Saturday, August 7, 2010
SAAT TERAKHIRKU.....
saat terakhirku ini....aku masih lagi tidak mampu bersungguh-sungguh dalam ibadahku...
sentiasa lalai mengikuti perintahMU...
masih leka dan sentiasa alpa....
aku masih lagi pentingkan dunia...
Ya Tuhanku...
saat terakhirku ini....sakit yang kau beri kepada ku....
tidak mampu menyedarkan aku....
saat aku sakit,aku ingat padaMU..dan
saat aku sihat,aku kembali kepada duniaku...
Ya Tuhanku....
saat terakhirku ini...ingatan demi ingatan kau tunjuk padaku...
dugaan demi dugaan kau beri padaku...
itu semua kerana kasih MU....
namun,aku menganggap ia bebanan...
aku x reda....YA ALLAH!!!...hinanya aku....
aku bersangka buruk terhadapMU...
ampunilah aku....disaat terakhirku ini...
Ya Tuhanku....
kali ini jantungku berdegup lemah....
nafasku sesak...mataku kabur..
ku pandang sekelilingku....kalau ini benar2 saat terakhirku...
aku bakal meninggalkan semua yang aku miliki didunia ini...
keluargaku..sahabat...kerjaya...harta...
teringat semua dosa2ku...
tetapi itu semua tidak penting lagi!!!
yang penting adalah PENGAMPUNAN-MU YA ALLAH...AMPUNKAN AKU YA ALLAH!!!>>
aku menangis Ya ALLAH...
aku takut......
aku insaf...
aku berdoa...janganlah kau tarik nyawaku dalam keadaan begini...
aku mahu jadi hambaMU yang solehah dahulu..
aku mohon agar KAU AMPUNILAH segala dosa2 ku...
aku mahu mati dalam iman...
aku xtau sama ada ini benar2 saat terakhirku....
bagiku...setiap detik adalah saat terakhirku..
kerana Engkau berkuasa menentukan hidup dan matiku...
bilakah aku akan menemuiMU YA ALLAH...??
Ya Tuhanku...
kini baru aku sedar..betapa kecilnya diriku disisiMU...
aku mohon...berilah aku secebis rasa keinsafan,sebagai penguat jalanku menuju redhaMU...jika ini saat terakhirku....
Wednesday, July 28, 2010
1 JAWAPAN UNTUK 3 SOALAN..........subhanallah bijaknya dia.......
Ada seorang pemuda Yahudi datang berjumpa Imam Abu Hanifah untuk bertanyakan 3 soalan kepadanya..
Pemuda Yahudi: Kamu siapa? Dan apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaanku?
Imam Abu Hanifah: Aku hamba Allah dan dengan izin-Nya aku akan menjawab pertanyaanmmu.
Pemuda Yahudi: Kamu yakin? Sedangkan ramai bijak pandai dan cendikiawan tidak mampu menjawab pertanyaanku ini.
Imam Abu Hanifah: Aku akan mencuba sejauh kemampuanku.
Pemuda Yahudi: Aku ada 3 pertanyaan:-
1. Kalau memang benar Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepadaku!
2. Apakah yang di namakan takdir?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa dimasukan ia ke neraka yang dibuat dari api? Tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernahberfikir sejauh itu?
Tiba-tiba Imam Abu Hanifah menampar pipi pemuda Yahudi tadi dengan keras.
Pemuda Yahudi (sambil menahan sakit): Kenapa? Kamu marah kepadaku?
Imam Abu Hanifah: Aku tidak marah... Tamparan itu adalah jawapanku atas 3 pertanyaan yang kamu ajukan kepadaku.
Pemuda Yahudi: Aku sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam Abu Hanifah: Bagaimana rasanya tamparanku?
Pemuda Yahudi: Tentu saja aku merasakan sakit.
Imam Abu Hanifah: Jadi kamu percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda Yahudi: Ya!
Imam Abu Hanifah: Tunjukan padaku wujud sakit itu! Maka itulah jawapan untuk pertanyaan pertama...
Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat.
Pemua Yahudi tadi terdiam.
Imam Abu Hanifah: Apakah tadi malam kamu bermimpi akan ditampar olehku?
Pemuda Yahudi: Tidak.
Imam Abu Hanifah: Apakah pernah terfikir olehmu akan menerima sebuah tamparan dariku hari ini?
Pemuda Yahudi: Tidak.
Imam Abu Hanifah: Itulah yang dinamakan takdir.
Imam Abu Hanifah: Terbuat dari apa tangan yang aku gunakan untuk menamparmu?
Pemuda Yahudi: Kulit.
Imam Abu Hanifah: Terbuat dari apa pipimu?
Pemuda Yahudi: Kulit.
Imam Abu Hanifah: Bagaimana rasanya tamparanku?
Pemuda Yahudi: Sakit.
Imam Abu Hanifah: Walaupun syaitan dijadikan daripada api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan itu.
*Majukan atau Tandakan peringatan ini kepada rakan atau orang yang anda tidak akan lupai. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah mula melupakan kawan-kawan anda.
Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, InsyaALLAH
LAMA DAH TAK UPDATE...SORRY........=)
bunga cempaka di tanjung bidara,
mari dipetik si gadis ayu,
salam kembali dari saya,
moga dapat berkongsi ilmu......
hmmm...rasanya dah lama sangat tak update blog ni...buat sesiapa yang tertunggu-tunggu untuk membaca artikel dari aku(kalau ada)...insyaALLAH mulai sekarang aku akan cuba berusaha untuk berkongsi sedikit sebanyak artikel2 yang menarik untuk kamu semua....diharap kalau ada tersalah bicara or kata..minta2 lah anda semua untuk menegur....sekian...wassalam........
Tuesday, March 16, 2010
BAPA MENANGIS DAN BERTANYA “Di mana silap ayah?”(mingguan Malaysia-ahad 3 september 2006)
Semasa saya masih kecil,saya fikir orang lelaki tidak patut,tidak boleh dan tidak akan menangis.air mata hanya akan menjadi tanda kelemahan mereka yang sepatutnya tidak boleh dikaitkan pun dengan lelaki.saya fikir…..
Apabila sebuah kumpulan rock punk dari barat The Cure muncul dengan lagu mereka bertajuk Boys Don’t Cry sekitar awal 1980-an,menguatkan lagi keyakinan saya itu.tetapi segala-galanya bertukar sudah apabila saya mendapati bahawa keberanian bukanlah bermakna mencuba untuk menyembunyikan segala kesakitan di dalam dada.
Kegagahan itu bukan juga bermakna menahanair mata dari berguguran ke bumi atau sorok-sorok menangis.ia adalah sebaliknya,air mata itulah yang menguatkan lagi gagah berani serta tabah hati.dan saya melihat ini semua pada bapa saya yang amat dikasihi.
Ini cerita lama.kakak saya yang berusia 18 tahun telah melarikan diri dari rumah.saya dapat lihat betapa kecewanya hati ayah walaupun kami anak cucunya faham benar dengan sikap ayah dan atuk mereka yang tegas.ayah bolehlah dikatakan sebagai seorang yang bersifat ‘kuku besi’didalam keluarga kami.kami sudah biasa dengannya.
Selepas tiga hari kakak pergi,ayah lansung tidak bersuara.yang dilakukannya hanyalah duduk membatukan dirinya diberanda rumah kami,didalam gelap.pada malam gelap.pada malam yang keempat,saya tidak sampai hati membiarkannya membuai perasaan seorang diri.lalu ,saya duduk disebelahnya dan meletakkan tangan saya dibahunya,bertanyakan apakah perasaannya tentang apa yang telah terjadi itu.
Kini,telah bertahun-tahun peristiwa itu berlaku.kami juga jarang bertemu setelah saya melanjutkan pelajaran,bekerja,berumah tangga dan tingggal jauh dari kampung.saya ingat lagi pada malam itu,saya dapat rasakan bapa masih cuba mengawal kesakitan yang dialaminya.saya Cuma mahu dia lepaskannya.kami sekeluarga menangis apabila kakak keluar rumah dan tidak kembali lagi,kecuali bapa.
