...


last but not least,i juz want 2 say...Tiada kebahagiaan dalam penderhakaan...think of it....assalmualaikum...=)


kenapa tak tulis pasal diri sendiri jer???***

assalamualaikum....
ermmmm...tajuk diatas adalah pertanyaan daripada seseorang kepada aku baru2 ini....dalam blog aku ni...aku lebih gemar berkongsi cerita dan pengalaman aku....jarang sekali aku nak berkongsi cerita tentang diri aku atau bercerita hal2 peribadi.
maklumlah,sudah menjadi trend semasa dan kebiasaan bagi sesetengah penulis blog untuk berkongsi kisah2 peribadi mereka.But,for me...my blog is a medium for me to share something that can bring benefits for me n for u....banyak kisah2 menarik yang aku copy paste dan share...hopefully,orang yang tak pernah baca sebelum ni dapat baca kat blog aku ni n kite same2 dapat manfaatnya....
macam mana dengan kisah peribadi????.>>>....ermmm...kalo kisah peribadi aku yang aku rasakan menarik dan boleh dikongsi untuk manfaat bersama..apa salahnya untuk aku kongsi...Alhamdulillah...ramai sahabat2 aku yang sudi membaca blog ini,walaupun tidak menjadi follower....its ok....im still satisfied with it..at least i can say something than nothing.....seperti sabda Rasulullah S.A.W...sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat(Hadis Riwayat Tirmidzi)..dan ingat lah orang yang paling baik di antara kamu adalah orang yang boleh memberi manfaat pada orang lain...finally,hope we alwez in the bless of ALLAH...AMINNNN....=)

Ya ALLAH..luruskanlah Hatiku....




Ya Allah...dengan berkat NabiMU..
dan berkat guruku...
luruskanlah hatiku...
agar agama ku lurus...
betulkanlah hatiku..
agar ku ikhlas selalu
tetapkanlah hatiku..
agarku tak tergugat dengan ujian yang menimpa..

Ya ALLAH...Tuhan yang mencipta hati..
bersihkanlah hatiku..
agar mazmumah ku tidak merosakkan
agamaku dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain...
wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati...
kuatkanlah hatiku...agar keyakinanku tak berubah..
supaya aku sentiasa tabah..

Tuhan... engkau rasakanlah hatiku..
sentiasa bersamamu..
supaya aku rasa...
ada kawan melindungku..
agar aku tak rasa sepi didalam hidupku..
aku merasa malu melanggar perintah..
dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhanMU..


Ya Allah..tuhan yang menjaga hatiku..
baikilah hatiku...
agar seluruh hidupku menjadi baik....
supaya tidak khianat dan hasad dan tidak berdendam sesama manusia...
Tuhan limpahkanlah kedalam hatiku ilmu dan hikmah...
hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku..
supaya lahir batinku bersyariat...
agar lahir batinku menjadi taat..
Tuhan aku harap engkau kabulkanlah doa ku ini...
AMINN....