Kata-kata saya:”ayah,bukan salah ayah”akhirnya Berjaya membuatkan air mata ayah bercucuran.dia mula menangis didalam kegelapan itu.saya dapat rasakan bahunya bergoyang dan terhenjut-henjut saat dia membisikkan:”dimana silap ayah?apa yang ayah mahukan untuk anak-anak hanyalah agar mereka membesar dengan baik.kenapa kakakmu tidak boleh menunggu?”.
Barulah saya faham,kenapa ayah memilih untuk berada di dalam gelap.dia tidak mahu kami terluka.air matanya,sekalipun kami tidak dapat melihatnya sebelum malam itu,sentiasa ada bersamanya sepanjang masa……..didalam hatinya.
Pada malam itu,apabila ayah menangis teresak-esak dengan kedua-dua belah tangan saya merangkul bahunya,saya dapat melihat ketabahannya serta memahami kelukaannya.-FAHIM
'''''''''''SEORANG AYAH WALAUPUN PADA ZAHIRNYA TIDAK PANDAI MENUNJUKKAN KASIH SAYANGNYA,TETAPI PADA HAKIKATNYA DIALAH ANTARA ORANG YANG SANGAT MENYAYANGI KITA.jadi kawan2 marilah kita berfikir tentang ibu bapa kita sebelum melakukan sesuatu perkara yang boleh melukai hati kedua ibu bapa kita....
Wednesday, February 24, 2010
TERIMA KASIH TUHAN
TERIMA KASIH TUHAN
terima kasih wahai tuhanku
yang sentiasa melimpahkan rahmatnya
membenarkan aku menghadapmu tuhan
yang maha pengasih dan maha penyayang
untuk bercakap denganmu tuhan
mengizinkan ku minta padamu
memuja memuji sepenuh hatiku
memohon munajat padamu ya rabbi
tapi khuatir,ketika menghadapmu,
tidak pula pandai beradap denganmu
aku mula bimbang kalau aku derhaka,
dalam ketaatan bukan rahmat darimu yang ku dapat,
tapi ku kan dapat kemarahanmu
ya rabbal alamin,
maafkanlah aku......
JIKA AKU JATUH HATI
JIKA AKU JATUH HATI
bismillahirrahmanirrahim......
YA ALLAH JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG
YANG MELABUHKAN CINTANYA PADAMU,
AGAR BERTAMBAH
KEKUATAN UNTUK AKU MENYINTAIMU....
YA MUHAIMIN,JIKA AKU JATUH HATI,
IZINKANLAH AKU MENYENTUH HATI
SESEORANG YANG HATINYA TERTAUT
PADAMU AGAR TIDAK TERJATUH AKU
DALAM JURANG CINTA NAFSU
YA RABBANA,JIKA AKU JATUH HATI
JAGALAH HATIKU
PADANYA AGAR TIDAK BERPALING
DARIPADA-HATIMU.......
YA RABBUL IZZATI,JIKA AKU RINDU
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG
MERINDUI SYAHID DI JALANMU
YA ALLAH,JIKA AKU MENIKMATI
CINTA KEKASIHMU,JANGANLAH
KENIKMATAN ITU MELEBIHI
KENIKMATAN INDAHNYA
BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM
TERAKHIRMU....
YA ALLAH,JIKA AKU JATUH HATI
PADA KEKASIHMU
JANGAN BIARKAN
AKU TERTATIH DAN TERJATUH
DALAM PERJALANAN PANJANG
MENYERU MANUSIA KEPADAMU..
YA ALLAH,JIKA KAU MENGHALALKAN AKU
MERINDUI KEKASIHMU
JANGAN BIARKAN AKU
MELAMPAUI BATAS SEHINGGA
MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN
RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU
AMINN......
Sunday, February 21, 2010
Di SEBALIK Cinta Tanpa Syarat Itu
Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak daripada kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!
....Tajuk dan petikan di atas aku ambil daripada blog saifulislam.com...sama saja dengan apa yang aku bakal coretkan di sini iaitu kasih sayang ibu bapa yang tidak pernah luntur pada anak-anaknya...
baru-baru ini semasa cuti midsem yang lalu ayahku yang sememangnya suka berjalan-jalan mengajak kami ke rantau panjang.di pertengahan perjalanan kami sewaktu di dalam kereta ayah ku tiba-tiba sahaja berkongsi tentang kisah hidupnya sewaktu kecil.kehidupannya penuh dengan kesusahan,mempunyai ibu bapa yang bercerai berai,bagaimana dia hidup susah dan tidak di pedulikan oleh ibu bapa nya kerana waktu itu nenekku sudah mempunyai keluarga lain dan datukku pula sibuk dengan dunianya sendiri.ayahku seorang pelajar pintar tetapi di sebabkan kesusahan hidup dia tidak mampu menyambung pelajarannya.ayahku juga pernah bercerita bagaimana dia hanya meminum air paip di sekolah kerana tidak membawa wang,dan bagaimana kesusahan dia mengayuh basikal berbatu jauhnye untuk ke sekolah asrama(waktu itu hanya 2 orang sahaja yang berjaya ke sekolah itu dalam kampung ayahku)ayahku dari kecil lagi mempunyai perwatakan yang tegas oleh sebab itu dia tidak mudah terpengaruh dengan gejala yang mudah terpengaruh dengan gejala yang tidak baik.
pesannya,...agar kami lebih tegas dalam kehidupan dan dalam membuat keputusan hidup.maklumlah kami adik beradik cukup manja dan tambahan pula kami semua perempuan.ayahku takut kami hanyut tanpa arah di dalam dunia kami sendiri.pesan ayahku lagi...hanya dengan ilmulah kami boleh meneruskan kehidupan kami pada masa depan.dia tidak mahu kami menjadi seperti dirinya yang susah mencapai cita-citanya sendiri kerana kehidupan nya waktu itu yang tidak mengizinkan.ayahku sempat memberi contoh beberapa rakannya yang telah berjaya walaupun kehidupan mereka dulu susah tetapi dengan ilmu mereka dapat merubah nasib keluarga.
jika dikenang kembali ayahku ialah seorang yang sangat 'protective'.'protective' kerana dia sendiri pasti akan menemani kami kemana-mana sahaja tempat yang kami mahu pergi.hatinya sentiasa memikirkan anak-anaknya.aku teringat waktu hari pertama aku masuk ke matrikulasi.sewaktu mahu mengucapkan selamat tinggal ayahku lah orang pertama yang menangis kerana sukar mahu melepaskan aku.sementelah pula aku adalah anaknya yang paling banyak 'problem' kerana mempunyai masalah kesihatan.dia meminta aku menghantar mesej kepadanya setiap hari,melaporkan tahap kesihatan aku pada hari itu.jika di ceritakan pada orang lain pasti mereka akan merasa pelik dan kelakar pun ada juga.tetapi itulah dia ayahku.oleh kerana semua perkara yang kami lakukan mesti di uruskan oleh ayahku.sebab itu lah agak sukar untuk aku hidup berdikari sewaktu mula-mula tinggal diasrama.tetapi bila di fikirkan lagi wajar juga ayahku bimbangkan kami memandangkan banyak perkara yang tidak elok sekarang ini.sukar untuk menggambarkan bagaimana ayahku menjaga kami adik-beradik.dia begitu teliti sekali dalam menjaga adab-adab kami.jika ada perkara yang tidak elok pasti akan ditegurnya.hmm...begitulah ayahku.nak di ceritakan secara tepat terlalu banayak yang dia telah lakukan.masalah kami,menjadi masalah baginya juga.mungkin aku boleh kongsikan tentangnya lagi di lain masa.wassalam.